
Baru beberapa hari melayari bahtera rumah tangga, pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menerima satu lagi kejutan manis apabila mendapat hadiah perkahwinan istimewa daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian bukan sekadar hadiah yang diterima, sebaliknya gelagat anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean, 9 tahun yang begitu yakin menjawab pertanyaan Syed Saddiq mengenai individu yang mengirimkan hadiah berkenaan.
Momen keluarga yang cukup manis itu dikongsikan Bella menerusi Instagram Story (IGS) miliknya, sekali gus memperlihatkan suasana penuh kegembiraan selepas pasangan tersebut selamat mendirikan rumah tangga.
Ayden Bacakan Kad Ucapan PMX, Ara Tersenyum Di Sebelah Abang

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Ayden dilihat membaca kad ucapan yang disertakan bersama hadiah perkahwinan daripada Perdana Menteri dan isteri.
Lebih mencuit hati, adik perempuannya, Ara Adreanna, 6 tahun, turut berada di sebelah abang sambil tersenyum mendengar ucapan yang dibacakan.
Dengan penuh yakin, Ayden membacakan ucapan istimewa yang ditujukan kepada ibunya dan Syed Saddiq.
“Bella Astillah, selamat pengantin baru. Semoga mahligai yang dibina sentiasa dilimpahi keberkatan, kasih sayang dan dikurniakan keluarga yang Sakinah, Mawaddah & Warahmah.”
Kad ucapan tersebut turut diakhiri dengan nama pengirim:
“Ikhlas, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.”
Ucapan penuh doa dan harapan itu pastinya menjadi kenangan bermakna buat pasangan pengantin baharu berkenaan.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
“So Siapa Mereka Tu Berdua?” Pertanyaan Syed Saddiq Gaya ‘Ayah-Ayah!’
Apa yang lebih menarik, sebaik sahaja Ayden selesai membaca kad berkenaan, Syed Saddiq turut mengambil peluang mengajukan satu pertanyaan kepadanya.
Momen ringkas itu secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana Syed Saddiq mula memainkan peranan sebagai seorang ayah, bukan sekadar bertanya, tetapi turut mendidik Ayden supaya lebih peka terhadap persekitaran dan mengenali individu di sekelilingnya.
Sejak tahun lalu timba ilmu kekeluargaan, nampaknya kini Ahli Parlimen Muar ini sudah boleh mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan berkeluarga. Memang tak sia-sia!
“So, siapa mereka tu berdua?” tanya Syed Saddiq.
Tanpa teragak-agak, Ayden terus memberikan jawapan ringkas dalam bahasa Inggeris.
“Prime Minister!” jawab Ayden dengan penuh yakin.
Jawapan spontan itu menjadi antara detik paling menarik dalam rakaman berkenaan.
Walaupun video tersebut tidak menjelaskan siapa yang memegang kamera, suara Syed Saddiq dapat didengari ketika dia bertanyakan soalan kepada Ayden.
Momen itu turut memperlihatkan hubungan mesra dalam keluarga kecil berkenaan, lebih-lebih lagi apabila Ayden dan Ara sama-sama terlibat dalam meraikan kegembiraan ibu mereka.
Bella Astillah Ucap Terima Kasih Kepada PMX & Dr Wan Azizah

Dalam perkongsian Instagram Story yang sama, Bella Astillah turut meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas ingatan serta pemberian hadiah perkahwinan daripada Perdana Menteri dan isteri.
Bagi Bella, pemberian tersebut merupakan satu ingatan istimewa yang amat dihargai oleh mereka.
“Alhamdulillah, terima kasih PMX, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atas pemberian hadiah perkahwinan ini.
“Satu ingatan yang sangat kami hargai. Semoga segala urusan PMX sentiasa dipermudahkan,” tulis Bella menerusi perkongsian berkenaan.
Ucapan penghargaan itu turut disertakan dengan tanda hati putih serta tanda nama akaun Instagram rasmi Anwar Ibrahim, @anwaribrahim_my.
Artikel Trending: “Furqan Mukmin Pergi Tanpa Signal, Post-Mortem Tak Detect Apa-Apa” Ibu Reda Pemergian Anak, Doktor Tak Jumpa Punca
Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”
Bella Astillah & Syed Saddiq Kini Bahagia Sebagai Suami Isteri

Terdahulu, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober 2026 dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Aras 118, Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
Pasangan tersebut sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat.
Kini, selepas memulakan lembaran baharu sebagai suami isteri, kehadiran Ayden dan Ara pastinya terus menjadi penyeri dalam kehidupan keluarga kecil mereka.
Perkongsian Bella kali ini juga bukan sahaja memperlihatkan penghargaan terhadap pemberian hadiah daripada pemimpin negara, malah menyerlahkan detik sederhana tetapi cukup bermakna bersama anak-anak.
Semoga rumah tangga Bella Astillah dan Syed Saddiq sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang serta keberkatan, dan semoga Ayden serta Ara terus membesar dalam suasana keluarga yang penuh cinta dan harmoni.
@pama.my Detik manis keluarga Bella Astillah dan Syed Saddiq apabila menerima hadiah perkahwinan istimewa daripada Perdana Menteri dan isteri. Saksikan gelagat Ayden yang membacakan kad ucapan dengan penuh yakin di sisi adiknya Ara. Detik manis keluarga Bella Astillah dan Syed Saddiq apabila menerima hadiah perkahwinan istimewa daripada Perdana Menteri dan isteri. Saksikan gelagat Ayden yang membacakan kad ucapan dengan penuh yakin di sisi adiknya Ara. #viralvideo #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Pa&Ma
Sumber: Instagram Story Bella Astillah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

