Bila anak sudah berusia dua tahun dan ke atas, mama mulalah risau bila anak masih tak dapat bercakap dengan lancar. Sebenarnya anak-anak ada waktunya sendiri dan bila masa sesuai dalam setiap perkembangan dirinya. Pun begitu, ransangan daripada orang sekeliling pastinya dilakukan tanpa henti.

Namun apa yang berlaku kini adalah cara ransangan orang sekeliling iaitu mama dan papa akan hanya memburukkan keadaan malah adakalanya menjadi penyebab anak keliru dan lambat untuk bercakap.

Nak Anak Cepat Bercakap Tapi Tersalah Rangsang, Pakar Kongsikan Tip Tepat!

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pakar otak, terdapat beberapa kesalahan yang mama dan papa selalu lakukan dalam merangsang anak bercakap. Malah cara berdepan dengan anak kurang pada waktu-waktu yang kurang tepat. Semua ini memberi kesan kepada perkembangan otak anak.

Periksa tiga kesalahan yang selalu ibu bapa lakukan ketika mendidik anak dan merangsang anak bercakap.

Nak Anak Cepat Bercakap Tapi Tersalah Rangsang, Pakar Kongsikan Tip Tepat!

Ads

3 KESALAHAN YANG BIASA IBU BAPA LAKUKAN DALAM MENDIDIK ANAK


Dalam mendidik anak acap kali ramai yang terbabas lakukan perkara-perkara ini:

1. Bercakap atau layan anak dalam keadaan diri stres. Kajian dapati ibu yang di dalam keadaan stres sebabkan anak juga stres apabila anak di dekati. Jadi tenangkan diri di saat stres.

Belajar cara tangani stres.

Ads

Nak Anak Cepat Bercakap Tapi Tersalah Rangsang, Pakar Kongsikan Tip Tepat!

2. Bercakap bahasa anak kecil. Bukan bercakap bahasa yang betul. Contohnya nak makan disebut ‘nak akan’. Apabila berbahasa begini, otak anak di bahagian broca area (pusat bahasa) akan di ‘wire’ mengikut bahasa anak kecil. Bukan bahasa sebenar.

Sekiranya ini berlaku secara berterusan, kebolehan anak untuk fasih bertutur dengan fonetik tepat akan terbantut.

3. Bercakap tanpa buka mulut. Macam kedekut nak buka mulut. Hingga bibir tidak dilihat seperti bergerak.

Ads

Nak Anak Cepat Bercakap Tapi Tersalah Rangsang, Pakar Kongsikan Tip Tepat!

Si kecil belajar dengan ikuti atau dalam Bahasa Inggeris disebut mimicking pergerakan bibir untuk wujudkan kefahaman. Apabila ada kefahaman bahagian otak yang bernama Wernicke Area akan aktif.

Ada banyak lagi kesalahan yang ibubapa kerap lakukan tanpa sedar. Kita perlu belajar untuk elakkan diri dari terjebak terus dengan perbuatan sebegini.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI