Anak yang cerdik dan pintar perlu dirangsang dari awal. Ibu ayah dan orang di sekeliling memainakn peranan sangat besar.
Merangsang otak si kecil bukanlah perkara yang sukar. Ibu dan ayah tentu boleh melakukannya. Rangsangan otak yang awal akan memberikan impak pada fasa kehidupannya akan datang. Otaknya berkembang pesat pada tiga tahun pertama.
Otak bayi akan mula berhubung untuk membuat sambungan yang tidak terhingga banyaknya usia tiga tahun pertamanya menghasilkan berbilion-bilion sel dan beratus-ratus trilion sambungan. Sambungan ini nanti adalah penting untuk mewujudkan kemajuan perkembangan positif dan dibuat melalui pengalaman positif setiap hari, berulang dengan ibu bapa dan penjaga (taska dan pengasuh).
Maka, penting bagi ibubapa dan penjaga memastikan lapan perkara ini dilakukan pada bayi anda.
1.Respons bila bayi menangis
Setiap kali bayi anda menangis, jangan biarkan lama sebaliknya berikan respons. Ambil langkah untuk menenangkannya dengan mengusapnya dan hilangkan tangisannya. Sentuhan bonding dan respons positif seperti ini akan melatih otak bayi untuk memberikan isyarat emosi yang selamat.
2.Fokus dan perhatian
Ads
Bayi yang rasa selamat dan rapat dengan anda akan mula menerokai, belajar dan menyerap pelbagai perkara yang baru. Berikan respons dan tindak balas yang jelas kepada keperluan, kehendak dan apa juga aksi si manja. Otaknya yang sedang berkembang baik dan belajar menyesuaikan diri apabila anda memberikan tindak balas kepadanya secara konsisten.
3.Urutan bayi
Urutan akan mengurangkan ‘rentan emosi’, rasa selamat dan membuatkan bayi rasa ‘feel good’. Sentuhan anda akan akan menggalakkan pertumbuhan si kecil. Ia juga mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
4.Tindak balas kepada tangisannya dengan perkataan dan intonasi
Ads
Apabila dia menangis,cuba untuk memberikan reaksi dengan berkata-kata seperti “Alahai sayang mama, kenapa nangis?”. Dengan memberikan respons yang penuh kasih sayang dan kata-kata yang positif sebegini, otak bayi akan membentuk hubungan antara neural dan mencipta cantuman antara sel-selnya. Bayi juga akan secara tidak langsung akan belajar tentang perkataan, bahasa, tentang cause-effect dan skil berfikir.
5.Beri tumpuan kepadanya
Bila bayi sudah mula pandai menunjuk, pastikan anda memandang ke arah apa yang ditunjukkannya dan berikan reaksi. ‘Joint attention’ ini akan memberikan rasa betapa pentingnya apa yang dibuatnya kepada anda. Berkongsilah apa juga yang disukai dan perkara yang sedang dibuatnya.
Ads
6.Bermain bersama
Permainan seperti agah dan peekaboo akan memberikan peluang untuk si kecil belajar untuk memberikan respons kepada pergerakan mudah dan permainan yang berurutan. Mustahak untuk anda memdapatkan permainan yang sesuai dengan usianya supaya dia boleh menerokai dan berinteraksi. Alat permainan seperti patung yang melompat keluar apabila dibuka (Jack in the box) dan bongkah yang disusun bertingkat akan membantu si kecil belajar mengenai sebab-akibat dan berfikir.
7.Menyediakan tempat selamat untuk merangkak dan bermain
Pembelajaran non-verbal (spatial learning) sangat mustahak dan si kecil yag sudah merangkak akan mula belajar tentang ‘bawah, atas, dalam, luar, dekat’ dan ‘jauh’. Ini penting untuk si kecil menyediakan peta dalam mindanya tentang sekelilingnya dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya ketika merangkak dan bermain.
8.Menyanyi sambil menggerakkan badan
Nyanyian sambil menggerakkan badan akan membantu si kecil untuk belajar tentang bunyi dan penyesuaiannya dengan pergerakan motor kasar dan halus. Anda juga boleh membacakan selawat dan zikir. Ia juga menggalakkan bayi belajar tentang ritma, bunyi-bunyian dan bahasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau umur anak 1 tahun sudah disergah, maka itu menempah maut namanya. Anak itu akan terencat perkembangan akal dan emosinya.
Begitu juga 2 tahun. Sebab pada usia ini dia hanya hendak sedarkan anda dia ada kehendak sendiri. Dia buat semua itu bukan kerana dia berakhlak buruk. Cuma dia hendak nyatakan kemahuannya. Kalau dia tidak buat begitu anda akan sibuk sahaja buat benda lain. Dia akan jadi wallpaper yang tidak disedari kewujudannya. Terutama jika pada usia ini dia sudah beradik.
Ini fasa individuating. Kena caranya setahun sahaja dia begitu. Bila masuk 3 tahun, dia sudah boleh belajar mengawal diri. Bukanlah terus, tapi sudah boleh sedikit demi sedikit.
Kerana pada usia ini, emosinya sudah lebih berkembang dan dia boleh merasai perasaan orang lain.
Anak yang asyik dijerkah dan sergah sejak kecil akan pendam apa yang dia inginkan. Sedar-sedar dia lakukan di belakang anda. Dia tidak pandai dan berani menyampaikan keinginannya dan pendapatnya.
Jika dia jenis yang berdendam maka dia menjadi orang yang suka mengutuk dan mencaci di belakang, asal orang tidak nampak. Dan di zaman ini, dia selamatlah keluar dalam bentuk keyboard worrior.
Itulah salah satu sebab mengapa kita perlu bijak mendidik anak. Kita tidak mahu menghasilkan generasi yang nampak baik di luar saja.
Kita mahu membina generasi yang berhati mulia, penyabar dan berjasa. Maka kita perlulah seperti itu dahulu.
Anak sulung sangat intimewa, IQnya tinggi. Mak ayah didiklah cara betul. Anak sulung, penghuni pertama yang menghuni rahim seorang ibu. Inilah anak yang ditunggu-tunggu oleh setiap suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.
Anak Sulung Sangat Istimewa, IQnya Tinggi, Mak Ayah Didiklah Cara Betul
Lahirnya anak sulung, dialah menjadi pengerat kasih sayang suami isteri. Segala kasih sayang dicurahkan kepadanya. Apatah lagi, mak ayah sanggup lakukan apa saja dia.
Bayangkan betapa sayangnya mak ayah pada anak sulung. Diharapkan menjadi contoh pada adik-adik nanti. Sesetengah mak ayah mengharapkan anak pertama biarlah lelaki supaya menjadi abang yang dapat menjaga adik-adiknya.
Semua itu takdir dan pemberian dari Allah, anak lelaki mahu pun perempuan sebagai anak sulung tidak menjadi persoalan. Paling penting adalah cara mak ayah mendidik anak ini dan boleh jadi dia akan mendapat ‘mental stimulation’ seperti yang dikatakan oleh Dr Taufiq Razif ini.
Anak sulung ada banyak kelebihan contohnya mengikut kajian IQ anak sulung lebih tinggi kerana mereka mendapat ‘Mental Stimulation’ yang banyak daripada mak ayah cuma tanpa didikan yang betul;
1. Mereka jadi Perfectionist
Hilang empati Hanya fikir nak capai tujuan sahaja Mudah marah kalau benda tu tak sempurna
2. Mereka jadi Overprotective
Nak kuasai adik beradik Adik beradik tak boleh buat keputusan Nak masuk campur semua urusan adik beradik
3. Mereka jadi Bossy
Suka tekan adik beradik Adik beradik tak boleh bantah langsung Terlalu memaksa secara melampau
4. Mereka jadi hilang Self-Confidence
Takut nak buat sesuatu Jadi pendiam dan pasif Biarkan adik beradik pijak kepala
5. Mereka jadi Pemarah
Suka pecahkan barang Lampiaskan pada adik beradik Suka guna nada suara yang tinggi
6. Mereka jadi Pendendam
Suka pendam perasaan Susah nak menangis Jadi pendiam tetapi protes senyap senyap
Penyebabnya ada bermacam tetapi solusinya satu sahaja iaitu mak ayah kena ada ilmu untuk mendidik anak sulung kerana mereka anak pertama dan mereka sangat istimewa di hati kita
Nak anak genius tentu impian setiap ibu ayah,cuma perlu tahu bagaimana amalan yang betul untuk mendidik boleh fikir secara rasional. Ibu bapa adalah orang paling penting untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri anak-anak supaya membesar sebagai individu yang cemerlang dunia dan akhirat. Dalam usaha mendidik anak ibu bapa sepatutnya mempunyai amalan asuhan yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan. Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak inilah yang boleh menjadikan anak-anak genius dalam bidang tertentu. Namun adakah ibu bapa tahu bagaimana melatih anak itu berfikir seterunya menjadikan anak seorang itu genius.
Ikuti nasihat daripada Dr Rozieta Shaary, Pakar Keluarga dan Kasih Sayang atau dikenali sebagai Ibu Rose, untuk membantu ibu bapa mengetahui amalan-amalan untuk mendidik anak menjadi seorang genius.
1.Didik anak nilai simpati
Apabila ibu bapa mendidik anak untuk menjadi seorang yang mempunyai sikap simpati dalam diri, ini bermakna telah merangsang daya pemikiran EQ atau kecerdasan emosional dalam diri anaknya. Ia adalah asas untuk kekuatan intelektual. Apabila anak dibentuk menggunakan pendekatan ini, ia akan menyebabkan anak itu berfikir untuk melakukan sesuatu atas sebab yang lebih besar untuk memberikan kebaikkan kepada orang lain , bukannya untuk dirinya. Ia juga mendidik anak ini menjadi seorang yang tidak pentingkan diri tetapi menjadikan dirinya untuk kepentingan orang lain. Malah Islam dalam pengajarannya menggalakkan setiap manusia untuk memikirkan orang lain. Apabila mempunyai emosi positif seperti ini, ia akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan perasaan akan menjadi lebih tenang dan positif yang sekali gus memberi kekuatan dalaman untuk berfikir dengan lebih luas. 2.Biarkan anak berdikari
Kepentingan anak-anak berdikari memang diketahui ramai ibu bapa. Berdikari adalah pendekatan perlakuan untuk membantu anak itu mampu melakukannya atau tidak. Ia melatih anak itu mempunyai perasaan bertanggungjawab dan bukannya kepada sikap pergantungan kepada ibu bapa. Bagaimanapun, perlu diteliti kepada usia anak itu terutama anak yang masih kecil. Oleh itu, ibu bapa perlu melihat kepada kemampuan anak itu untuk mencuba melakukannya. Jika anak itu ingin mencuba biarkan anak melakukannya asalkan mengikut kemampuannya. Apa yang berlaku apabila seorang anak itu , berasa dirinya mampu melakukan, ia akan menimbulkan rasa yakin diri dan rasa dirinya dihargai. Anak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia dan mempunyai emosi postif sekali gus merangsang kecerdasan mindanya.
3.Bagi pendapat
Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak apabila mereka memberi pendapat. Apabila anak memberi pendapat, tidak bermakna dia melawan. Misalnya, ibu memberi arahan, “ Pergi basuh kasut.” Anak berjawab, “ Mak boleh tak basuh kemudian.” Namun sikap segelintir ibu bapa beranggapan percakapan sebegitu sebagai ‘melawan’.
Oleh itu, anda perlu faham apa yang dikatakan melawan atau apa yang dikatakan memberi pendapat. Ia adalah dua perkara yang berbeza.
Apa yang kita nak didik anak ialah perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat secara berhemah dan bagaimana hendak memberi pendapat secara sopan. Biasanya anak-anak akan marah apabila tidak diberi peluang untuk bercakap. Seharusnya ibu bapa menjelaskan dengan berkata, “Nanti adik, mama sedang dengar, tak perlu tinggikan suara. Mama hargai pendapat adik”. Jadi anak akan bercakap sopan apabila memberi pendapat, bukannya secara tengking atau melawan ibu bapa. Kebiasannya anak-anak berusia enam tahun sudah mulai menunjukkan sikap sebegini kerana mereka mulai mempunyai sifat ingin tahu yang tingggi dan berkebolehan berdikari. 4.Beri penjelasan
Merangsang pemikiran anak melalui penjelasan yang berkaitan dengan diri anak. Penjelasan ini akan mengajar anak untuk berfikir sebab dan kesannya. Misalnya , jika anak sudah berpakaian cantik dan kemas, tetapi meminta kebenaran untuk bermain diluar rumah. Ibu bapa perlu menjelaskan bahawa dengan cara bermain diluar akan memberi kesan kotoran pada baju dan akan memberi tekanan kepada anak dan anda sendiri. Apa yang perlu ibu bapa didik kepada anak adalah memberi peluang kepada anak untuk faham situasi ini. Didik anak dengan komunikasi yang jelas supaya anak dapat berfikir, bukannya hanya mengikut kehendak anak semata-mata. Cara ini membantu anak untuk belajar membuat pertimbangan dan berdikari. Malah secara tidak langsung anak boleh berfikir dan mengetahui apa kesannya jika melakukan sebarang tindakan. 5.Harap anak sempurna
Setiap ibu bapa yang inginkan anak sempurna dan genius. Namun kita sepatutnya membuat anggapan sebegitu untuk anak. Ini kerana peranan kita sebagai ibu bapa belum tentu menjamin sempurna. Setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin ada anak yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berjaya dalam bidang yang lain. Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai ptotensi diri yang harus ibu bapa gilap. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potensi anak-anak agar dikembangkan secara optimum.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak datang ke dunia dengan potensi yang luar biasa. Mereka penuh imaginasi, penuh rasa ingin tahu, dan sentiasa bermimpi besar — menjadi doktor,...