Tahukah anda, bayi kepada ibu yang kerap minum susu lembu ketika menyusukan anak kurang berisiko untuk mengalami alahan makanan apabila mereka menginjak dewasa?

Nak Anak Kurang Berisiko Dapat Alahan? Ibu Boleh Cuba Minum Lebih Banyak Susu Lembu!

Menurut kajian dari Chalmers University of Technology, Sweden, anak kepada ibu yang gemar minum susu lembu kurang berisiko untuk mempunyai alahan berbanding ibu yang langsung tidak mengamalkan pengambilan susu lembu.

Mia Stråvik, penulis utama kajian ini berkata, ada kaitan yang jelas antara susu lembu dan juga alahan dalam kalangan bayi.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud minum susu lembu merupakan penawar alahan makanan.

Hipotesis kebersihan menerangkan faedah minum susu

Menurut Profesor Ann-Sofie Sandberg, penyelia kajian Mia Stråvik, sistem imun bayi mungkin jadi lebih matang disebabkan bahan yang terdapat di dalam susu ibu.

Sebenarnya, ada satu hipotesis yang bernama ‘the hygiene hypothesis’ yang boleh menyokong penemuan ini.

Menurut hipotesis berkenaan, bayi yang lebih awal terdedah dengan mikroorganisma tertentu boleh bertindak merangsang sistem imun bayi dan membuatkannya matang dengan lebih cepat.

Walau bagaimanapun, disebabkan kita sekarang hidup di dalam persekitaran yang lebih bersih, bayi tidak akan terdedah dengan banyak mikroorganisma semasa kecil dengan mudah.

Sebaliknya, sistem imun bayi akan terangsang dengan bahan-bahan yang terkandung di dalam susu ibu. Oleh sebab itu, Mia Stråvik berpendapat, diet ibu mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap sistem imun bayi.

Tambah beliau lagi, kajian ini bukanlah yang pertama menemui kaitan antara susu lembu dan pengurangan alahan makanan dalam kalangan bayi.

IKLAN

Sebenarnya, ada banyak kajian lain yang dapat menyokong dapatan kajian ini. Walau bagaimanapun, kajian lalu mungkin tidak berapa lengkap kerana ia melibatkan kaji selidik sahaja. Namun, kajian yang dilakukan oleh Mia Stråvik lebih teliti dan lengkap.

Pengambilan susu lembu oleh ibu ditentukan dengan kehadiran sejenis ‘biomarker’ tertentu manakala alahan anak mereka juga disahkan oleh seorang doktor yang pakar di dalam bidang alahan kanak-kanak.

Alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak

Alergi merupakan salah satu penyakit kronik yang lazim berlaku kepada kanak-kanak.

Malah, jumlah kanak-kanak yang menghidap alahan kian bertambah hari demi hari lebih-lebih lagi di negara yang membangun.

Kajian ini dijalankan kepada 508 kanak-kanak di Sweden. Antara kanak-kanak tersebut, terdapat:

IKLAN
  • 7.7% (39 orang) kanak-kanak yang mengalami alahan makanan ketika berumur satu tahun, selalunya terhadap susu atau telur
  • 6.5% (33 orang) mempunyai ekzema dan jumlah yang sama juga mempunyai asma
    23% kanak-kanak tersebut mempunyai alahan (termasuk alahan lain) pada umur 1 tahun

Bagaimana susu lembu mengurangkan risiko alahan makanan?

Hingga ke hari ini, mekanisma sebenar masih belum dapat dikenal pasti. Tetapi, menurut Malin Barman, ada beberapa penjelasan yang logik untuk menerangkan kondisi ini.

Salah satunya mungkin disebabkan oleh kehadiran satu bahan di dalam susu lembu yang boleh mengaktifkan sistem imun kanak-kanak dan membantunya untuk membentuk toleransi terhadap makanan.

Bahan yang tidak diketahui ini mungkin merupakan sebahagian daripada lemak atau protein susu tersebut.

Selain itu, ada juga yang menganggap jumlah pengambilan susu lembu memainkan peranan yang penting.

Pengambilan susu yang lebih banyak akan memaksa badan mengurangkan pengambilan sejenis lemak yang dikenali sebagai lemak poli tidak tepu.

Lemak poli tidak tepu sudah lama terbukti mempunyai kesan yang negatif terhadap sistem imun kanak-kanak.

IKLAN

Oleh sebab itu, susu lembu di dalam diet ibu bertindak ‘membatalkan’ efek negatif tersebut dan membuatkan bayi kurang mengalami alahan makanan.

Adakah anak saya mengalami alahan makanan?

Kepada ibu-ibu, cuba periksa sama ada anak anda mengalami satu atau lebih reaksi alergi yang disenaraikan di bawah:

  • Cirit-birit atau muntah-muntah
  • Batuk
  • Sesak nafas
  • Tekak gatal
  • Tangan gatal
  • Bibir membengkak
  • Hidung berair
  • Mata yang berair dan gatal-gatal

Jika anak anda mempunyai simptom di atas, dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin. Jangan sesekali bereksperimen dengan makanan tanpa pengetahuan doktor.

Bayi yang masih kecil memerlukan nutrisi yang tertentu untuk membesar dengan sihat. Oleh sebab itu, alahan boleh menyebabkan anak tidak mendapat nutrien yang mencukupi.

Untuk mengelakkan masalah ini, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda berjumpa dengan ahli dietitik untuk mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai dengan keadaan anak anda.

_

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Nak Anak Kurang Berisiko Dapat Alahan? Ibu Boleh Cuba Minum Lebih Banyak Susu Lembu!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI