Nak anak pandai, bijak, ibu hamil kena cukup tidur, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam. Tidur yang cukup adalah keperluan asas bagi semua orang, terutamanya bagi ibu hamil.

Nak Anak Pandai, Bijak, Ibu Hamil Kena Cukup Tidur, Sekurang-kurangnya 7 Jam Setiap Malam

Dalam tempoh kehamilan, tubuh wanita mengalami banyak perubahan, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga hormon dan emosi. Oleh itu, tidur yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Nak anak pandai dan masuk universiti masa umur 12 tahun. Tapi tidur jam 12 tengah malam bangun 6 pagi.

Nak Anak Pandai, Bijak, Ibu Hamil Kena Cukup Tidur, Sekurang-kurangnya 7 Jam Setiap Malam

Ibu hamil, tahukah anda kurang tidur masa mengandung boleh menyebabkan anak lambat bercakap? Kajian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati ibu yang tidur kurang dari 7 jam setiap malam berisiko tinggi melahirkan anak yang lambat berkembang dari segi sosial, emosi, dan percakapan. Kajian ini melibatkan lebih 7,000 ibu dan anak dan hasilnya menunjukkan anak lelaki lebih terkesan.

Nak Anak Pandai, Bijak, Ibu Hamil Kena Cukup Tidur, Sekurang-kurangnya 7 Jam Setiap Malam

Ibu mengandung biasanya susah nak tidur kerana perubahan hormon, kerap ke tandas, atau rasa tidak selesa. Tetapi kajian ini memberi amaran bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan risiko masalah perkembangan pada anak.

Ibu yang mengalami Short Sleep Duration (SSD) juga berisiko mengalami diabetes sewaktu hamil, yang seterusnya boleh menjejaskan perkembangan otak anak dalam kandungan.

Nak Anak Pandai, Bijak, Ibu Hamil Kena Cukup Tidur, Sekurang-kurangnya 7 Jam Setiap Malam

Data menunjukkan bahawa ibu yang tidur cukup tidur mempunyai anak dengan perkembangan yang lebih baik, terutama dalam kemahiran sosial dan percakapan. Untuk mengelakkan risiko ini, ibu hamil disarankan menjaga corak tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

Tidur yang mencukupi bukan hanya penting untuk kesihatan ibu, tetapi juga untuk perkembangan optimum anak dalam kandungan.

Sumber: Public Health Malaysia

Baca artikel lain juga: Ibu Penat Melampau, Tidur Cukup Tapi Tetap Rasa Lesu Mungkin Petanda Sindrom Kelesuan Kronik!

Nak Anak Cerdik, Pastikan Anak Cukup Tidur, Jangan Pandang Ringan Keperluan Yang Satu Ini

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI