Bila dah ada anak, automatik sikap kita sebagai ibu bapa untuk jadi pelindung dan penyelamat anak. Jika dalam situasi yang benar-benar anak perlukan ini memang penting. Namun adakah kita perasan, sepanjang membesarkan anak kita cepat rasa kasihan pada mereka walaupun bukan dalam keadaan yang terdesak.

Kalau boleh semua yang anak lakukan kita nak cuba bantu sedangkan mereka boleh buat sendiri dengan baik. Cumanya perlu ada bimbingan sahaja.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol, beliau berkongsi sikap ibu bapa yang tak mahu anak susah dan seolah rasa tak yakin sedangkan anak boleh buat dengan sendirinya tanpa sebarang masalah.

Berikut antara perkongsiannya dan cuba fahami adakah kita ibu bapa dalam kategori ini. Jika Ya tak terlambat lagi untuk beri kepercayaan pada anak untuk perkembangannya.

Terpinga-pinga saya dibuatnya. Baru-baru ni saya lihat seorang kanak-kanak perempuan di klinik.

Dah jadi rutin, saya akan uji tahap perkembangan mereka mengikut usia.

“Adik ambil pensel ni dan tolong lukiskan bulatan.”

Baru saja anak ni ambil pensel, maknya terus pegang tangan anaknya dan mereka sama-sama lukis bulatan tu.

“Eh tak apa puan, bagi dia yang buat.”

Berkali-kali saya cakap, barulah maknya lepaskan tangan anak.

Saya minta anak ni lukis garisan lurus pula.

IKLAN
Nak Anak Pandai, Kena Yakin Kelebihannya. Biar Anak Belajar Susah, Baru Dia Faham!   
Gambar Hiasan

Lagi sekali mak dia pegang tangan anak dan sama-sama lukis garisan tu.

“Puan, kita biar anak yang buat ya. Saya nak tengok cara dia pegang pensel.”

Dengan berat hati, dia biarkan anaknya melukis seorang diri.

Bila dibiar anak yang lukis, cantik je lukisan anak tu. Pandai juga dia pegang pensel.

Bila saya ceritakan pada isteri, dia kata kemungkinan besar saya dah berjumpa dengan “Lawnmower Parents”.

Mak Ayah Lawnmower

👉🏻 Mak ayah yang akan buat apa saja yang perlu untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran, kerja yang susah atau hadapi kegagalan.

IKLAN

👉🏻 Mak ayah ni akan potong semua halangan hinggakan anak tak terima sebarang cabaran.

TANDA-TANDA ANDA MUNGKIN MAK AYAH LAWNMOWER

🚨 Tak benarkan anak menangani konflik.
“Kakak nanti main dengan kawan yang sama je ya.”

🚨 Buat apa saja supaya anak tak didenda atau ditegur di sekolah.
“Tak apa abang terlupa. Mak hantarkan botol air dan buku yang tertinggal tu ke sekolah sekarang.”

🚨 Anda ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.
“Apa-apa kerja sekolah, biar ayah yang buatkan.”

🚨Anda masih menguruskan bilik anak yang lebih tua.
“Cepat pergi sekolah, biar ibu kemas bilik kakak.”

🚨Anda tak benarkan anak tunggang basikal kerana bimbang cedera.
”Jangan main, pegang tangan ayah”

IKLAN

🚨 Anda sanggup berjumpa guru untuk tentukan jadual kelas anak atau bertengkar dengan guru sebab markah peperiksaan anak.

🚨 Sanggup belikan apa saja untuk anak supaya anak tak rasa ketinggalan.

Kesannya, anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup.

Kajian dari University of Minnesota Institute of Child Development menunjukkan, bayi 2 tahun yang ibunya terlalu mengawal ketika bermain, tak dapat kawal emosi dengan baik ketika usia 5 tahun.

Nak Anak Pandai, Kena Yakin Kelebihannya. Biar Anak Belajar Susah, Baru Dia Faham!   

Anak tak tahu cara nak urus beban emosi seperti stress, gelisah, dan sentiasa takut gagal.

Ada masanya, kita beri ruang pada anak untuk belajar atasi konflik. Ada masanya, kita biar anak buat silap. Itu peluang untuk mereka jadi lebih kuat sebelum pergi ke alam pekerjaan.

Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Moga ada manfaatnya pada kita semua.

Sumber: Dr Redza Zainol

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI