Kita mulalah runsing bila saiz badan anak kecil dan rendah berbanding rakan sebayanya. Tak tinggi-tinggi, buat kita bertambah risau. Apa sebabnya?
Sebenarnya pemakananlah paling penting untuk menambah ketinggian anak dan seimbang pada usianya. Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sembilan jenis makanan ini termasuk ayam dan ikan antara yang wajib anak kita ambil.
Makanan pun penting untuk ketinggian anak. Ramai yang tanya; “Makanan apa boleh naikkan ketinggian anak?”. Ketinggian anak, bukan saja bergantung pada genetik.
Cukup keperluan mineral dan vitamin yang anak ambil setiap hari, mainkan peranan sangat penting untuk pertumbuhan badan anak, termasuk ketinggian.
Jom tengok 9 makanan yang boleh bantu anak capai ketinggian yang optimum untuk umur mereka.
Ads
1. Ikan
– Omega 3 dalam ikan, penting juga untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan tulang anak dengan maksima.
2. Ayam
– Vitamin B12, antara vitamin utama dalam ayam untuk bantu naikkan ketinggian anak.
3. Telur
– Superfood yang anak-anak kena suka kan. Banyak sangat vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan badan anak.
Ads
4. Bijirin kekacang
– Antara sumber protein yang baik untuk anak, tinggi iron dan vitamin B.
5. Sayuran hijau
– Vitamin K dalam sayuran hijau penting untuk pertumbuhan tulang anak.
6. Yogurt
– Banyak nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan tulang, antaranya kalsium, magnesium, fosforus dan potasium.
Ads
7. Badam
– Padat dengan manganase, magnesium dan vitamin E, penting untuk pertumbuhan tulang anak.
8. Pisang
– Ada kandungan pottasium, manganase, kalsium dan vitamin B, bantu naikkan ketinggian anak.
9. Keledek
– Tinggi vitamin A, bantu perbaiki kesihatan tulang dan optimumkan pertumbuhan tulang anak.
Semua makanan ni, adalah real food kan. Real food memang penting untuk pertumbuhan anak. Nak dapatkan tulang yang sihat, anak-anak kena selalu ambil makanan sihat. Elakkan makanan tinggi proses yang tak bawa kebaikan pada anak.
Kita cuba sama-sama ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stres didik anak lelaki sebab agak degil, tak mahu dengar cakap. Sampai ibu tak tahu nak hadapi perangai anak macam ni.
Terutamanya anak lelaki. Yelah, anak lelaki ini kekuatan fikizalnya lebih. Kalau dah bergaduh, agaknya mama pun tak tahu siapa Ultraman siapa rasaksa.
Macamana nak buat? Ikuti perkongsian Dr Siti Ujila buat mak ayah yang berusaha nak jadi ibu bapa yang baik untuk anak.
Tentunya ada banyak faktor kenapa anak bersikap begitu, dan tentunya juga ada banyak cara untuk melembutkan hati anak.
Its okay mama, inshaAllah anak-anak kita semuanya boleh jadi anak yang mudah mendengar cakap, yang perangainya elok dan menyejukkan hati kita.
Yang penting, kita cuba mendidik dan membesarkan mereka dengan lebih baik, inshaAllah.
Saya ingin mengatakan, bahawa sebaik-baik dan sepenting-penting cara untuk mendidik anak kita ialah dengan menanamkan cintanya pada Yang Menjaga dirinya.
Buat anak feel yang mereka sentiasa ada Allah yang sayangkan mereka, yang sentiasa suka bila mereka membuat kebaikan dan akan beri banyak lagi kegembiraan kepada mereka bila Allah sayang. Kebahagiaan kejayaan di dunia dan di akhirat. Itulah tauhid.
Anak kecil kita, jangan hanya sibukkan mereka dengan ABC, mengira, membaca hatta iqra dan hafazan solat. Ia penting, tapi itu semua adalah skill luaran yang anak boleh pick up bila diajar from time to time.
Yang penting adalah perkara-perkara dalaman. Dalaman apakah yang kita bentukkan pada jiwa anak kita. Pada roh dan hatinya. Jiwa ini yang mereka akan bawa sepanjang hayatnya.
Penuhkan ia dengan pendidikan terpenting- mengenal dan menyintai Allah, Rob nya. Malik nya. Illah nya.
Lakukan ia dengan zikrullah. Bukan sebatas zikir-zikir di atas sejadah atau selepas solat, atau doa-doa sebelum makan sebelum tidur, atau alunan zikir-zikir di cd yang dipasang dalam kereta atau di rumah, tapi dengan kata-kata mengingati dan mencintai Allah yang diucapkan di bibirnya selalu, yang menjadi halwa telinganya selalu bila kita ibu bapa selalu menyebutnya, yang dikaitkan dengan apa yang dilakukannya hari tu, dan paling penting…yang dirasai oleh anak sehingga anak sendiri selalu mengungkapkan tentang cinta Ilahi.
Sehingga dengan cinta itu, mudahnya anak dididik, mendengar cakap, suka buat baik, akhlaknya baik.
MashaAllah, anak-anak penyejuk hati kita.
Jika anda bertanya saya soal mendidik anak, tak kiralah anak lelaki mahupun perempuan, sama saja..inilah jawapan terbaik yang amat saya yakini. Sebab Allah sendiri yang beri tipnya:
“Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”, ayat Quran yang sudah selalu kita dengar.
Benar. Anak-anak yang selalu kita ungkapkan zikrullah, tenang hatinya. Mudah dibentuk. Kita juga yang tenang jadinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah rasa berdenyut dalam telinga, tiba-tiba rasa demam, atau anak kecil asyik mengadu sakit tapi tak tahu kenapa? Jangan pandang ringan, kerana sakit telinga bukan sekadar ketidakselesaan biasa. Ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang lebih besar – bahkan boleh menyebabkan hilang pendengaran! Dalam video informatif bertajuk “Sakit Telinga Bahaya Atau Tidak?” oleh saluran Bintang Kecil, Dr. Ieman dari segmen BK Doktor membongkar segala fakta penting tentang sakit telinga yang perlu diketahui oleh semua.
Sakit telinga biasanya bermula secara perlahan, tetapi jika dibiarkan, ia boleh menyerang sistem imun badan. Menurut Dr. Ieman, bila jangkitan mula mengganggu, tubuh kita menunjukkan reaksi seperti rasa lesu, demam dan batuk. Ini kerana tubuh sedang bertarung dengan kuman yang mungkin sudah pun menembusi telinga tengah. Menariknya, video ini menjelaskan bahawa sistem imun kita sangat penting dalam mengawal sebarang jangkitan – dan telinga adalah antara organ yang paling mudah terjejas.
Inilah fakta yang paling mengejutkan dalam video tersebut. Sakit telinga yang tidak dirawat boleh menyebabkan hilang pendengaran secara kekal! Ini berlaku apabila bakteria atau virus menyerang bahagian dalaman telinga, mengakibatkan kerosakan pada struktur penting yang terlibat dalam proses pendengaran. Kalau tak dirawat, ia bukan saja menyakitkan – tapi juga merosakkan masa depan seseorang, terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.
Ya, telinga kita sebenarnya mampu ‘membersihkan’ dirinya sendiri – satu fakta menarik yang dikongsikan dalam video ini. Namun, dalam sesetengah kes seperti pengumpulan tahi telinga berlebihan atau jangkitan, rawatan khas diperlukan. Ubat titis, prosedur pembersihan, dan penggunaan pelindung telinga seperti earplug menjadi antara langkah pencegahan yang digalakkan. Yang penting, jangan sesekali korek telinga dengan objek tajam atau kapas kerana ini boleh menolak kotoran lebih dalam.
Sebagai ibu bapa, kita tak boleh leka bila anak mula mengadu sakit telinga. Segera bawa berjumpa doktor dan elakkan daripada beri rawatan sendiri tanpa nasihat pakar. Video ini menekankan pentingnya intervensi awal – lebih cepat dikesan, lebih mudah dirawat. Dengan gaya penyampaian yang mesra dan mudah difahami, segmen BK Doktor bukan saja memberi ilmu, tapi juga mencetus kesedaran bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati.
Video BK Doktor ini berjaya membuka mata ramai tentang betapa seriusnya isu sakit telinga – terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Gaya penyampaian yang ceria, ringkas, dan penuh informasi menjadikannya bukan sekadar video hiburan, tetapi sumber pendidikan kesihatan yang penting. Jadi, kalau ada simptom seperti telinga berdengung, rasa panas, atau anak kecil sering menggosok telinga – ambil tindakan sekarang. Ingat, penjagaan telinga adalah tanggungjawab semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ibu yang bertanya bagaimana dan bilakah kita patut tangan-tangankan anak seperti yang disarankan pepatah? Dan bilakah kita patut mula mendisiplinkan anak?
“Proses disiplin bermula dari peringkat bayi oleh itu kita perlu ‘tangan-tangankan’ anak dari bayi lagi.”
Ini jawapan dari Perunding Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar buat ibu bapa dalam memberi didikan terbaik untuk anak.
Jawapan yang saya berikan ini sering membuatkan ayah dan ibu terdiam sejenak.
Jika disiplin pada tafsiran anda adalah menggunakan kekerasan dan hukuman semata-mata, maka anda silap.
Disiplin bermula dengan membina RASA PERCAYA (trust) dalam diri anak.
Rasa percaya tersebut dibina dengan menggunakan tangan tangan ibubapa.
Ayah dan ibu perlu mengangkat bayi, mendukung bayi, membelai bayi, menenangkan bayi, menyusukan bayi, memandikan bayi, mendodoi bayi, dan bermain dengan bayi.
Bukankah semua ini menggunakan tangan?
Inilah tafsiran ‘tangan-tangankan’ yang perlu diamalkan ketika usia awal.
Seorang anak yang percayakan ayah dan ibu yang menguruskannya dan memberi perhatian kepadanya dari lahir, akan percaya apabila ayah atau ibu berkata
“Adik tak boleh ke situ, bahaya” ataupun “Adik cuma boleh guna fon Ibu selama 10 minit.”
Mereka akan patuh kerana mereka percaya.
BAGAIMANA KAEDAH MENDISIPLINKAN BAYI?
Setiap bayi dilahirkan dengan Attachment Promoting Behaviour (APB) atau Tingkahlaku yang menggalakkan perapatan antara bayi dan ibunya.
InI merupakan fitrah seorang bayi.
APB merupakan bahasa yang paling awal digunakan oleh bayi untuk berkomukasi dan menyampaikan keperluannya sebelum dia mula bertutur.
APB yang utama adalah tangisan bayi.
ASAS DISIPLIN YANG PALING PENTING adalah memberi respon kepada tangisan bayi. Apabila bayi menangis, angkatlah dia dan tenangkanlah dia. Dia cuba berkomunikasi dengan anda. Dia juga cuba membina perapatan atau ‘attachment’ dengan anda melalui APB.
Pesan juga kepada pengasuh bayi supaya tidak membiarkan bayi menangis terlalu lama tanpa dilayan. Bayi bukannya manipulatif atau cuba menyusahkan orang dewasa tetapi bayi cuba berkomunikasi dan mewujudkan rasa percaya kepada orang dewasa yang terdekat dengannya.
Dari sinilah asas kepercayaan terbentuk.
Jika kita memberi respon kepada ketidakselesaan yang bayi alami, bayi akan membina rasa percaya kepada kita. Dia percaya yang kita akan berada di sisinya apabila diperlukan. Dia percaya kita akan pastikan keselamatan dirinya. Suatu hari nanti dia percaya bahawa nasihat dan tegahan kita adalah untuk kebaikannya.
Jika kepercayaan yang asas ini tidak terbina ketika bayi, dia membesar tanpa rasa selamat dan tanpa peduli dengan arahan dan tegahan terhadapnya.
Amalan ini juga melahirkan anak-anak yang peduli akan emosi dan kesusahan yang dialami oleh orang lain kerana mereka biasa dipedulikan oleh ayah, ibu dan penjaga ketika usia bayi.
Aneh bukan, bagaimana menggendong bayi dapat membentuk disiplin anak?
Bukankah gendong cuma trend semasa?
Kajian* menunjukkan bahawa bayi yang digendong menjadi lebih tenang dan kurang meragam. Pergerakan (motion) menenangkan bayi. Merasai degupan jantung ibu atau ayah juga menenangkan bayi.
Rasa tenang dan selamat adalah juga ASAS DISIPLIN YANG PENTING. Anak yang tenang menjadi kurang impulsif dan kurang memberontak dengan kemarahan.
Dengan menggendong, bayi ikut ke mana ibu atau ayah pergi, bayi melihat apa yang dilihat ayah ibu dan bayi mendengar apa yang didengari dan diperkatakan oleh ayah dan ibu dengan jelas.
Ini membuatkan bayi merasakan dirinya penting dan menjadi sebahagian dari dunia ayah dan ibu.
Gendong juga membuatkan ibubapa lebih sensitif kepada keperluan bayi kerana bayi sentiasa dekat dengan ibubapa.
Ayah dan ibu yang ‘connected’ dengan anak akan menjadikan anak lebih sensitif terhadap harapan dan keperluan ibubapa apabila anak semakin meningkat usia.
Anak akan faham jelingan ayah bermaksud tegahan. Dia akan faham ibu mempunyai harapan agar dia berkelakuan baik. Dia akan tahu tingkah laku manakah yang patut dielakkan kerana akan membuatkan ayah dan ibu sedih dan kecewa.
Apa pula kaitan bermain dan disiplin?
Bukankah apabila kanak-kanak bermain mereka akan bergerak lasak ke sana ke mari dan sepahkan rumah? Bukankah jika bermain mereka susah hendak berhenti untuk melakukan rutin yang lain?
Bermain membuatkan ibubapa lebih memahami keupayaan dan kekurangan seorang anak. Ibubapa akan lebih memahami tingkah laku dan emosi pada setiap perkembangan anak melalui bermain.
Apakah yang membuatkan anak gembira?
Apakah yang menyebabkan anak sedih dan kecewa?
Apakah yang membuatkan anak patuh?
Apakah yang membuatkan anak berkecenderungan untuk melawan?
Mengenali anak anda akan membuatkan anda tahu kaedah disiplin manakah yang lebih berkesan ke atasnya dan kaedah disiplin manakah yang tidak diendahkannya.
Adakalanya anak tidak berdisiplin kerana ibubapa menggunakan kaedah yang tidak sesuai dengan pembawaan dan perkembangan mereka.
Bermain juga membuka peluang kepada perkakasan atau ‘tool’ disiplin yang sangat penting iaitu humor.
Gelak ketawa, senyuman dan keletah anak akan:
1) mengenepikan konflik atau stress
2) membina tumpuan anak
3) membuatkan anak terbuka menerima suruhan dan tegahan.
Jika anak sudah biasa mengikut peraturan permainan, dia juga mudah mengikut arahan yang diberikan oleh ibubapa dan patuh kepada ‘authority’.
Praktikkanlah ketiga-tiga kaedah ‘tangan-tangankan’ anak ketika bayi untuk membina asas disiplin. Tanpa RASA PERCAYA dan tanpa PERAPATAN, anak-anak tidak akan peduli dengan arahan ataupun peraturan yang kita tetapkan. Anak juga tidak sensitif terhadap keperluan dan harapan ibubapa.
Apabila usia anak semakin meningkat, dan dia mula memahami konsep ‘kesan dan akibat’, langkah seterusnya bagi ibubapa adalah untuk menetapkan batasan (boundary) ataupun peraturan. Fungsi peraturan bukannya untuk mengongkong sebaliknya ia melatih anak supaya menjadi insan yang berdisiplin, beradab dan berakhlak.