Penyanyi dan pelakon, Janna Nick yang masih dalam fasa berbulan madu selepas mendirikan rumahtangga pada 10 Jun lalu berkongsi mengenai perancangannya dan suami untuk memiliki zuriat sendiri.
Pun begitu, Janna yang padat dengan jadual seninya mengakui bukan masa yang sesuai namun sudah pun merancang waktu tertentu untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Dini Schatzmann.
Menurut perkongsian Harian Metro, Janna dan suami merancang mengenai zuriat sekiranya mereka dikurniakan rezeki. Malah rupanya wanita cantik manis ini juga mengimpikan seorang cahaya mata berbintang zodiak, Libra iaitu sekitar September dan Oktober.
Namun kata Janna, semua impian itu pastinya dengan doa dan rezeki yang disusun cantik Allah SWT buat dirinya kelak.
“Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki alhamdulillah.
Ads
“Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam dah tidak sempat.
“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan.
“Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja,” katanya berkongsi.
Ads
Janna yang baru sebulan mendirikan rumahtangga mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami.
“Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu.
“Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga,” ujarnya berkongsi.
Ads
Terdahulu, Janna dan Dini Schatzmann memilih tarikh 10 Jun untuk mengikat tali janji mereka sebagai pasangan suami isteri.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Laungan “Allahuakbar” bergema berulang kali di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, pada malam Sabtu lalu, mengiringi pemergian seorang anak syurga, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun. Suasana penuh sebak itu disaksikan penduduk kampung dan orang ramai yang hadir sejak awal petang, sebagai tanda kasih dan solidariti buat keluarga kecil ini.
Menurut laporan Sinar Harian, seawal jam 2 petang, kawasan pekarangan tanah perkuburan mula dipenuhi orang. Ada yang datang dari kampung berdekatan, ada juga yang sanggup memandu jauh, semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir. Ketika trak polis membawa jenazah keluar, takbir bergema dari setiap sudut, mengiringi perjalanan anak ini dengan doa.
Foto Via Sinar Harian
Jeffry Fauzi Rahman, 53, dari Kampung Maligan, berkongsi pengalaman yang menggetarkan hati. “Sebelum proses menggali kubur dimulakan, doa dibacakan. Masa itu, saya terhidu bau harum seperti bunga. Wangian itu datang secara tiba-tiba… sukar untuk saya lupakan,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, kehadiran malam itu adalah sebagai sokongan kepada ibu arwah, Noraidah Lamat, dan sebagai doa agar keadilan dapat ditegakkan. “Saya ikut perkembangan kes ini sejak awal. Walaupun dari jauh, saya mahu lihat sendiri proses ini. Harap segalanya dilakukan dengan telus,” ujarnya.
Proses penggalian yang dilakukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula sekitar 5.30 petang dan selesai pada jam 7.15 malam. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat, sambil disaksikan pasukan peguam dan ahli keluarga.
Semoga roh Zara Qairina ditempatkan di kalangan anak-anak syurga, dan semoga keadilan untuk keluarga ini ditegakkan. Moga ibu dan keluarga Zara Qairina terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi ujian berat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Inilah insan yang kini memikul amanah besar menyingkap kebenaran di sebalik pemergian tragis adik Zara Qairina Mahathir, 13. Bedah siasat bermula sekitar jam 11 pagi tadi.
Inilah doktor yang mengetuai pasukan forensik Zara Qairina
Dr. Khairul Anuar bin Zainun ialah Pakar Patologi Forensik tersohor negara, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.
Bukan calang-calang individu ini! Dr. Khairul Anuar, yang juga Pakar Perunding Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, mempunyai pengalaman luas termasuk latihan khas di luar negara dalam bidang bedah siasat kanak-kanak.
Kepakaran beliau kini menjadi harapan besar untuk membongkar kebenaran dan menegakkan keadilan buat arwah Zara.
Di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), beliau mengetuai proses bedah siasat ini bersama Pakar Patologi HQE I, Dr. Jessie Hiu, dibantu dua kakitangan perubatan.
Sementara itu, Peguam keluarga, Hamid Ismail, berkata kehadiran pakar forensik ini adalah langkah pihak polis memastikan setiap elemen keadilan ditegakkan.
“Bedah siasat dijangka mengambil masa empat hingga lima jam. Selepas selesai, doktor akan memaklumkan dapatan awal kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di perkarangan HQE I, pagi ini.
Hamid turut memaklumkan bahawa seorang wakil keluarga, iaitu peguam Shahlan, berada di dalam bilik bedah siasat mewakili pihak keluarga. Selepas semua proses selesai, jasad akan dibawa pulang ke Sipitang untuk dikebumikan semula.
“Kehadiran pakar forensik ini adalah langkah penting. Kami berharap orang ramai terus berdoa agar keadilan untuk Zara dapat ditegakkan,” ujarnya penuh pengharapan.
Suasana di sekitar hospital pagi ini dipenuhi wajah-wajah yang menanti, bukan sekadar keluarga, tetapi juga masyarakat yang mengikuti rapat tragedi ini. Semua menaruh harapan, agar jawapan yang dicari selama ini akhirnya terungkai, dan pemergian Zara Qairina tidak berlalu tanpa pembelaan.
Sumber: Sinar Harian & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama yang diberi pada anak-anak dianggap satu doa untuk mereka. Sebab itu sebaik-baiknya biarlah nama tersebut mempunyai makna yang elok. Bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri ini mereka hanya menggunakan satu huruf sahaja untuk menamakan empat orang anak.
Menurut Berita Jatim, Sukari dan Wahyuningsih dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2). Kisah mereka ini menjadi tular kerana belum ada lagi pasangan yang meletakkan nama anak dengan satu huruf.
Kongsi Sukari, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih satu huruf sahaja untuk nama anak-anak mereka.
“Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.
“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan semua anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup,” jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta.
Yakin bawa rezeki untuk seisi keluarga
Tambah Sukari, dia tidak pernah terlintas untuk menukar nama anak-anaknya kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.
“Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat.
“Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya. – Agensi
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.