Sebaiknya sejak kecil lagi, anak sudah diajar dengan pelbagai aktiviti kekuatan otot tangan untuk merangsang mereka agar dapat memegang pensil seterusnya sebagai persediaan untuk menulis.
Selain merangsang kekuatan otot tangan aktiviti kasar, apa kata anda cuba aktiviti paling mudah ini di rumah. Modal pun jimat.
Jom ikuti perkongsian OT, Pn Nurul Sheriena Musa untuk membantu anak menguatkan otot tangan.
Tahu tak selain gerakan bahu, nak pastikan anak pandai pegang pensil perlu stabilkan gerakan pergelangan tangan juga.
Jom buat aktiviti ini, gerakan uli Theraputty di dinding sahaja.
Ads
Ini merupakan gerakan wrist penting untuk anak pegang pensil.
Gerakan ini akan dapat membantu anak:
Ads
* Fokus pada mata * Gerakan wrist * Kuarkan core muscles, sebab anak perlu berdiri ketika membuat aktviti ini.
Sentiasalah perbanyakkan aktiviti gerakan jari macam ini.
Penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus. Pesakit selalunya akan mengadu ulser yang banyak di dalam mulut berserta ruam di tangan dan kaki. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan 2 jenis virus iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus.
Virus coxsackie sangat mudah menjangkiti orang lain. Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.
Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit dibahagian mulut dan lapisan usus. Daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah. Kemudian, virus akan merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut. Disitulah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk dan virus itu bersedia menjangkiti orang lain.
Bagaimanapun ada rawatan awal boleh dilakukan sebelum penyakit ini berjangkit pada orang lain. Melalui perkongsian ibu ini, Norkhairunnisah Aziz mungkin boleh dijadikan panduan bersama sebelum virus merebak menjadi lebih teruk.
Rasa bersalah pulak kalau tak kongsi cara nak kurangkan jangkitan HFMD. Disebabkan ramai tanya, saya kongsi secara umum.
HFMD sejenis penyakit wabak melalui direct contact, air liur, hingus, najis, apa-apa cecair dari orang yang sudah dijangkiti. So kita kadang tak tahu apa yang kita pegang, sentuh, main bekas orang yang dah dijangkiti.
Disebabkan kami anak beranak jenis tak reti duk rumah, iman pun jenis nak main kat taman. Merata-rata jalan, so tak dapat kita nak ngelak. Kalau terkena kita rawat dengan cepat, takkan nak kurung dia kat rumah sampai wabak ni xde, mau setahun tak keluar rumah.
So anak saya pun antara salah seorang mangsa terkena jangkitan HFMD. Cuma tak pasti kena kat mana sebab kami memang tak de had bagi dia main, main di taman permainan setiap hari.
Inspektor kesihatan syak jangkitan terkena sama ada di taman permainan dia selalu main atau lift yang kami guna untuk hantar dia ke rumah pengasuh. Sebab blok kami pun sebelum tu dah ada 2 orang kanak-kanak dijangkiti HFMD. So mungkin kami kongsi lift dan taman mainan yang sama juga boleh berisiko dijangkiti.
Alhamdulillah kami cepat bertindak ,masa mula-mula ada bintik2 merah kami ingat cuma kena gigit nyamuk. Tapi disebabkan HFMD tengah wabak, kami terus bagi treatment sendiri. Tak susah mudah ja untuk kurangkan dia merebak ke tangan kaki dan mulut. Supaya tak teruk.
1stly kena mandikan dia dengan lifebuoy, saya gosok sental dia dengan lifebuoy sampai berbuih-buih dan biarkan 30saat-1 minit. Lepas tu bilas balik. 1 hari 3-4 kali dia mandi.
2nd cuci rumah dengan dettol, buka semua cadar, sarung bantal, sarung kusyen, carpet, baju semua kami basuh dengan dettol. Setiap pagi sebelum dia bangun kami mop rumah dan lap mainan, sofa, meja makan dengan pencuci dettol.
3rd lepas mandikan dia saya sapukan dia dengan Calamine Zinc Oxide + menthol supaya dia tak rasa gatal-gatal nak garu semua. Ubat ni untuk kurangkan rasa gatal dan rasa dia sejuk-sejuk.
4th masa hari pertama dia kena dalam anak tekak dia ada ulcer tapi tak banyak, kami gunakan Gengigel Spray untuk hilangkan ulcer, 30 minit lepas tu dia dah rasa lega boleh makan minum macam biasa. Boleh juga gunakan AftaMed Spray. Kat sini dah habis, so saya guna Gengigel spray je.
5th jangan lupa bawa ke klinik untuk dapatkan notification dan cuti kuarantin 5 hari.
Senang ja kan, yang penting kita kena hapuskan punca dia dulu baru boleh anak-anak cepat baik dan jangkitan tu terus terbantut nak merebak. Kalau kita sibuk treat anak tapi punca utama dia kita tak hapuskan, dia akan kembali dijangkiti lagi. So rajin dengan tak je nak kena buat semua ni supaya dapat elakkan mereka sengsara.
Ps:/ HFMD tiada ubat lain selain dari Kebersihan.
*Ini adalah tip bagi mereka yang sudah dijangkiti.
Hidup berumah tangga banyak ragamnya. Banyak yang perlu dipelajari demi membina hubungan yang satu ini kekal hingga ke syurga. Namun dalam pada mengejar bahagia, proses mengenali pasangan mencatitkan seribu pengalaman dan onak ranjau yang hebat. Mencipta bahagia bukan mudah.
Perkongsian suami yang juga seorang doktor gigi ini, Abdul Rahman Fauzi mengenai kisah kehidupan berumah tangga sememangnya banyak benarnya. Dalam berumah tangga perlukan pengorbanan dan tolak ansur yang kuat, bukan salah seorang pasangan sahaja. Moga perkongsian ini memberi inspirasi kepada pasangan lain demi membina sebuah keluarga yang bahagia.
Dugaan awal perkahwinan
Pernahkah anda rasa tak puas hati pada isteri? Ya, saya juga pernah.
Terasa tak puas hati kerana seolah-olah dia saja yang banyak buat kerja. Apabila di rumah, dia nak rehat sahaja.
Saya pula hanya mahu jadi SUAMI. Kerja gila-gila cari nafkah di luar. Balik rumah mahu berehat, tidur dan main handphone sahaja. Sampai rumah makanan dan minuman mesti tersedia semua. Pakaian semua harus kemas dan rapi terjaga. Biar ISTERI yang urus semua. Kan kerja rumah tu tanggungjawab isteri?
Apa yang saya dapat, hanyalah perasaan marah dan kecewa. Sentiasa tidak puas hati dengan isteri. Saya mempersoalkan isteri, dia kata saya malas. Saling menuding jari. Semua jadi tak kena. Sibuk urusan kerja pun diungkit. Tiada harmoni. Tiada bahagia!
Lalu saya bertanya pada diri. Inikah matlamat perkahwinan yang aku cari? Bersenang-lenang menjadi seorang SUAMI, kerana semua urusan diambil alih oleh seorang isteri?
Teringat dulu saya pernah mengadu kepada senior saya. Saya rasa perlu nikah. Alasan saya, sebelah bahu terasa ringan. Mahu ada tanggungjawab lebihan. Rasa terlalu kosong hanya menguruskan diri. Kerana dulu merasakan, hidup akan lebih terisi dengan memberi.
Baru rasa betapa sukarnya isteri jaga anak kecil
Namun setelah Allah kurniakan perkahwinan, saya terlupa sekejap matlamat pernikahan saya. Baru sedar kenapa pada awal pernikahan seringkali datang ujian yang menduga. Hingga saya sering berdoa moga Allah kurniakan saya perkahwinan yang lebih bahagia seperti orang lain.
Alhamdulillah apabila lahirnya puteri kedua, ia umpama pelengkap hidup saya. Kerana barulah saya tahu susahnya menjaga seorang anak dalam kesibukan bekerja.
Ingat senang ke jaga anak kecik ni? Saat suami lena tidur malam, isteri pula berjaga sakit pinggang menyusukan anak. Saat suami belum bangun, isteri sudah di dapur memasak makanan dan menyediakan bekal susu untuk anak. Saat suami baru nak ke tandas, isteri sudah bersedia untuk pam stok susu untuk anak. Saat suami enak menonton televisyen dan melayan facebook, si isteri lah yang lenguh bercangkung dalam tandas memandikan anak.
Dengan Penuh Kasih Sayang Tanpa Rungutan
Susah tau nak jaga anak kecik ni. Cuba test sehari. Langsung tanpa bantuan isteri. Uruskan semua makanan dan kerja rumah. Barulah anda tahu betapa penatnya buat kerja tanpa berehat. Tak perlu tunggu sampai seminggu! Sehari pun anda akan rindukan kelibat sentuhan insan bernama isteri. Alamak esok isteri saya ada kerja syif lagi. Terpaksa jadi Mr Mama lagi. ??
Sebab itu saya akan berikan isteri ruang dan rehat yang secukupnya. Urusan kerja rumah, sebolehnya biar saya buat semuanya.
Basuh baju, sidai baju, kemas rumah, basuh tandas, memasak, uruskan anak pertama. Dan apa sahaja yang boleh mudahkan urusan isteri saya hatta buka pagar dan masukkan beg dalam kereta sebelum isteri pergi kerja.
Isteri saya buat apa?
Saya hanya mahukan masa terindah bersamanya. Senyumannya, berbual bersama, makan bersama, biar dia ada masa untuk diri dan ibadatnya. Tiada rungutan darinya.
Saya selalu kata padanya. Kalau penat dan stress, jangan buat kerja. Tak perlu masak. Biar saya buat semuanya. Yang penting, anak saya beliau boleh uruskan. Tak perlu masak yang sedap kalau nak masak. Yang penting, dapat makan bersama. Itu lebih manis.
Dan kesudahannya? Saya temui bahagia. Tidak rasa penat walaupun semua kerja saya cuba buat. Bahkan isteri juga memberikan reaksi yang sama. Makin suka untuk memasak, mengemas rumah, melayan suaminya.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya diri saya mengapa. Saya rasa jawapannya cuma satu. Hidup saya di dunia, takkan kekal lama. Biarlah pengorbanan sekecil ini, ada nilai disisiNya. Untuk Dia. Hanya Dia.
Moga diri ini terus istiqamah. Sampai bertemu denganNya…
~Moga Allah himpunkan kami bersama di syurgaNya..selamanya..
p/s: Saya repost semula sebagai perkongsian untuk muhasabah kita bersama. Kerana saya lihat di luar sana banyak pasangan yang diuji dengan masalah rumahtangga dan tidak bertemu penyelesaiannya.
Sedangkan jawapannya ada pada diri kita.
-Suami yang pernah tak puas hati-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri ibarat pasangan yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Janji setia yang diikat ketika ijab dan kabul untuk sayang menyayang dan sehidup semati sepatutnya bukan sekadar janji kosong.
Jika di awal perkahwinan kehidupan suami isteri bahagia sekali tetapi bila usia perkahwinan semakin bertambah, ramai sering meluah dan mengadu tingkah laku pasangan masing-masing.
Kadangkala tanpa sedar masalah remeh dalam rumah tangga menjadi punca pergaduhan. Antara yang sering menjadi rungutan kebanyakan kaum isteri iaitu sikap suami yang tidak mahu menolong urusan kerja rumah.
Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian. Maka berbahagi tugas membereskan kerja rumah juga satu perkongsian tanggungjawab suami dan isteri dan bukan hanya membebankan isteri sahaja untuk menyiapkan semuanya sendirian.
Penulis buku keibubapaan yang sering berkongsi pelbagai tip di laman sosialnya, Dr Taufiq Razif turut memberikan tip bagaiamana suami selaku ketua keluarga sepatutnya bertindak untuk membina rumah tangga bahagia.
Suami mithali akan buat 10 perkara ini bila nampak pinggan mangkuk berlonggok dalam sinki.
1. Dia tak tanya di Facebook dah, dia terus je cuci pinggan mangkuk tersebut
2. Dia cepat-cepat pergi tanya isteri dia “sayang sakit ke? sayang tak sihat ke? “
3. Dia terus urut isteri dan minta isteri berehat jika betul isterinya sedang kepenatan
4. Dia terus ganti isteri untuk uruskan anak anak jika kepenatan isteri itu berpunca daripada kelelahan menjaga anak anak
5. Dia terus tanya isteri dia apa lagi yang nak ditolong. Nak minta lipatkan baju ke, mop lantai ke cebok anak ke
6. Dia terus minta maaf pada isteri sebab selalu susahkan dan bebankan isteri walhal cuci pinggan itu adalah tugas bersama, bukan tugas isteri semata
7. Dia terus puji untuk menghargai isteri sebab selama ni dah banyak berkorban untuk dirinya dan anak anak
8. Dia terus buka buku, tanya Ustaz dan Google apa sebenarnya tanggungjawab seorang suami dalam rumahtangga
9. Dia terus ajar isteri cara untuk ‘delegate’ kerja rumah pada dirinya contohnya bagaimana cara untuk minta tolong suami dan bagaimana untuk bahagi tugas menguruskan rumah
10. Kalau si suami tu ada kemampuan, tak salah pun belikan gajet rumahtangga seperti TM6, Dishwasher Machine dan sebagainya jika itu je cara untuk kurangkan kepenatan isterinya
p/s : Orang tanya, kita jawab walaupun kadang pertanyaannya di luar common sense. Bersangka baik dia tertidur masa kursus kahwin dulu dulu