Dalam rumah tangga, perlulah saling bertolak ansur dan membantu antara suami dan isteri. Salah satu cara lain untuk ‘memancing’ rezeki adalah dengan berbelanja untuk isteri dan anak-anak. Biasanya isteri yang bahagia, bila suaminya tak kedekut.
Untuk menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab, sayangilah keluarga anda. Bukan wang ringgit kunci utamanya, tetapi sikap prihatin dan mengambil berat itu yang penting.
Ikuti perkongsian menarik dari seorang suami, Mohd Fadli Salleh tentang pengalamannya sendiri membeli barang dapur untuk si isteri.
Terus aku rempit ke Giant dari UTC tadi. Masuk je Giant, tengok jajan, teringat anak suka. Tengok Kinder Bueno, teringat anak. Tengok tu rasa best, tengok ni rasa best.
Ads
Sedar tak sedar penuh satu troli. 🤦♂️
Pening kepala nak bawa macamana. 🤦♂️
Isteri Kirim Barang Tak Sampai RM20
Isteri kirim 3 benda yang total tak sampai RM20 je pun. Bila masuk pasaraya ni terus hilang ingatan. Semua benda rasa nak beli. Dekat dua rat kena petang ni.
Ni je yang dikirim. 😬
Nak balik tadi menung panjang aku. Lupa datang dengan motor. Ingat datang dengan lori tadi. Hampir-hampir nak tempah Grab dah tadi suruh hantar barang. Haha.
Ejas punya ejas, lepas la bawak balik naik motor. Sampai depan rumah anak-anak berlari,
Ads
“Yeay, yeay ayah balik!”
“Yah, ayah beli apa tu,” tanya anak-anak bila nampak aku bimbit barang masuk rumah.
Hilang Rasa Menyesal Beli Banyak Tadi
Bersorak mereka lihat makanan kegemaran mereka ada belaka.
Terus hilang rasa menyesal beli belah tadi. Berganti kepuasan dan rasa bersyukur kerana belikan mereka makanan kegemaran mereka.
Ads
Kalau tak, mesti rasa bersalah saat anak bertanya “Ayah beli apa tu”.
Kepuasan bila lihat anak-anak gembira. 🥰
Meski pun kita berbeza, meski pun cara kita tak sama. Namun aku pasti, kita semua setuju;
Senyuman dan kegembiraan anak-anak adalah perkara paling utama bagi setiap ibubapa.
Perkara ini sememangnya sering berlaku. Biasanya para ibu yang suka beli macam-macam barang kerana teringatkan suami dan anak-anak. Suami dan ayah yang berbelanja untuk keluarga dan tidak pernah merungut tentangnya adalah yang terbaik! Rezeki datang dengan keredaan Allah SWT, membahagiakan orang-orang yang kita sayangi adalah salah satu cara untuk mendapatkan rahmat Yang Esa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami detik cemas apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Putra Perdana, Sepang, pada Khamis. Lebih menyayat hati, senjata yang digunakan dalam kejadian ini dipercayai diambil dari rumah mangsa sendiri.
Menurut laporan Sinar Harian , Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa sekitar jam 5.03 petang selepas dimaklumkan oleh jiran yang menyedari insiden tersebut. Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan kepala telah dihantar ke hospital oleh jiran berkenaan untuk rawatan segera.
Suspek bersenjatakan pisau yang diambil dari rumah mangsa. Gambar kecil: G K Shan Gopal
Syukur alhamdulillah, keadaan kanak-kanak itu kini stabil dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Namun, insiden ini tetap memberi tamparan hebat, bukan saja kepada keluarga mangsa, malah kepada kita semua sebagai ibu bapa.
Jenayah Boleh Berlaku Di Mana-Mana
Bayangkan, anak yang sepatutnya selamat di rumah sendiri pun boleh menjadi mangsa samun. Ini jelas menunjukkan penjenayah sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri walaupun hingga mencederakan seorang anak kecil yang tidak mampu melawan.
Lebih membimbangkan, suspek berusia 40-an itu dikatakan menggunakan pisau dari rumah mangsa sendiri untuk melakukan serangan. Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dan pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat.
Ibu Bapa, Ini Tanggungjawab Kita
Sebagai ibu bapa, insiden seperti ini harus membuka mata kita. Jangan pernah rasa terlalu selesa walaupun berada di rumah sendiri. Keselamatan anak-anak mestilah sentiasa menjadi keutamaan.
Berikut beberapa langkah penting yang boleh kita amalkan:
✔️ Pastikan pintu rumah sentiasa berkunci, walaupun pada waktu siang. ✔️ Didik anak untuk tidak membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali. ✔️ Kenali jiran tetangga. Mereka mungkin menjadi penyelamat dalam situasi kecemasan. ✔️ Simpan alat tajam atau berbahaya seperti pisau di tempat yang selamat, jauh dari capaian luar. ✔️ Pasang sistem keselamatan seperti CCTV sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.
Kejadian ini menjadi satu peringatan tegas buat kita semua. Jangan ambil mudah soal keselamatan anak di rumah. Dalam dunia yang makin mencabar ini, langkah berjaga-jaga perlu sentiasa diutamakan.
Semoga adik yang tercedera segera pulih, dan semoga ibu bapa di luar sana sentiasa dilindungi serta diberikan kekuatan untuk menjaga amanah paling berharga ini anak-anak kita. 💔🧕👧
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisar semua bahan lumat. Masukkan dalam periuk.Gaul dengan ayam. Ketuk 2 batang serai lagi.Tambah 100 ml air dan 100 ml santan pekat.
Bagi rasa sedap lagi. Rebus api sederhana sehingga 1/2 masak. Tutup periuk. Lebih kurang 20-30 minit.
Ben guna pressure cooker Philips. 15 minit dah cukup cantik. Kalau pressure cooker lain,lain timing dia ya.
Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini.
– 3 kali salutan kuah percik.
Lepas bakar arang seketika, sapu kuah pada ayam di kedua bahagian ayam,letak atas api sekejap dan balikkan, teruskan salutan kali kedua dan ulang shingga ke 3 kali. Sekejap je.
Orang cakap biar kena asap je. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.
Sumber: Ben Safwan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Self-esteem atau keyakinan diri adalah komponen penting dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dan remaja.
Menurut Dr. Rozanizam Zakaria, seorang pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, low self-esteem boleh membawa kepada pelbagai masalah mental seperti kemurungan, kebimbangan (anxiety), tingkah laku mencederakan diri, masalah perhubungan, dan penyalahgunaan dadah.
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan utama dalam membentuk self-esteem anak-anak sejak kecil lagi. Berikut adalah 5 perkara yang Dr. Rozanizam cadangkan untuk membantu membina self-esteem anak-anak secara sihat dan berkesan.
5 IBU BAPA MESTI BUAT UNTUK BANTU SELF-ESTEEM ANAK
Self-esteem adalah elemen yang sangat penting dalam psikologi kanak-kanak dan remaja. Low self-esteem telah terbukti dalam kajian antara yang boleh menyumbang kepada masalah mental seperti kemurungan, anxiety, self-harming behaviour masalah perhubungan dan penyalahgunaan dadah.
5 perkara yang ibu bapa boleh buat untuk bina self-esteem anak-anak.
1. PUJI DAN BERI GALAKAN Yang ini orang selalu buat, tetapi buat dengan silap. JANGAN puji anak kerana kepandaiannya. Tetapi puji usahanya. Gunakan ayat “Adik memang bagus SEBAB adik cuba jawab dengan baik” berbanding “Adik memang pandai”. Anak-anak perlu diajar bahawa dia layak dipuji kerana USAHA bukan KEISTIMEWAAN. Ini yang didapati daripada kajian psikologi kanak-kanak. Kalau anak-anak membesar dalam keadaan dipuji kerana ‘pandainya anak papa’, ‘anak mama memang bijak’.. mereka akan terperangkap dengan pujian ini dan takut berusaha sesuatu yang lebih sukar – kerana takut tidak lagi menerima pujian yang selalu diberikan. Akhirnya, pujian ini hanya membunuh keyakinan anak-anak.
2. SET SASARAN YANG REALISTIK Jangan jadi ibubapa ‘reality show’ – maksudnya, jangan bina imej perfect son/daughter anda berdasarkan apa yang dicapai oleh orang lain. Setiap anak anda diberi anugerah dengan bakat/kelebihan masing-masing. Jangan biarkan anak anda jadi ‘tikus eksperimen’ untuk feed ego anda. Jangan paksa anak anda pandai berpidato, pandai berenang, pandai kumon, pandai 7 bahasa dan pandai tenis semata-masa rakan-rakan dalam wassap group anda share gambar anak mereka menang pertandingan tersebut minggu lepas.
3. JUJUR DENGAN ANAK ANDA Mereka perlu tahu yang anda juga sebagai orang dewasa tidak sempurna. Kajian psikologi menunjukkan kanak-kanak berusia 12 tahun sudah tahu menilai seorang dewasa menipu atau tidak bila berkongsi sesuatu dengan mereka. Jangan puji anak jika mereka tidak berjaya semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Beri kritikan, tapi yang membantu mereka untuk bangkit semula.
4. BERI MEREKA RUANG UNTUK LAKUKAN KESILAPAN Jangan cuba tutup kelemahan mereka, semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Terus terang adalah jalan terbaik. Beri mereka galakkan dan kesedaran bahawa tidak mengapa gagal/tewas dalam sesuatu, asalkan kita memperoleh sesuatu daripadanya – contohnya ‘at least you had fun with your friends’. Ketahuilah bahawa kegagalan lebih banyak memberi kita pengajaran dalam hidup berbanding kejayaan.
5. PASTIKAN MEREKA ADA IDOLA/MENTOR YANG TERBAIK Modelling Theory – Belajar dari contoh adalah kaedah belajar paling berpengaruh dikalangan kanak-kanak. Jika mereka cari idola yang salah, mereka akan kecewa. Ajar anak-anak mengenal peribadi Rasulullah seawal mungkin dan jadikan baginda contoh terbaik dalam hidup. Anda sendiri sebagai ibubapa perlu jadi antara idola mereka.
Jadi, daripada perkongsian ini bahawa self-esteem yang kukuh bukan sahaja membantu anak-anak menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin tetapi juga melindungi mereka daripada masalah mental yang serius di kemudian hari.
Sebagai ibu bapa, kita perlu bijak dalam mendidik anak-anak dengan cara yang betul, seperti yang disarankan oleh Dr. Rozanizam Zakaria. Ingatlah bahawa setiap usaha kecil yang kita lakukan hari ini akan memberi impak besar kepada kehidupan anak-anak kita di masa hadapan. Jom kita sama-sama menjadi ibu bapa yang sentiasa menyokong dan membimbing mereka ke arah yang lebih baik!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.