Menurut The American Academy Of Pediatrics (AAP), bahagian Alergi dan Imunologi, bayi boleh mengambil keju setelah diperkenalkan dengan makanan pejal. Ini bermakna bayi boleh diberikan keju dengan selamat. Malah kandungan keju yang tinggi kalori dan protein juga baik untuk tumbesaran anak.

Pun begitu cara untuk menyediakan hidangan berasaskan keju perlulah tepat supaya anak dapat menikmatinya dengan baik dan enak. Keju yang baik pastinya bebas garam dan bahan pengawet untuk bayi kita. Rasa tidak yakin, ada baiknya ibu sediakan sendiri keju buat anak. Lagi puas hati.

Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Je Keju, Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Langkahnya!

Tak percaya boleh hasilkan sendiri keju buat anak? Ibu ini, Ana Maria membuktikan keju boleh dihasilkan dengan mudah hanya menggunakan dua bahan sahaja. Homemade keju yang dikongsikan ibu ini nampak mudah dan ringkas. Jom ikuti langkahnya.

HOMEMADE CREAM CHEESE

Hari ni anak umi Iris Syafia dah cukup 8 bulan. Lepas ni boleh la intro dengan dairy food plak. Salah 1 nya adalah cheese kan. Jadinya umi teringat untuk buat cream cheese homemade. Selain dapat cheese yang segar, bebas garam dan bebas bahan pengawet jugak. Patutnya pembuatan cheese kena masukkan garam masa akhir proses tu. Tapi umi skip la.

IKLAN

Nak buat pun sangat la mudah dan simple. Guna 2 bahan ja. Patutnya guna freshmilk tau. Tapi umi tersilap beli. Jadinya tawakal ja la cuba jugak. Nasib baik menjadi.

Bahan-bahannya di sini.

500ml susu segar
2 sudu besar jus lemon

IKLAN

Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Je Keju, Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Langkahnya!See..bahan-bahan yang mudah kan? Susu segar dan jus lemon.

Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Je Keju, Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Langkahnya!Panaskan susu dengan api sederhana sehingga naik buih-buih kecil di tepi. Tak perlu panaskan sehingga mendidih untuk menjaga nutrient susu. Perlu di kacau sentiasa untuk mengelakkan susu berkerak di bawah.

Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Je Keju, Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Langkahnya!Masukkan jus lemon sedikit demi sedikit sambil susu di kacau. Kacau susu sehingga gumpalan-gumpalan susu terbentuk. Kacau lebih kurang 5-10 minit. Kemudian biar kan sekejap.

IKLAN

Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Je Keju, Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Langkahnya!Setelah air dan gumpalan-gumpalan susu terpisah. Tapis menggunakan kain muslin. *Saya tak sempat beli, jadi gunakan tudung bawal lama. Cuci bersih dulu sebelum guna ya. Biarkan air tersejat.

Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Je Keju, Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Langkahnya!

Setelah dibiarkan, tekan-tekan untuk pastikan semua air keluar. Atau pun perah ja, macam perah kain tu. Dapat la seketul cheese yang segar. Boleh blend untuk dapatkan tekstur cheese yang lebih halus.

OK air tapisan yang dipanggil WHEY tu jangan buang tau. Masukkan dalam botol atau simpan dalam fridge. Banyak khasiat dan kegunaan tu. Boleh campur susu dan jadikan butter milk. Boleh juga gantikan cecair untuk buat kek dan roti. Buat masak pun boleh.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI