Selain tisu kering, tidak dinafikan penggunaan tisu basah untuk kerja-kerja membersih semenangnya amat diperlukan seharian.
Tak hairanlah kos untuk tisu dan kain pengelap ini perlu diperuntukkan setiap hari. Namun bagi menjimatan rupanya ada tip untuk membuat tisu basah ini sendiri di rumah. Jom cuba perkongsian tip ini.
Bahan yang diperlukan:
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk letak tisu basah
1/2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essensial (boleh cuba lavender, tea tree dan sebagainya)
Ads
1. Potong tisu dapur kepada dua bahagian. Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam supaya potongan jadi kemas.
2. Kemudian, campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.
Ads
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan ia menyerap semalaman.
4. Pada keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu tersebut dan sedia untuk digunakan!
Rumahtangga akan bertahan lama apabila suami isteri turunkan ego dan bertindak seolah-olah tak pernah jadi apa-apa yang negatif antara kedua-duanya.
Bertengkar, bermasam muka, merajuk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.
Kalau dua-dua pun berkeras. Suami jenis tak endah.
Isteri pula terlebih memendam. Maka masalah pun takkan selesai. Dalam kehidupan perkahwinan ini perlu ada komunikasi dan perbincangan. Semua ini untuk kurangkan ketidakharmonian dan ketegangan.
Terimalah hakikat bahawa hidup berumahtangga tidak selamanya aman damai. Pasti ada pasang surutnya.
Hadapilah dengan berhemah dan bersabar. Mengalah tak semestinya kita bersalah, ia juga tak bermaksud kita jadi lemah.
Namun mengalah itu yang jadi resipi untuk menamatkan sebuah pertelingkahan besar.
Yang penting, suami kembali memeluk isteri dan mengucapkan “maafkan abang.”
Dan isteri pula memeluk suami dan kata “saya pun minta maaf ya bang.”
Kan indah apabila ego suami isteri berjaya diturunkan. Moga semakin harmoni ya rumahtangga kalian di luar sana.
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan. Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama.
Ia bertujuan untuk mendidik kanak-kanak pada usia muda amat penting bagi membentuk sifat dan peribadi yang mulia dalam diri mereka. Hal ini amat penting bagi memastikan mereka dapat menjadi seorang muslim yang sejati dan baik serta melahirkan Insan Rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Untuk mendidik anak ia melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
Haruslah mendidik anak bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik. Anda harus menjaga perilaku supaya menjadi role model kepada anak-anak semasa anda berkomunikasi dengannya.
Sebelum belajar didik anak membaca doa-doa penerang hati ia termasuk surah Al-Insyirah. Malah Rasulullah pernah menyuruh Ali RA membaca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, menjadi tenang, mudah patuh arahan ibu bapa dan tidak banyak meragam.
Sediakan mini perpustakaan yang bercirikan islamik di rumah dengan perbanyakkan pilihan buku-buku berkaitan Islam seperti kisah nabi-nabi dan rasul. Ini akan memupuk nilai membaca dalam diri anak-anak dan mendedahkan kegemilangan Islam dalam diri anak.
Jangan lupa ingatkan anak untuk mengamalkan cara tidur mengikut sunnah Nabi SAW. Pastikan anak-anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar dan lena tidurnya.
Jika pergi bercuti atau pulang ke kampung, biasakan kepada anak-anak untuk membawa kelangkapan solat. Dengan ini, mereka akan tahu betapa pentingnya solat sebagai seorang muslim.
Ajari anak makan dan minum dengan sopan. Oleh sebab itu, digalakkan anak membaca bismillah dan alhamdulillah sebelum dan selepas makan. Sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah. Beritahu juga kepada anak mengenai cara seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
Digalakkan ibu bapa boleh mengajar anak mereka untuk membaca dan memahami al-Quran. Boleh dilakukan sebelum mereka pergi ke sekolah atau tadika untuk mereka membaca dan memahami al-Quran walaupun hanya 5 minit setiap hari.
Didik anak sebaik sahaja bangun membacakan doa bangun tidur dan sebelum tidur. Seeloknya tidur dalam keadaan menghadap kiblat, membersihkan diri kaki dan muka sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
Tandas juga salah satu adab yang tidak boleh diabaikan. Anak-anak perlu didik cara yang betul untuk membuang air kecil atau besar. Juga cara masuk ke dalam tandas antaranya menutup kepala, membaca doa, memakai selipar dan membelakangkan qiblat.
Mendidik anak untuk menghormati dan mengerti pengorbanan ibubapa terhadapnya. Ia penting untuk memberi kesedaran dan bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa.
Biarpun anda sibuk dengan kerjaya, pastikan juga ada waktu untuk anda berjemaah dengan anak-anak terutama waktu solat subuh, mahgrib dan Isyak.Suasana seperti ini memberikan aura positif kepada anak dan rumah anda.
Jika masjid jauh daripada rumah, tak salah jika membawa anak ke masjid waktu cuti hujung minggu. Laungan azan yang berkumandang dalam masjid sesungguhnya membuatkan jiwa anak menjadi tenang.
Biarpun anak baru berusia enam tahun, tidak menjadi kesalahan mendidik anak pakaian yang menutup aurat. Cara ini secara tidak langsung didikan awal buatnya untuk berpakaian sopan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam usaha kita membesarkan anak-anak sebenarnya penting doa ibu bapa. Keberkatan seorang anak itu adalah terletak pada seorang ibu dan ia sangat luar biasa. Walaupun anak itu dah besar, doa ibu tetap penting untuk anak meniti kehidupan yang baik.
Perkongsian dari seorang ibu, Wan Nur Syakira mengenai amalannya ini boleh dijadikan panduan untuk sama-sama membesarkan anak dengan sempurna.
Antara doa yang sering saya baca sepanjang menjadi ibu. Sehebat mana pun kita menjaga,
Tetap akhirnya Allah lah sebaik-baik penjaga.
Upaya dan pancaindera kita terhad. Di kala kita tak mampu menjaga mereka dengan upaya kita, kepada Allah lah, tawakal diletakkan. Khususnya bila mereka sudah besar, jauh dari kita.
Doa-doa ini selalu saya bacakan, ketika anak-anak baru sahaja tertidur sambil mengusap kepala mereka. Dan ketika itu juga, saya bisikkan harapan dan doa lain untuk mereka.
Dengan harapan ia bersemadi dalam minda separa sedar mereka.
Selain doa ini, saya bacakan juga surah al Kauthar dengan niat supaya Allah limpahkan kasih sayang dalam diri mereka untuk diberi pada dunia.
Surah Al Insyirah, niatkan moga mereka diterangkan hati dan dilapangkan dada supaya mudah dididik dan dijaga.
3 Qul, niatkan mereka dilindungi syaitan dan diteguhkan iman.
Surah al Fatihah, moga sentiasa mereka menjadi hamba yang bergantung pada Allah.
Ini ikhtiar saya. Surah lain juga boleh diamalkan. Saya percaya setiap surah ada istimewanya.
Moga Allah perkenankan ikhtiar ini. Hidup kita ini, biarlah sentiasa kita memohon pada Allah. Doa itu senjata.
Doa itu tanda kita mengakui kita lemah dan memerlukan Allah dalam hidup.
Moga Allah jadikan kita insan yang sentiasa berdoa. Moga Allah jagakan anak kita sentiasa dengan asbab doa kita yang tak putus buat mereka. Amin