Betullah anak-anak ini peniru nombor satu ibu ayah! Tanpa kita sedar, anak sebenarnya memerhati apa yang ibu ayah lakukan. Setiap perlakuan kita akan menjadi contoh dan akan disimpan dalam memori mereka.
Mungkin ada ibu bapa hairan kan? Tapi hakikat ini semua anak kecil akan laluinya. Jadi ibu bapa mesti sentiasa berhati-hati dan tunjukkan contoh yang elok saja di depan anak-anak.
Seperti perkongsian seorang ibu ini, Puan Lina Wahyu, tempoh berpantang untuk kelahiran kali kedua memberi kenangan manis buatnya. Ini kerana gelagat anak sulung kembar yang berusia 3 tahun itu sangat mencuit hati dan tiru apa saja yang bonda lakukan.
“Sehingga sekarang dah lebih sebulan pantang, apa yang saya lakukan pasti anak kembar saya, Qasih Naqusaffiyyah dan Qasih Naqufattiyyah ikut. Dari bab saya makan makanan pantang, pakai stoking, bertungku, pakai kain batik dia nak juga.
“Seolah-olah dalam rumah ni, ada tiga orang yang berpantang. Sanggup ikut apa saja bonda buat dan pakai.
“Bukan itu saja, jika saya jaga adiknya, pasti mereka pun tetap nak buat apa yang saya buat. Pantang tinggalkan adik sekejap pasti ada idea mereka untuk kacau adik. Jadi saya dan suami sepakat untuk belikan anak patung untuk dijadikan ‘baby’ sementara.
Ads
“Bila masing-masing dah ada ‘baby’, barulah rasa ok sikit sebab mereka dah tak cemburu dan berebut dengan saya untuk uruskan adiknya,” katanya.
Tambah Lina lagi, gelagat anak kembarnya yang nak ikut apa yang dilakukan ini bermula ketika usia setahun setengah. Kedua-dua mereka cepat belajar dan ikut apa yang saya buat. Sama ada buat kerja rumah atau apa saja aktiviti.
“Walaupun masih kecil, jika rumah bersepah dengan mainan, apabila saya bagi isyarat untuk kemas rumah, mereka faham dan buat.
Ads
“Kiranya bila di depan mereka memang kami akan sentiasa berhati-hati dan menjaga tutur kata. Sebagai ibu, tiada apa yang diharapkan cuma mahu lihat ikatan kasih sayang ini terus berkekalan sehingga akhir hayat,” kongsinya.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ditentukan Allah untuk mengikat tali cinta di sewaktu muda, usahawan berjaya, Datuk Alif Syukri bagaimanapun tidak mahu anak-anaknya mengikut jejaknya dan isteri yang mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Bagi dirinya, masa muda sepatutnya diisi dengan ilmu terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab yang besar.
Menerusi perkongsian videonya, bapa kepada enam anak ini turut mahukan anaknya berjaya terlebih dahulu sebelum melangkah ke jinjang pelamin.
“Saya ni bukan Tuhan nak menghalang jodoh, ajal ketentuan kan di tangan Tuhan tapi sebolehnya saya tak nak kalau anak saya kahwin muda, sebab saya pernah merasa bagaimana kahwin muda.
“Kalau boleh saya nak dia explore dulu, nak ada pelajaran dulu, of courselah saya nak anak saya ada pendidikan yang baik.
“Saya nak dia lengkapkan diploma, ijazah dan sebagainya dahulu sebolehnya tapi kalau jodoh datang awal saya terpaksa reda,” luahnya berkongsi.
Menurut Datuk Alif lagi, dia yang dilahirkan dalam keluarga yang ramai juga turut mahukan anak ramai namun bersyukur dianugerahkan dengan enam rezeki cahaya mata.
Malah bapa penyayang ini turut menitipkan ucapan kepada ibu bapa agar sentiasa menghargai dan menjadikan anak sebagai sahabat yang baik.
“Saya ni sebenarnya ada adik beradik yang ramai. Bila ada adik beradik ramai ni saya happy. Kalau boleh saya nak ada 12 orang anak tapi alhamdulillah saya ada enam anak. Bagi saya tu dah cukup ramai, alhamdulillah.
“Bagi saya setiap anak ini ada rezekinya. Setiap anak lain ragamnya, lain auranya dan setiap anak ada rezeki masing-masing. Jadi sebab itulah saya suka ramai anak.
“Kepada mak ayah semua yang ada anak ramai, saya doakan anda menjadi seorang mak bapak yang baik, menghargai anak dan jadikan anak sebagai sahabat. Inshallah kehidupan kita lebih bahagia.
“Hargai keluarga selagi mereka ada, kalau tak ada nanti kita rindu,” ujarnya lagi berkongsi.
Pengasas kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dipanggil Madammu selamat menjalani prosedur membuang tiub fallopio yang membengkak sebelum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Isnin.
Menurut Madammu, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan secepat mungkin susulan bengkak pada saluran tiub dan ia menyukarkan proses pemindahan embrio bagi tujuan IVF.
“18/7/2022, Isnin 10.00am, Madammu perlu melalui prosedur remove fallopian tube. Satu prosedur yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga.
“Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embrio, ” tulisnya menerusi Diari Madammu.
Meski banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha memiliki zuriat, namun dia percaya dengan aturan Yang Maha Esa dan bersyukur apa adanya.
Ahli perniagaan ini juga bersangka baik, setiap apa yang dilalui hari ini pasti ada hikmah.
Sementara itu, menerusi TikTok, Madammu reda dan mendoakan aaga urusannya dipermudahkan.
Ericya sebelum ini mengakui dan suami mula ikhtiar untuk memiliki cahaya mata sendiri mengenangkn tiga anak daripada perkahwinan suaminya sebelum ini semakin menginjak dewasa.
Sebagai seorang ibu, sudah pasti kita menginginkan yang terbaik untuk anak. Salah satunya adalah dari segi pembelajaran. Hati ibu manalah yang tidak risau jika anaknya mungkin tertinggal dalam pelajaran sedangkan ketika di rumah semuanya nampak normal.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, dia berkongsi kegusarannya apabila anak di rumah aktif dan suka bercakap tetapi lain halnya di sekolah. Guru anak memberitahu yang anaknya kurang bercakap dan pelajarannya juga merosot.
Di Rumah Aktif, Tapi Di Sekolah Kurang Bercakap
selamat .. boleh tak nk luahkan kat sini mana ada yg boleh membantu .tapi sembunyi identiti saya.. saya sebenarnya ada masalah anak2 saya .
Masalah yg sama bila kat rumah diorang aktif, boleh bercakap boleh komunikasi bila buat homework mcm fhm.. tapi di sekolah cikgu ada menyatakan anak saya mcm aktif ,lemah dan kurang bercakap.
Sama ada faham ke tak faham banyak senyap ..bila saya tanya anak saya dia diam je.. saya pun tak tahu nk selesai kan masalah ni macamana ..
Pelajaran Anak Lemah
Rasa nya setiap tahun cikgu cakap mcm tu..yg pasti saya takde jawapan apa yg cikgu tanya.. dan pelajaran anak saya memang lemah sgt..
Saya tak tahu nk buat mcmana.. kat rumah dia buat homework macam biasa.. please share tips yg membina ..
Untuk berkongsi sebarang masalah dan cerita menarik, anda boleh klik di KONGSI CERITA atau boleh inbox di FB PA&MA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.