Bagi ibu yang baru pertama kali nak bersalin, pasti banyak perkara yang masih lagi samar terutamanya proses melahirkan anak. Perasaan takut, risau semuanya ada, tapi percayalah itu juga turut dialami oleh ibu-ibu lain yang sudah pernah beranak sebelum ini.
Selalu kita dengar bila pertama kali bersalin pasti koyakannya agak banyak, sebenarnya ada cara untuk ibu hamil nak elak koyakan teruk ketika bersalin. Apa yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang cara urutan perinium yang betul untuk ibu hamil buat sebelum bersalin pasti dapat membantu terutamanya buat ibu yang pertama kali bakal melahirkan.
Bagaimana nak elak koyakan teruk masa bersalin?
Buat urutan perineum ( perineal massage) bila kehamilan dah 35 minggu ke atas. Ibu pertama lagi bagus buat urutan perineum ni. Boleh buat sendiri je. Kalau seriau nak urut sendiri boleh suruh si suami buatkan.
Cara?
Ads
🤚Guna pelincir – minyak Vitamin E, minyak badam atau minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak pun boleh. Jangan guna minyak tanah/minyak petrol dah la. Sikit je, sekadar buat pelincir.
🤚Gunakan ibu jari sahaja ( satu atau kedua-dua belah) buat macam dalam gambar, buat dalam 1 minit. Masa ni akan terasa bagai diregang. Jangan ditahan nafas tu, nafas je mcm biasa. Tak sakit pun.
🤚Urut perlahan-lahan bahagian bawah faraj dalam pergerakan berbentuk U dalam 2-3 minit. Ulang 2-3 kali
🤚Jadikan perineal massage rutin harian atau buat bebila free
Ads
9 dalam 10 ibu yg pertama kali bersalin akan ada koyakan sama ada terkoyak sendiri, ataupun episiotomy (gunting). Cuma kalau berlaku koyakan tu takdelah koyak teruk mana kalau selalu buat urutan perineum.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung. Sudah tentu ibu akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku.
Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan servik si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak.
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
4. Bayi mati dalam kandungan.
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Vivy Yusof selamat bersalin anak ketiganya. Sarah Ilham Shah nama diberi.
Vivy atau Datin Vivy Sofinas Yusof wanita hebat dengan empayar Fashion Valet & Duck. Vivy yang mempunyai dua anak sebelum ini iaitu Daniel Azim Shah & Mariam Iman Shah memuatnaik gambar dia bersama bayi dan suaminya berserta kapsyen pendek tapi menggambarkan kesyukuran yang tidak terhingga atas kelahiran bayinya yang ketiganya.
Vivy dan suami Datuk Fadzarudin Shah Anuar tentunya gembira dengan kehadiran cahaya mata ketiga ini. Vivy turut berkongsi kapsyen lucu dan berjenaka dengan suaminya, dengan menyatakan wajah bayi mereka seiras wajahnya menerusi hashtag #shelookslikeme #sorrynotsorryfadza.
Para follower instafamous dan blogger ini juga teruja dengan kehadiran baby Sarah dengan meminta untuk mengirimkan hadiah dan bunga untuk Vivy.
vivyyusofSarah Ilham Shah ❤️ We want to thank everyone who messaged to wish us well, it’s been so overwhelming and I hope you’ll give me time to reply each one. The hospital also has been getting requests from my followers to send gifts to Sarah, we are so forever grateful to you. As of now, we are enjoying bonding time with this angel of ours and I am happily resting and recovering, Alhamdulillah. Can’t wait to introduce her to you on the vlog soon ❤️ #shelookslikeme #sorrynotsorryfadza
Sebelum ini, Vivy juga turut berkongsi video rangkuman perjalanan kehamilannya yang memuatkan kompilasi pahit manis yang dilalui dan gelagat comel Daniel & Mariam.
Rawat Kulit Tumit Kaki Merekah, Hasilnya Kulit Bersih & Lembut Macam Bayi
Rekahan di sekeliling tumit dan sekitar tapak kaki memang tampak hodoh dan mencacatkan penampilan. Biasanya ada ramai ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah tumit kaki merekah dan pecah-pecah.
Bagaimanapun masalah tumit kaki merekah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika tidak menjaga kebersihan dan kesihatan kaki, ia mudah sahaja terjadi. Apabila berada dalam keadaan ini, keinginan untuk menyarung kasut jenis terbuka sering kali terpaksa dilupakan.
Masalah tumit kaki merekah tidak boleh dibiarkan tanpa dirawat. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, keadaan tapak kaki akan menjadi semakin teruk sehingga boleh menyebabkan kesakitan.
Berikut dikongsikan tip untuk merawat tumit kaki daripada merekah. Tidak dapat dinafikan bila tumit kaki merekah, kita rasa segan nak pakai kasut yang jenis terbuka. Rasa kurang keyakinan diri. Kalau boleh tak mahu langsung buka kasut bila ada di hadapan orang.
Apabila tumit kaki merekah, automatik kulit tapak kaki jadi kasar. Memang tak selesa! Mungkin anda sudah cuba berbagai jenis krim dan losyen bagi mengatasi masalah ini namun tidak memberi kesan.
Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Nur Sumayyah Petua ini juga elok diamalkan bagi melegakan kaki yang lenguh. Dapat merehatkan kaki daripada ketegangan. Cubalah mama!
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Ubat kumur Listerine (botol ungu) Apple cider (cuka epal)
Kunci utamanya ialah mesti kena rajin dan konsisten buat ya.
1️⃣ Rendam kaki sekejap dalam air suam selama 5 minit.
2️⃣ Kemudian letak 1 hingga 2 penutup listerine ke dalam air rendaman.
3️⃣ Masukkan 1 hingga 2 sudu makan apple cider (cuka epal) ke dalam air rendaman.
4️⃣ Kacau bahan-bahan ini biar sebati. Rendamlah kaki anda selama lebih kurang 30 minit.
5️⃣ Apabila telah selesai merendamkan kaki, skrub tumit kaki dengan span dan lap kering. Sapukan krim tapak kaki untuk melembapkan tapak kaki. Anda akan dapat lihat hasilnya kulit kaki anda akan lembut seperti kulit bayi.
Ini perbezaan yang boleh dilihat:
SEBELUM:
SELEPAS:
Amalkan dua hingga tiga kali seminggu untuk hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.