Semasa menyusukan bayi baru lahir, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan anda stres dan kadangkala mengalami kemurungan. Sesetengah ibu bimbang jika hal ini akan mengurangkan penghasilan susu badan mereka. Namun, adakah benar stres boleh menjejaskan penghasilan susu ibu? Apa pendapat sains mengenai perkara ini?
Adakah stres mengurangkan susu badan saya?
Jawapannya adalah tidak. Stres tidak akan mengurangkan penghasilan susu badan atau sebagainya. Bagaimanapun, penghasilan susu badan anda pada sesetengah waktu akan berkurangan, contohnya seperti apabila anda bersalin secara pembedahan, atau bayi anda lahir pramatang. Pun begitu, susu badan anda masih mencukupi untuk bayi. Cuma, keadaan ini memerlukan masa dan usaha anda bagi melancarkan penyusuan susu ibu.
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan stres?
Ads
Berikut terdapat beberapa cara untuk membantu anda relaks:
Pertama, cari tempat yang membuatkan anda rasa selesa untuk menyusukan bayi (atau memerah susu). Sebaik-baiknya, carilah tempat yang bebas daripada gangguan. Cuba untuk berehat semaksima mungkin sebelum menyusukan bayi atau memerah susu.
Ads
Semasa melakukan proses ini, anda boleh mendengar lagu kegemaran anda, menarik nafas dalam-dalam, berzikir, atau anda boleh meletakkan bauan yang menenangkan dan melakukan perkara yang anda sukai. Sebelum menyusukan bayi, anda boleh membongkokkan pinggang supaya payudara anda dalam keadaan tergantung, dan berada dalam posisi ini beberapa ketika. Ataupun, anda boleh menggerakkan bahu ke belakang dan ke hadapan bagi menggoncangkan payudara anda. Posisi sebegini amat membantu para ibu melegakan tekanan pada leher dan bahu, sekali gus membantu melancarkan penghasilan susu.
Ads
Di samping itu, cubalah untuk selalu bersama dengan bayi anda supaya kedua-dua anda dan bayi ‘berasa dekat’ dan berkongsi hubungan emosi. Jika anda tidak bersama dengan bayi (seperti ibu berkerjaya), anda boleh melihat gambar atau video si manja anda semasa memerah susu. Cara ini dapat membantu anda menghasilkan susu badan dengan lancar. Semasa menyusukan bayi pula, sesetengah ibu akan menghirup air bagi melegakan tekanan. Ini salah satu tindak balas lazim yang ibu sering lakukan semasa penyusuan.
Sesetengah ibu juga lebih gemar menyusukan bayi mereka semasa mereka mandi bersama. Cara ini dikatakan dapat membantu melegakan tekanan pada otot anda, sekali gus, merangsang aliran susu badan.
Kesimpulannya, stres tidak mempengaruhi penghasilan susu ibu, seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Walau bagaimanapun, pastikan anda sentiasa positif dan bebas-stres bagi mencipta persekitaran yang sihat untuk anda dan bayi. Jika anda berasa murung, cara terbaik adalah bercakap dengan ahli terapi atau doktor.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki orang tak sama dengan rezeki kita. Bila dah berumah tangga jangan sesekali bandingkan orang lain dengan pasangan kita kerana masing-masing ada kelebihan.
Mungkin di awal perkahwinan ada yang pernah mengalami fasa ‘susah’ bersama pasangan sebelum dapat mengecapi rezeki yang lebih baik pada hari ini. Inilah dikatakan lumrah kehidupan. Jika kita boleh lalui fasa ini dengan baik, pastinya jkita akan lebih menghargai pasangan dan erti kehidupan sebenar.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh yang juga seorang suami dan ayah kepada empat orang anak, bagaimana dia menjalani kehidupan di awal perkahwinan hingga mendapat kehidupan lebih baik bersama anak isteri hari ini.
Sejujurnya, 9 tahun pertama perkahwinan kami, sebentuk cincin emas murah pun tak pernah aku hadiahkan. Dan puan isteri aku tak pernah merungut, tak pernah memujuk, jauh sekali merayu meminta. Kerana dia tahu kemampuan aku.
Hampir 10 tahun berkahwin, anak nak masuk 4 dah, aku tak pernah bawa keluarga aku melancong ke mana-mana. Sekadar ke pasar malam, ke supermarket dan tepi pantai sahaja. Kawan-kawan dia, adik-beradik, saudara mara pakat tayang emas baru, puan isteri senyum dan diam sahaja. Sekali pun tidak pernah meminta-minta.
Saat orang lain melancong ke sana ke sini waktu cuti, kami hanya balik ke kampung. Paling kuat pun ke Pantai Batu Buruk tengok ombak. Anak nak naik kereta kuda pun tak boleh. Mahal. Ayah tak mampu. Kita tengok saja nak ya. Nanti ayah ada duit kita naik.
Anak-anak ajak pergi pulau, duduk resort dan mandi kolam pun ibunya akan bisik kat anak,
“Arshad, Asyraff dan Amar doakan tau. Agar rezeki ayah mencurah. InsyaAllah bila ada rezeki ayah bawa kita. Doa sungguh-sungguh”.
Aku yang mendengar hujung telinga ini terkoyak teruk emosi dalaman. Cuma tak luahkan sahaja. Dalam jiwa, menangis berkoyan air mata.
Rasa loser gila. Rasa tak berguna. Rasa bukan seorang suami dan ayah yang baik untuk isteri dan anak-anak. Aku nak sediakan segala. Aku nak tunaikan apa jua permintaan puan isteri dan anak-anak, tapi aku tak mampu.
Gaji diploma, duduk di kota raya, dengan bebanan hutang peribadi, hutang kereta, hutang rumah, bukan cabaran kecil. Tolak itu tolak ini, balance tak sampai seribu. Nak kena berjimat sampai akhir bulan. Silap percaturan pasti kena berhutang. Sekali berhutang, akan efek perbelanjaan bulanan seterusnya pula.
Nak bayar roadtax terpaksa main kutu rm50 sebulan. Minta tarikh hari roadtax mati. Aku rm50, puan isteri rm50. Sekali tayar botak, tabung haji jadi penyelamat. Tabung haji potong rm50 sebulan tak pernah simpanan cecah RM1k. Kejap-kejap cucuk, kejap-kejap cucuk.
Semua peluang kerja aku buat. Jual simkad, jual air, jual kasut, pelayan kedai makan. Semua aku rembat. Aku pernah listkan dua tahun lepas, aku buat 16 kerja berbeza untuk mengubah ekonomi keluarga. Pendek kata, asal halal aku akan buat. Penat tolak ke tepi.
Pulang sekolah jam 7 malam, jam 8 malam lepas solat maghrib terus keluar pergi jual kasut bundle. Pulang jam 4 pagi. Dapat la gaji RM30 satu malam. Kadang tak ada pelanggan, tak ada gaji.
Pulang kepenatan, esoknya perlu ke sekolah lagi. Habis musim kasut jadi pelayan kedai makan. Kadang dapat gaji RM10-RM30, kadang dapat makan free tanpa gaji. Pun kerja malam dari jam 8 pagi hingga 3 pagi.
Mujur aku mengajar petang masa tu. Lepas Subuh sambung tidur. Bangkit jam 11 pagi bersiap ke sekolah pula. Begitu rutin bertahun lamanya.
Sedikit demi sedikit aku menabung. Sedikit demi sedikit aku menyimpan. Aku punya hasrat dah lama. Lama sangat-sangat.
Nak hadiahkan isteri barang kemas. Nak bawa anak melancong puas-puas.
9 tahun bukan tempoh singkat. Bukan sedikit perit, luka, dan airmata yang aku tahan dan telan sendirian selama ini.
Dapat capai impian belanja isteri dan anak-anak
Akhirnya, pada anniversary kami ke sembilan pada Jun tahun 2018, buat kali pertama aku memimpin tangan ini; tangan yang aku nikahi 9 tahun lalu masuk ke kedai emas untuk memilih apa jua barang yang dia suka.
Terkejut, terharu puan isteri usah cerita. Hampir saja air mata tumpah dalam kedai emas kerana beliau tak sangka aku nak bawanya masuk ke kedai itu.
Pun masih, betapa setia dan memahaminya seorang isteri, bilamana aku minta untuk pilih barang kemas kesukaan dia cuma memilih sebentuk cincin belah rotan yang harga lebih kurang RM400 sahaja.
Betapa beliau risau akan membebankan aku. Betapa beliau runsing aku tidak bersedia untuk itu.
Hari tersebut, aku suruh ambil rantai emas harga lebih 6k. Geleng kepala dia tengok harga, siap suruh trade in rantai lama. Aku senyum dan larang trade rantai lama. Sayang. Bahkan aku suruh pilih seutas lagi gelang emas lebih 2k harga.
“Ambillah. Abang dah bersedia lama untuk saat ini. Abang menahan diri dari berbelanja, abang menyimpan, abang main kutu, abang berjimat cermat bertahun-tahun hanya untuk hari ini.
Usah risau. Semua dalam kawalan”.
Saat tu je bergenang mata puan isteri lantas meramas erat tangan aku. Tuan kedai terkebil-kebil saja melihat situasi kami.
‘Drama apakah ini?’ agaknya itu yang bermain di dalam kepalanya.
Rezeki datang mencurah-curah
Dari hari itu, dari tarikh itu, Tuhan mula melorongkan rezeki mencurah-curah. Apa saja aku buat, alhamdulillah berjaya.
Datang seorang demi seorang kawan, mereka yang berjaya tunjukkan jalan dan buka peluang untuk aku terus maju jaya.
Agaknya inilah rezeki yang orang selalu sebut, rezeki belanja untuk isteri. Dalam rezeki suami, terselit rezeki isteri.
Bahkan mungkin berkat doa anak-anak yang memohon penuh tulus agar Tuhan buka jalan rezeki untuk ayahnya semata-mata mereka hendak tidur hotel dan mandi kolam seperti keluarga lain.
Dan tanggal Disember 2018, setelah gigih menyimpan, akhirnya buat pertama kali aku mampu bawa anak isteri, mak mertua dan adik-adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah.
Kawan-kawan…
Jika hari ini kalian belum berjaya, jika hari ini kalian belum mampu, jangan pernah menyerah kalah.
Terus usaha dan usaha sahaja. Terus yakin dengan doa dan sedekah. Dua senjata ajaib yang tak mampu mana-mana saintis di dunia rungkai kesannya.
Aku menulis hari ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali nak bercerita aku dah berjaya, kaya dan seumpamanya.
Sehingga hari ini aku masih gigih berusaha untuk mengubah nasib diri. Sehingga hari ini aku masih banyak menahan diri dan menyimpan untuk masa depan.
Aku belum berjaya. Tapi aku sedang berusaha ke itu. Aku tak pernah berhenti walau sekali. Aku masih gigih dan berjuang, bukan goyang kaki bersenang-lenang.
Semoga sedikit perkongsian ini membuka mata dan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengambil ‘isi’ di dalam tulisan ini.
Aku doakan kalian semua akan berjaya dan terus maju jaya. Doakan aku juga ya.
Ingatlah firman Allah, “Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya”.
Hidup ini keras dan memeritkan bagi sebahagian kita. Jangan mengalah, sentiasa bangkit setiap kali jatuh, jangan lupa sedekah dan doa, pasti akan ada jalan terbuka luas terbentang di depan sana.
Ribut yang paling dahsyat pun pasti akan berhenti. Dan sebaik ia berhenti, muncullah pelangi. Begitu juga ujian hidup ini.
Terus kental bertahan. Bahagia dan kejayaan sudah menghampirimu. Yakinlah!
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja bawang putih, begitu banyak kegunaannya lebih-lebih lagi pada ibu berpantang bagi memanaskan tubuh dan memanaskan semula tubuh. Begitu banyak khasiat bawang putih yang baik untuk ibu.
Tidak dinafikan, mengupas bawang putih sememangnya menuntut lebih masa kerana bentuknya yang kecil berbanding bawang besar. Namun ada cara nak mudahkan mengupas bawang ini jika anda tahu caranya.
Salah satu cara yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, @sang301101 ini memang menarik. Bukan hanya tip nak kupas bawang dengan mudah bahkan siap tip untuk tanam daun bawang. Memang terbaik.
Ini tip yang dikongsikannya.
1. Rendam beberapa labu bawang putih.
2. Gunakan penyepit besi untuk membuang kulitnya dengan mudah.
3. Apabila kulit bawang sudah lembut, gunakan penyepit untuk menarik kulit.
4. Siap!
Dah ini pula cara nak tanam daun bawang daripada bawang yang dikupas tadi.
1. Tuangkan air dalam gelas.
2. Letakkan bawang tadi di atasnya.
3. Biarpun tunas terbentuk.
4. Wow hasilnya. Tak perlu pun guna tanah!
Terbaik!
Letakkan sahaja di balkoni rumah dan biarkan sahaja bawang untuk nampak hasilnya. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @sang301101
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zakat adalah kewajipan kepada semua pemilik harta yang beragama Islam. Mama papa juga tidak terkecuali berdasarkan syarat pemilikan harta secara sah sepanjang haulnya.
Hikmah berzakat mampu membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil. Hakikat ini dapat dirasakan oleh pengeluar zakat dan dia juga menyedari bahawa zakat itu lebih ketara kepada penambahan harta daripada menguranginya. Malah diberikan pelbagai ganjaran oleh Allah dalam pelbagai bentuk dan cara.
Menunaikannya dengan niat kerana Allah, mama dan papa bukan sahaja memperolehi ganjaran di dunia, malah di akhirat. Terdapat pelbagai jenis zakat selain zakat fitrah. Antaranya ialah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP, zakat emas dan perak serta zakat takaful
KINI SEMUA CAWANGAN ZAKAT SELANGOR DIBUKA 7 HARI SEMINGGU SEPANJANG BULAN DISEMBER 2018
Bagi memudahkan urusan anda, semua 27 cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan Disember ini.
Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Waktu operasi turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember.
MEMUDAHKAN PEMBAYARAN
Inisiatif itu diambil bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018. Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
KEMUDAHAN PEMBAYARAN GUNA KAD KREDIT & DEBIT
Cawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Lebih menarik, semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah sagu hati iaitu kad Touch & Go. Peluang ini hanya dibuka di bulan Disember ini sahaja.
Mama papa, ambil peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.