Apabila bayi sudah semakin pandai menerima makanan, ibu bolehlah mempelbagaikan jenis bubur buat mereka. Namun seperti biasa, elakkan garam dan gula sebaliknya hanya gunakan perasa asli seperti dari buah dan sayuran sahaja untuk menambah rasa.
Idea bubur dengan sayur bertumis yang disediakan oleh ibu ini, Puan Nor Haidah Md Said ini nampak cukup menarik. Awalnya ditumis dahulu dan kemudiannya barulah dimasukkan ke dalam bubur sebelum dikisar halus. Nampak sedap!
Hilangkan Rasa Pahit Sayur
Ads
Paling penting bagi menghilangkan rasa pahit daripada sayur-sayuran, sebaiknya ditumis dahulu. Barulah sayur tidak menjadi pahit dan anak makin berselera untuk makan.
Malam ni akak masak bubur baru untuk baby Qaira. Anak akak memang selera makan budaknya. Portion yang akak buat ni lebih kurang 2 genggam beras, dia boleh habis dalam 7-8 kali makan. Tak memilih nampaknya, semua menu dia suka. Mudah kerja mama dia.
Ads
Bubur
Lobak merah
Kentang
Isi ikan siakap laut (kalau siakap kolam bau sikit isinya)
Sawi jepun tumis
Masa bubur tengah nak masak, masukkan terus ikan. Dalam 5 min keluarkan balik.
Bila campur dengan sayur hijau ni, biasanya akan rasa pahit-pahit sikit. Jadi akak tumis dulu sayur tu asing sebelum masuk dalam bubur untuk hilang pahit nya. So, tak payah tambah lagi lah minyak dalam bubur.
Jika mommy yang tengah buat 4rd, kalau nak cuba menu ni boleh lah cuba lepas baby pass semua bahan-bahan yang akak guna ni. Macam baby akak memang dari awal-awal lagi start bagi makan akak dah campurkan sikit-sikit. Alhamdulillah, perut dia dapat terima dengan baik.
Tapis dulu sekejap.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Kuih bakar antara makanan tradisi yang sangat popular dan digemari ramai. Rasanya yang sedikit hangit di atas dan lembut di dalam memang sangat sedap. Cara buat kuih bakar ni pun sangat mudah! Berbaloi cuba dan dijadikan sajian hidangan pada waktu petang.
Kuih kegemaran. Senang je nak buat..kisar semua bahan dan bakar. Wangii satu rumah.
RESIPI KUIH BAKAR
Bahan-bahan;
2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu suka manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna
Cara penyediaan
Blend semua bahan diatas kecuali bijan,tapis..oleskan loyang dengan butter,tuang adunan kemudian tabur bijan. Bakar pada suhu 170 api atas bawah selama 1jam arau hingga masak..selamat mencuba.
Kredit resepi:Noor Baini Bakar
Kredit Gambar:Eniza M Salim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaanya mantou hanya dibeli di kedai, namun kali ini mama boleh cuba buat sendiri di rumah untuk anak-anak dengan menggunakan resepi yang menggunakan bahan mesra kanak-kanak.
Hi semua saya nak share resepi colorful mantou guna natural food coloring. Resepi mudah hanya guna sukatan cawan dan steps yang simple. Alang-alang boleh bagi anak-anak main uli doh sekali untuk sensory and motor play.
Pumpkin & Beetroot Spiral Mantou/ Mantou Labu & Ubi Bit
1/2 cup puree labu/ puree beetroot
1 tbsp madu (1 yr old above sahaja)
1. Satukan bahan A sampai jd macam serbuk roti
2. Masukkan bahan B, uli sampai jd doh
3. Rehatkan doh selama ~30 minit atau lebih
4. Boleh bentukkan ikut kreativiti. Sy ikut tutorial di YouTube je.
Kemudian kukus selama 15 minit. Siap!
* Untuk buat puree tak perlu tambah air ya. Hanya kukus dan lenyek/ blend sahaja
* Boleh skip letak madu utk baby below 1 yr old. Sebab dah ada manis natural dah dari labu dan ubi bit
* Balut penutup steamer guna kain utk elak dari air menitik
Alhamdulillah the kids suka! Si Abang 3 yrs old sekali makan sampai 5 ketul. Maybe sbb color yg vibrant dan dia ‘tolong’ buat sekali kot 😁. Dalam seminggu ni dah dua kali buat.
Kids request nak Mommy buat mantou bentuk mcm tayar pancit 😅. Mommy Daddy pulak pulun makan cicah sambal ikan bilis. Boleh frozen kan. Hanya perlu steam balik utk lembutkan mantou.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.