Bila anak dah mula makan makanan pejal, ibu jangan lupa perkenalkan ikan dalam menu makanan si manja. Tapi ikan hanya boleh diperkenalkan kepada bayi bila sudah berusia 8 bulan ke atas.

Menurut pakar pemakanan, kesihatan seorang anak bergantung pada apa yang dimakan sejak masih kecil. Pengambilan khasiat makanan yang seimbang serat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi menjadi faktor penentu ketahanan badannya dari serangan penyakit serta membantu perkembangan fizikal dan otaknya.

 

Mungkin kebanyakan ibu lebih gemar memilih daging atau ayam untuk bahan masakan menu bayi kerana mudah dimasak dan dimakan kerana tidak banyak duri dan tidak berbau hamis. Sebenarnya makan ikan sejak kecil memberi banyak kelebihan kepada bayi.

IKLAN

Kalau mama nak idea untuk bagi si manja makan ikan, boleh ikuti resipi di bawah;

BUBUR SUP IKAN MERAH

Bubur nasi-masak secara berasingan

IKLAN

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat Dengan DHA & Bagus Untuk Otak Bayi

BAHAN-BAHAN UNTUK SUP IKAN MERAH

  • Isi ikan merah
  • Bawang holland
  • Lobak merah
  • Sawi
  • Daun sup
  • Kentang
  • Sawi
  • Chicken bone broth (dalam bentuk kiub)
  • Mix herbs
  • Minyak zaitun (extra virgin)

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat Dengan DHA & Bagus Untuk Otak Bayi

IKLAN

CARA PENYEDIAANNYA

  • Tumis bawang holland dengan minyak zaitun smpai kekuningan.
  • Kemudian masuk kentang, lobak merah dan mix herbs untuk naikkan bau wangi sup.
  • Tambah air sedikit dan masukkan kiub chicken bone broth.
  • Bila sup mendidih, baru masuk isi ikan merah, sayur sawi dan daun sup. Siap sup ikan merah.
  • Kemudian ambil isi dalam sup dan kisar.
  • Campurkan ia dengan dengan bubur yang sudah siap kisar. Gaul rata dan tambahkan sup ikan merah sebagai kuahnya. Siap untuk diberikan kepada bayi!

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat Dengan DHA & Bagus Untuk Otak Bayi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI