Selama ini kita anggap ibu yang memainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak. Malah terdapat golongan bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak kepada isteri sepenuhnya.
Betul bapa selalu sibuk dengan urusan mencari nafkah untuk keperluan keluarga sehingga kurang ada masa untuk mendampingi anak di rumah. Mungkin pada tanggapan, cukuplah si ibu menguruskan hal rumah tangga dan pendidikan anak.
Sebenarnya pandangan ini tak boleh dimbil kira kerana hal mendidik anak tetap penting dan perlu sama-sama bertanggungjawab dalam memberi pendidikan, khususnya dalam keperibadian anak.
Mengikut kajian juga seorang bapa yang rapat dan selalu bermesra dengan anak akan memberikan kesan positif kepada terbentuknya karakter yang baik.
Seperti perkongsian Dr Taufiq Razif yang banyak membincangkan isu kekeluargaan dan keibubapaan, ada 12 cara untuk seorang bapa menjadi individu yang selalu dirindui anak-anak.
12 cara menjadi bapa yang dirindui anak-anak
1. Selalu pandang mata anak bila bercakap
Ads
2. Suka gunakan nada suara yang rendah bila bercakap
3. Tahu personaliti dan karakter setiap anak anaknya
4. Selalu gunakan kata kata motivasi daripada ugutan
5. Bila marah, tak hilang kawalan
Ads
6. Bila gembira, tak gembira keterlaluan
7. Selalu bercerita pada anak tentang Ketuhanan
8. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih bulu
Ads
9. Selalu cipta kenangan indah walaupun pada perkara yang kecil
10. Hargai setiap usaha anak walaupun tidak sempurna
11. Lebih banyak mendengar daripada menengking dan memarahi
12. Melayan seluruh ahli keluarga dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang
“Father is someone who lost everything just to make you win”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menabung sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Namun cara kita menyimpan pastinya berbeza. Ada yang suka menyimpan dengan tolakan gaji di awal bulan, namun ada pula yang gemar mengumpul wang pelbagai warna sebagai cabaran diri.
Berbeza namun tujuannya sama iaitu untuk menambahkan lagi simpanan di masa depan. Biar apa pun cara kita menyimpan, pastinya ikut kemampuan diri kita sendiri. Jangan terikut-ikut dengan gaya orang lain.
Biar apa pun cara dan gaya tetapkanlah pendirian, jangan menyimpan sekadar ikut-ikutan. Biar jadi sasaran yang paling membanggakan diri sendiri bila melihat hasilnya nanti. Idea dan tip mudah ibu ini, Nora Karim yang tekad menyimpan sejak awal tahun boleh kita jadikan inspirasi. Paling penting jangan ikut-ikut orang. Ikutlah kemampuan sendiri.
Baru lepas pecahkan tabung saya. Tabung simpanan bermula 1 Januari – 31 Disember 2021.
Alhamdulillah, dapatlah RM635 berbanding RM1005 sebelum ni. Adalah juga duit yang dapat diselamatkan sepanjang tahun ni. RM635 pun banyakkan. Siapa nak bagi hujung-hujung tahun ni. Ye dak?
Macam yang saya dah jangka, tahun ni tabung saya tak padat sangat, macam tahun-tahun lepas. Mungkin sebab kurang menggunakan tunai. Kebanyakan kedai sekarang ni lebih prefer kad debit atau e-dompet, berbanding tunai. Jadi memang kuranglah pakai tunai.
Memandangkan duit RM5 susah nak jumpa, jadi saya simpan juga duit RM10 dan RM20, jika not-not ini melebihi tiga keping di dalam dompet saya. Kenalah juga cari alternatifkan sebab transaksi tunai tu dah jarang sangat berlaku sepanjang tahun ni.
Eh, tapikan ada juga rakan-rakan yang dah cuba cara ni. Ada yang buat simpanan duit RM5 ni untuk beli aircond bilik anak, ada yang buat simpanan untuk bercuti dan macam-macam lagi. Bestkan?
Kalau beli aircond, pakai duit bank kita, mesti terasa sangat sebab sekali bayar pun dah RM1000 lebih. Tapi bila buat simpanan macam ni, kita ada masa nak rancang pembelian berdasarkan tarikh matang simpanan.
Makna kata selagi belum sampai tarikh matang, jangan beli dulu aircond tu. Belum sampai tarikh matang, jangan mengada nak pergi bercuti. Begitulah!
Seronok bila tengok orang lain pun berjaya buat macam kita. Rasa happy sangat. Nak-nak yang share pula dengan kita hasil kejayaan menyimpan tu. Memang berbunga-bunga rasa hati dapat bantu orang lain cari jalan menyimpan.
Ada orang cakap simpan RM5 buat apa? Lambatlah nak banyak. Awak simpanlah ikut kemampuan diri sendiri. Kalau mampu RM5, simpan RM5. Kalau mampu RM10, simpan RM10. Kalau mampu simpan RM50, simpan RM50. Di sini memang tiada paksaan langsung. Buatlah ikut kemampuan.
Kita ni nak buat apa pun, jangan tiru orang. Kalau tiru orang, sampai bila-bila pun kita tak dapat buat simpanan. Biar sikit, asalkan ada juga simpanan.
Pada yang ada azam tahun baru untuk buat simpanan macam ni, bolehlah cuba. Ramai juga rakan-rakan saya yang dah berjaya buat simpanan macam ni. Macam mana nak buat simpanan RM5 ni?
1️. Cari tabung yang tak boleh buka. Dekat kedai RM2 ada jual tabung ni. Daiso dan Mr DIY pun ada. Saya suka yang transparent, sebab lagi semangat bila nampak duit makin banyak.
2️. Tetapkan matlamat atau tarikh matang simpanan. Contoh dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.
3️. Simpan terus duit RM5 yang kita dapat dari mana-mana urusan jual beli. Asal ada je baki RM5 sekeping, terus asingkan dan masukkan dalam tabung.
4️. Kena kuat mental dan fizikal. Jangan sesekali buka tabung, sebelum sampai tarikh matang.
5️. Bila dah sampai tarikh matang, dah kira, dah masuk dalam bank, dah sedekah, dah beli apa yang perlu, mesti kita akan lebih bersemangat nak menyimpan lagi tahun depannya.
Good luck semua.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Sebenarnya anak mengamuk atau tantrum adalah sebagai satu tanda yang dia inginkan perhatian ibu ayahnya. Biasanya kita berhadapan dengan hal begini dengan memarahi anak-anak. Itu membuatkan emosi anak semakin terganggu dan mereka merasakan kita tidak sayangkan mereka.
Dr Ahmad Luqman Bukhari mengatakan, untuk berhadapan dengan anak yang sedang ‘buat perangai’ ini adalah dengan memeluk mereka. Di dalam perkongsiannya itu, Dr Luqman memberitahu bahawa pelukan dapat meredakan tantrum anak.
Takutnya bila tengok ada parent yang tiba-tiba naik hantu sama bila anak meragam dan mengamuk tak tentu hala.
Selalunya budak jadi macam tu bukan sebab dia orang nakal. Tapi hati mereka rasa kurang kasih sayang, tak dapat cukup perhatian. Cuma yang sedihnya dia tak pandai nak ekspresikan perasaan tu dalam bentuk perkataan.
Itu yang kita nampak kelakuan dia pelik-pelik. Semata-mata nak tarik balik perhatian parent pada dia.
Patutnya bila berlaku keadaan tu, kena segera rawat balik luka kat hati anak tu. Ubat paling efektif, kita cepat-cepat peluk dan cium anak seikhlas hati. Tunjukkan yang kita sebenarnya prihatin.
Dengan pelukan tu, bonding antara parent dan anak jadi menguat balik sebab masa tu badan akan keluarkan hormon oxytocin dan dopamine. Hormon-hormon ni lah yang rangsang kita semua kembali rasa tenang dan gembira.
Dan yang paling best, biasanya anak yang ada ikatan kuat dengan parent mudah sangat nak dengar nasihat dan teguran. Sebab tu anak yang rapat dengan orang tuanya kita boleh nampak motivasi dalam diri mereka sangat hebat!
Saya selalu pesan pada isteri. Kita mesti biasakan tabiat peluk dan cium anak-anak masa mereka kecil lagi. Supaya anak-anak tak rasa janggal nak tunjukkan rasa sayang pada kita bila dia orang dah makin dewasa nanti.
Mudah-mudahan.
#notaDrALB
Sebenarnya anak-anak tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan mereka. Perasan atau tidak, kadang-kadang bila mereka ajak kita bersembang, kita pula sibuk dengan hal lain? Biasanya yang menjadi ‘musuh ketat’ anak adalah handphone! Sibuk sangat kita dengan handphone sehinggakan anak bercakap pun kita tak peduli. Bila anak tantrum tak dilayan, kita marahkan mereka.
Mungkin kita boleh adakan sesi khas untuk berborak dengan anak-anak setiap hari. Dalam sesi itu, tiada sebarang gangguan luar dibenarkan. Hanya kita dan anak-anak. Ambil tahu apa yang mereka mahu ketika itu. Dengan cara ini sebenarnya bonding akan menjadi lebih kuat dan kita dapat sama-sama berkongsi keinginan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berjanji nak buat atau berikan anak bermacam-macam, tapi akhirnya ia tinggal janji tak ditunaikan. Nampak ringan, tapi impaknya sangat besar kepada emosi anak-anak.
Tidak dinafikan berjanji untuk membuat/ memberikan sesuatu salah satu cara ibu ayah untuk memujuk atau meminta anak melakukan apa yang dikehendaki.
Walau pun hanya dengan janji, si anak sudah gembira kerana ia dilafazkan daripada orang yang dipercayainya iaitu ibu bapanya sendiri. Memori mereka kuat dan akan mengingati. Ini menunjukkan betapa kuatnya impak kata-kata ibu bapa dalam pembentukan emosi anak-anak.
Namun awas, kalau ia sekadar janji dan tiada susulan dan kesungguhan untuk ibu bapa merealisasikannya. Jangan mak ayah hairan perubahan sikap anak yang sukar mengikuti atau peka arahan. Kita sedang dianggap anak-anak sedang berbohong dan tidak jujur.
Perkongsian daripada bapa ini, Encik Muhammad Hassan tentang janji ibu bapa kepada anak yang tidak ditunaikan sedikit sebanyak memberikan impak buruk kepada perkembangan mereka.
“Adik mandi, makan, umie janji petang nanti kita pergi taman”
Tapi bila sampai waktunya kita tidak tunaikan. Esok kita ulang skrip yang sama. Kita anggap anak-anak lupa sedangkan otak mereka telah program apa yang kita janjikan.
Akhirnya anak-anak akan kecewa. Mula tidak peka dengan arahan. Mereka mula anggap kita tidak jujur dan berbohong.
Sebab itulah saya pesan kepada isteri:
#1: JIKA BERJANJI WAJIB TUNAI, JIKA TIDAK MAMPU KENA TERANGKAN MENGAPA
Jangan sesekali berjanji dengan anak, jika berjanji ‘wajib’ tunaikan. Jika tidak mampu cakap kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.
#2: BUAT KERANA ALLAH SAYANG
Didik anak buat sesuatu untuk Allah sayang.
“Muhammad mandi, makan,solat,kemas tempat tidur pasti Allah sayang, pasti Allah bagi ganjaran. Apabila Allah sayang Muhammad umie pun sayang, abi pun sayang,semua orang sayang”
#3: IBU AYAH KENA MEMBERI LEBIH DARIPADA BERJANJI
Banyakkan memberi dari berjanji.
“Oleh kerana adik rajin,soleh. Umi dan abi hadiahkan adik sebuah basikal..”
#4: SELALU SEBUT IN SYA ALLAH DENGAN HATI YANG IKHLAS
Setiap percakapan sertakan perkataan INSYAALLAH(dengan hati yang ikhlas)
“Muhammad RAJIN mandi,makan,solat,bantu umi kemas rumah INSYAALLAH umi dan abi bawa pergi jalan-jalan ke pantai ya”
Nampak tak setiap perlakuan, percakapan kita memberi impak terhadap emosi anak-anak.