Rumahku Syurgaku. Besar atau kecil kediaman jika penghuni rumah itu pandai menjaga dan semuanya tersusun elok, pastinya ia sudah cukup memberi kebahagiaan dan tenang mata memandang.

Tak semestinya perabot yang mahal untuk menampakkan kediaman itu cantik tapi jika kena gaya dan pandai susun atur rumah kecil pun dah mampu buatkan seisi keluarga gembira.

Melalui perkongsian dari Puan Mariyah Ghazali yang viral setelah dia berkongsi gambar deko dalam rumahnya, semua memuji ibu kepada seorang cahaya mata ini.

“Nak Keluar Mana-Mana Rumah Mesti Kemas.” Tak Sangka Rumah Sangkar 12 Tahun Viral

Bukan apa rumah sangkar yang sepatutnya menjadi tempat persinggahan dihias begitu cantik dan bersih sangat sehingga membuatkan semua orang kagum dengannya. Walaupun fizikal rumah tersebut tidaklah sempurna seperti sebuah rumah yang elok tapi disebabkan pandai menghias dan begitu menjaga kebersihan kini kediaman itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Ramai tanya saya ini rumah saya ke. Tak apa saya jelas kan di sini. Rumah sangkar ni ayah mertua punya. Kami tak ada rumah lagi. Kami tumpang dia sebab kami ada bela ikan juga, sangkar ni pun bukan saya punya hak ayah punya. InshaAllah ada rezeki kami nak buat juga untuk sendiri.

“Nak Keluar Mana-Mana Rumah Mesti Kemas.” Tak Sangka Rumah Sangkar 12 Tahun Viral

Jadi alang-alang saya duduk situ 24 jam saya buat kemas la yang mana patut untuk senang nak duduk. Itu ja.

IKLAN

Disiplin kemas rumah

Cara saya kalau nak keluar pergi mana-mana kena kemas rumah dulu baru kita jalan. Lagi satu mesti kemas selalu jangan tunggu orang nak datang baru kemas.

“Nak Keluar Mana-Mana Rumah Mesti Kemas.” Tak Sangka Rumah Sangkar 12 Tahun Viral

Islam ajar kita selalu bersih wajib kena ikut. Tak kira tempat mana kita tinggal dan keadaan macam mana pun.

Letaklah dalam hati selalu bersih buat amal pun tak rasa was-was.

“Nak Keluar Mana-Mana Rumah Mesti Kemas.” Tak Sangka Rumah Sangkar 12 Tahun Viral

IKLAN

Isteri suka menghias rumah

Menerusi laporan Astro Gempak, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan mempunyai seorang cahaya mata yang lahir pada tahun 2018.

“Nak Keluar Mana-Mana Rumah Mesti Kemas.” Tak Sangka Rumah Sangkar 12 Tahun Viral

Bercerita mengenai rumah tersebut, suami Mariyah, Ahmad Mokhtar Taib, memberitahu ia sudah dibina sejak 12 tahun lalu selepas bapanya mengusahakan penternakan ikan siakap.

“Sebenarnya perniagaan menternak ikan siakap ini telah diusahakan bapa saya sejak 12 tahun lalu dan saya baru sahaja mengambil alih pada tahun 2018.

IKLAN

“Nak Keluar Mana-Mana Rumah Mesti Kemas.” Tak Sangka Rumah Sangkar 12 Tahun Viral

“Sebelum ini kami tinggal di Alor Setar dan hanya berniaga di pasar malam sahaja. Saya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah atas air ini sejak dua tahun lalu selepas bapa saya meminta saya untuk meneruskan penternakan ini.

“Pada mulanya saya mahu cari sahaja rumah sewa yang berdekatan tetapi isteri menolak dan akui lebih suka tinggal di rumah ini kerana lebih dekat dengan saya ketika bekerja.

“Nak Keluar Mana-Mana Rumah Mesti Kemas.” Tak Sangka Rumah Sangkar 12 Tahun Viral

“Sebagai suami, sudah semestinya saya mahu yang terbaik dan membahagiakan isteri dan keluarga. Jadi saya turutkan sahaja. Sejak dari itu, isteri mula menghias rumah ini dengan kemas dan bersih.

“Alhamdulilah, rumah saya ada mesin basuh baju, peti sejuk dan keperluan asas lain. Malah rumah ini juga ada bilik air, cuma bilik kami hanya pasang tirai kerana rumah ini kecilnya hanya seperti sebuah bilik,” katanya lagi.

Sumber: Mariyah Ghazali & Astro Gempak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI