Mempunyai ilmu keibubapaan dalam membesarkan anak-anak memang penting. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang anak-anak kita cenderung dan minat untuk masa depan mereka.

Salah satu yang penting untuk anda tahu adalah learning style anak-anak. Menurut perkongsian Taufiq Razif, kanak-kanak mempunyai learning style secara visual, audio, kinestatic dan juga ada kesemua yang disebutkan.

Nak Kenal ‘Learning Style’ Anak Mak Ayah Kena Selalu Perhati. Tapi Tak Perlu Label Bimbang Anak Takut Meneroka

Setiap daripada style yang ada ini mempunyai keistimewaan dan kekuatan masing-masing. Namun sebagai ibu bapa, cukup hanya untuk kita ketahui apakah learning style anak-anak. ia penting supaya anak-anak tidak hanya terhad meneroka menggunakan satu jenis pembelajaran sahaja.

Baca: Peluklah Anak Setiap Pagi Dengan Terapi Al-Fatihah. Moga Allah Jaga Anak Kita

Ikuti perkongsian beliau:

Sebagai mak ayah, kita kena tahu Learning Style anak kita :

– Ada anak yang jenis Visual Learner
– Ada juga anak yang jenis Auditory Learner
– Ada juga yang jenis Kinesthetic Learner
– Dan ada juga anak yang boleh kesemuanya

Anak yang Visual Learner ni banyak belajar dengan melihat
Anak yang Auditory Learner ni banyak belajar dengan mendengar
Anak yang Kinesthetic Learner ni banyak belajar dengan membuat

IKLAN

Ada saya kenal seorang budak lelaki ni bila tengok TV, dia akan halakan telinga dia pada TV. Pelik sungguh cara dia tengok TV. Rupanya bila saya tanya ayahnya, ayahnya bagitahu saya yang anaknya sangat Auditory Learner.

Nak Kenal ‘Learning Style’ Anak Mak Ayah Kena Selalu Perhati. Tapi Tak Perlu Label Bimbang Anak Takut Meneroka

Anaknya tak tengok sangat TV tapi dia ‘mendengar’ TV. Anak begini biasanya bila membesar nanti, dia akan sangat hebat belajar kalau dia banyak gunakan audio ataupun podcast dalam pembelajaran dia sebab pancaindera telinganya yang paling sensitif.

Cuma tak perlu pun kita label anak kita sebagai Visual Learner ke Auditory Learner ke Kinesthetic Learner ke. Takutnya anak kita terbatas dan takut untuk meneroka.

Biarlah anak kita meneroka dunia mereka dengan cara mereka. Tugas kita untuk kenal mereka, guide mereka dan pimpin mereka sahaja.

IKLAN
Nak Kenal ‘Learning Style’ Anak Mak Ayah Kena Selalu Perhati. Tapi Tak Perlu Label Bimbang Anak Takut Meneroka
kids with book, pencils and paints on their heads

Apa pun, ilmu ni sangat penting untuk kita sebagai mak ayah semua. Kalau boleh, pasangan kita pun wajib tahu.

Sumber: Taufiq Razif

Baca: Nak Anak Rapat, Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je, Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak!

EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

IKLAN

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Nak Kenal ‘Learning Style’ Anak Mak Ayah Kena Selalu Perhati. Tapi Tak Perlu Label Bimbang Anak Takut Meneroka

 

 

Top of Form

Bottom of Form

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI