Betullah anak-anak ni penyeri hidup kita. Ada saja perkara yang mereka lakukan yang buat kita terhibur dan rasa bahagia. Sepanjang tempoh nak membesar ni, mereka suka explore dan belajar banyak perkara. Kalau ada adik-beradik, lebih banyak akalnya!
Sebuah video yang dikongsikan oleh @julianorazreen menunjukkan gelagat tiga beradik yang berebut-rebut nak makan asam jawa. mereka bertiga menyangka bahawa asam jawa itu adalah aiskrim.
“Bende jangan dilarang.. nak makan kite bagi.. suap sama rata..”
Dek kerana mereka mahu sangat makan asam jawa itu, si ibu pun menyuap setiap seorang anaknya. Yang kelakarnya, sebaik saja merasa asam jawa tersebut si abang dan kakak terus berlari ke dapur kerana tak tahan dengan rasa asam jawa yang masam.
Si bongsu hanya makan sedikit asam jawa tersebut dan mengatakan rasanya sedap. Apabila ditanyakan ibunya sama ada mahu makan lagi atau tidak, dengan pantas dia menggelengkan kepala.
Ads
“Ni bijak sikit ni. Ni budak yang bijak, makan sikit je. Sedap tak?.”
Ramai juga yang berkongsi kisah mereka tersilap mengganggap asam jawa tersebut sebagai sapuan kaya. Berikut komen yang ditinggalkan;
Melihat gelagat tiga beradik ni memang lucu. Memang tinggi harapan mereka nak makan aiskrim rupa-rupanya asam jawa. Mujurlah si bongsu makan sikit saja, tak adalah berlari macam kakak dan abangnya. Video ini telah mendapat lebih daripada 400,000 tontonan sejak ia dimuatnaik oleh ibu mereka.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota semalam tepat jam 10.01 malam.
Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan Nabila Razali Entertaiment yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
Bayi seberat 3.1kg itu adalah anak sulung Nabila, hasil perkahwinannya dengan suami, Nik Iruwan, 39, yang berlangsung tahun lalu.
Nabila 32 meluahkan rasa syukurnya selepas selamat bersalin.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan dan akhirnya Allah kurniakan Amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberi sokongan tidak berbelah bagi selama ini,” katanya dengan penuh rasa syukur dan terharu.
Peminat dan rakan selebriti turut membanjiri media social miliknya dengan ucapan tahniah dan doa buat keluarga kecil Nabila.
Terdahulu Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan saja hebat di atas padang, malah pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek, juga seorang suami dan bapa yang penuh tanggungjawab dalam membina keluarga bahagia.
Suka kening Isteri
Dalam sesi temubual eksklusif bersama Pa&Ma, Apek berkongsi detik awal perkenalan dengan isterinya, Leuniey Natasha. Menurut Apek, dia mula tertarik dengan Leuniey sewaktu pertama kali melihatnya.
“Awal sebelum kahwin saya suka tengok kening dia, ” kongsi Apek sambil tersenyum apabila ditanya ciri yang membuatkan dia menyukai isterinya.
Namun katanya, selepas mereka berkahwin, Apek meluahkan rasa kagum memiliki Leuniey yang merupakan seorang yang berdikari, suka berniaga dan sangat rajin mencari rezeki.
Lebih istimewa, walaupun sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan, Leuniey tetap cekap menguruskan anak-anak dan rumah tangga.
Cabaran Rumah Tangga
Tentang cabaran rumah tangga, Apek tidak menafikan sebagai pasangan selebriti, mereka pernah berdepan dengan ujian.
“Awal-awal kahwin, ada yang masih minat. Tapi Leuniey sangat matang. Dia faham kerja saya, dan kalau ada orang nak bergambar pun dia okay, asalkan tak lebih batas,” jelas Apek.
Bila ditanya bagaimana mereka menjaga keharmonian rumah tangga untuk mengelak orang ketiga, Apek dengan tenang menjawab:
“Bagi saya, semuanya terpulang pada diri sendiri. Saya selalu fikir pasal keluarga dulu sebelum buat apa-apa. Anak-anak dan isteri adalah keutamaan saya.”
Kewangan Isteri Uruskan
Dalam hal kewangan pula, Apek dengan bangga menyatakan bahawa Leuniey adalah pengurus kewangan keluarga.
“Gaji saya, 90% memang saya serahkan pada Leuniey. Setiap kali gaji masuk, saya terus transfer.”
“Saya percaya dia uruskan sebaiknya. Komitmen bulanan pun saya tak tahu sangat, semua dia yang urus. Dia memang akauntan terbaik saya,” ujar Apek dengan nada berseloroh, namun jelas penuh penghargaan.
Pasangan ini kini bahagia bersama tiga orang cahaya mata. Dalam kesibukan kerjaya masing-masing, mereka tetap menjadikan keluarga sebagai keutamaan.
Saling memahami, percaya dan menghormati antara satu sama lain menjadi rahsia rumah tangga mereka kekal utuh hingga ke hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tiba-tiba menangis kuat dan terus diam. Ingatkan tiada apa-apa serius tetapi Allah lebih menyayangi anak kecil ini.” Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang ditunggu selama 7 tahun kini dah kembali ke penciptaNya.
Tambah pula dia satu-satunya anak yang menceriakan pasangan suami isteri. Hanya sempat bersama 3 tahun lebih saja, takdir Allah tiada siapa dapat menolaknya.
Menerusi perkongsian di FB Mr Wan Cai Official, berkongsi kisah yang cukup sedih mengenai pemergian anak syurga buat ibu ayah ini.
7 tahun menunggu cahaya mata. Pulangnya seorang anak tunggal kepada Maha Pencipta.
Sayang tidak semestinya memiliki.
Reda walau tersakiti. Jatuh air mata melihat seorang ayah menunaikan bakti terakhir buat anaknya.
Sebak melihat kasih seorang ibu membawa kesyurga. Bayangkan kesedihan yang dilalui oleh mereka.
10 tahun melayari bahtera perkahwinan. Dikurniakan cahaya mata selepas 7 tahun menanti. Kebahagiaan yang hadir sudah terhenti.
Anak yang dikasihi kini telah pergi. Hanya kenangan selama 3 tahun 6 bulan tersimpan rapi.
Allahuakbar! Jasad terbujur kaku ini dikenali dengan dengan nama panggilan adik fazly.
Baru berusia 3 tahun 6 bulan dan anak tunggal dalam keluarganya.
Asbab kematian jatuh ketika main motosikal mainan
Punca kematiannya asbab terjatuh sewaktu sedang bermain motosikal mainan bateri.
Berkemungkinan kepalanya mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan kuat ketika terjatuh.
Kejadian malang yang menimpa adik Fazly berlaku pada 16 ogos sekitar 08.00 pagi.
Ketika itu adik fazly sedang bermain motosikal mainan tersebut dengan ditemani oleh ibunya dihadapan rumah.
Adik fazly dikatakan terjatuh ke belakang dari motosikal menyebabkan kepalanya terhantuk dilantai simen.
Selepas terjatuh adik fazly berteriak menangis seperti menahan kesakitan yang amat sangat.
Si ibu yang panik terus mendapatkan adik fazly untuk melihat kesan kecederaan yang dialami oleh anaknya.
Si ibu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang ada dikepala adik Fazly. Namun adik fazly dikatakan tiba-tiba berhenti dari menangis dan tidak sedarkan diri.
Si ibu yang panik cuba memanggil nama anak kesayangannya itu sambil mengoyangkan tubuh badannya.
Tetapi adik Fazly tidak menunjukkan sebarang tindak balas walaupun si ibu memanggil namanya.
Si ibu yang ketakutan telah menghubungi suaminya yang ketika itu sedang berkerja.
Si suami yang pulang kerumah menjadi semakin panik bila melihat keadaan anaknya.
Adik Fazly terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setelah si bapa tiba dirumah.
Jantung terhenti selepas 20 minit terima rawatan
Dalam perjalanan ke hospital pasangan suami isteri ini tidak putus-putus berdoa. Mereka berharap adik Fazly dapat diselamatkan. Mereka mahu melihat adik Fazly membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Kerana bagi mereka adik Fazly adalah kunci kebahagiaan dalam keluarganya. Si bapa yang membawa adik fazly tiba dibahagian kecemasan hospital sekitar pukul 10.00 pagi.
Adik Fazly bergegas dibawa masuk ke dalam wad kecemasan untuk dirawat. Namun pasangan suami isteri ini menerima perkhabaran duka.
Anak kesayangan mereka tidak dapat diselamatkan. Jantung adik Fazly terhenti setelah 20 minit menerima rawatan.
Waktu kematiannya dicatit pukul 10.20 pagi bertarikh 16 ogos 2022. Si ibu dan si bapa tidak dapat menahan sebak.
Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah tiada. Jasad adik fazly telah dibawa ke unit forensik untuk diambil ujian saringan covid-19 sebelum dibedah siasat.
Punca kepada kematian adik Fazly masih lagi dalam siasatan.
Ibu bapa adik Fazly telah dimaklumkan oleh pihak doktor forensik. Ujian makmal akan mengambil masa sebelum punca sebenar kematian adik Fazly diketahui.
Lalu ibu bapa adik fazly telah menghubungi talian hotline kami. Mereka mahu mendapatkan bantuan pengurusan untuk jenazah anaknya.
Kami menyatakan kesediaan untuk membantu. Sudah semestinya kami tidak akan menolak.
Membantu pengurusan terakhir untuk adik fazly adalah tanggungjawab kami. Adik fazly adalah satu amanah kiriman Allah.
Jadi kami harus tunaikan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah adik fazly telah kami uruskan cara yang paling sempurna.
Buat ibu dan bapa adik fazly. Banyakkan bersabar. Redakan pemergian anak tunggal mu itu. Allah memilih adik Fazly kerana Allah sayang. Ada hikmah disetiap ketentuan yang berlaku.
Salam takziah dari kami unit khas van jenazah. Al-Fatihah buat adik fazly!