Nak Masuk Syurga Dengan Isteri, Suami Yang Romantik Selalu Ingatkan Tentang Akhirat
2 Nov 2019
Share
Mungkin dengan memberikan hadiah, buat kejutan istimewa atau bawa isteri pergi bercuti, suami itu akan dianggap sweet dan romantik. Betul, memanglah suami begitu layak dikategorikan sebagai suami yang baik dan sayangkan isteri. Definisi sebenar seorang suami yang sweet bukan setakat itu sahaja, tetapi apabila dia sering mengingatkan suri hatinya tentang akhirat, itulah romantis yang sebenar.
Besar pahalanya jika suami sentiasa mengingatkan isteri tentang akhirat. Apatah lagi jika melakukan ibadan bersama-sama dan tanpa jemu menuntut ilmu agama sebagai ‘bekalan’ di akhirat nanti.
Ustaz Azhar Idrus (uaioriganal) telah berkongsi satu perkongsian menarik daripada Ustaz Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari tentang “Sweet yang sebenar bagi pasangan” di laman instagramnya.
Gambar hiasan
Isteri Yang Solehah “Sweet yang sebenar itu, bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana-sini. Akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu juga.
Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri isteri yang solehah.
Gambar hiasan
“Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya.”
“Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau pon Masyaikhnya. Akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah, berkhidmat kepada suaminya, itulah khidmat yg paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri.”