Kalau dahulu sewaktu bercinta, bukan main lembut dan manja bakal isteri. Baharu berkahwin pun manjanya masih ada. Cakap pun kadang-kadang tak dapat dengar dek telinga, punya perlahan. Apabila sudah ada anak, karakter isteri bertukar. Kucing manja sudah jadi singa! Ke mana perginya wanita yang dahulu dikenali dengan sifat manis dan lemah-lembutnya?

Ada sebab mengapa seorang isteri berubah personaliti apabila sudah mempunyai anak-anak. Jangan terus put the blame on her. Kadang-kadang, dia sendiri tak perasan yang dia sudah berubah menjadi seorang yang pemarah dan garang. Sebagai seorang suami, carilah masa yang sesuai untuk beri teguran kepada isteri. Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew menerangkan mengapa hal sebegini boleh berlaku.

Kenapa isteri yang baik lemah lembut berubah menjadi isteri yang garang dan kuat marah-marah…

Artikel Menarik: [Malu Bila Tengok! Bahagian Pelipat Jadi Hitam, Bila Bersalin Automatik Hilang]

Tadi selesai beri ceramah ada seorang tahan saya sebelum sampai rumah. Saya terkejut juga. Abang tu stress. Katanya isterinya kuat suka marah-marah. Anak-anak asyik kena marah jer. Cepat naik angin. Suka masam jer muka. Berubah perangai. Dah lama juga perangainya. Ramadhan ini semakin menjadi-jadi. Tak nak layan suami. Dah tak nak bercakap..ustaz tolonglah saya. Apa saya perlu buat..

Awal Kahwin Kucing Parsi, Ada Anak 2-3 Isteri Bertukar Jadi Singa. Suami Ke Puncanya?

Awal Kahwin Kucing Parsi, Ada Anak 2-3 Isteri Bertukar Jadi Singa. Suami Ke Puncanya?Abang, sayang abang kerana Allah. Nak tahu tak sebab apa isteri kita jadi begitu. Dulu isteri yang baik dan lemah lembut. Suka bermanja. Bergurau sama-sama. Kini semuanya berubah..lagi teruk ada yang sampai stress dan kemurungan..mereka cuma manusia macam kita.

Sebabnya ialah,mereka rindu suami mereka. Mereka perlukan suami yang beri perhatian pada mereka. Mereka penat abang. Dari pagi sampai waktu tidur cuma untuk keluarga. Mereka perlu rehat. Mereka nak suami dengar mereka. Bantu kerja-kerja rumah. Urus anak-anak..kasihan mereka..

IKLAN

Artikel Menarik: [Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Dan Rapat Dengan Ibu, Boleh Jadi Lebih Pandai]

Dari pagi sahur. Asyik terjaga-jaga nak siapkan sahur buat suami dan anak-anak. Mereka rindu nak solat dan baca Al-Quran bersama suami…mereka dahaga bimbingan dan kasih sayang..

 

Saya nak tanya abang ada tak buat semua tu. Kita para suami gagal bimbing mereka.

IKLAN

Erm betul lah ustaz. Saya sibuk kerja. Balik rumah saya sibuk dengan telefon tak berhenti. Tak tolong basuh berak anak. Tak tolong buang sampah. Tak tolong ajar anak-anak sekolah. Semua isteri saya buat. Dah lama tak berbual-bual dengan isteri. Dia cakap, saya lambat jawab. Sebab tengok tv dan main telefon. Ya Allah tuhanku..lepas tu kadang-kadang lepak mamak malam-malam. Pergi bersukan dengan kawan-kawan. Mesti wife saya stress..

Awal Kahwin Kucing Parsi, Ada Anak 2-3 Isteri Bertukar Jadi Singa. Suami Ke Puncanya?

Awal Kahwin Kucing Parsi, Ada Anak 2-3 Isteri Bertukar Jadi Singa. Suami Ke Puncanya?

Betul ler tu abang. Itulah sebabnya. Bukan tak boleh buat semua tu. Tapi jika kita nak rehat. Tengok dulu isteri kita dah rehat ke belum. If kita nak beli apa-apa untuk hobi kita tengok dulu isteri kita pencuci muka pun takde duit. Sebelum kita pergi berurut tengok isteri kita dah berurut dah ke belum. Kita solat tarawih bantu juga supaya isteri kita sempat tarawih..mereka juga manusia dan perlu masa nak solat dan zikir pada Allah..buat Taklim sama-sama dengan isteri dan anak-anak..

IKLAN

Awal Kahwin Kucing Parsi, Ada Anak 2-3 Isteri Bertukar Jadi Singa. Suami Ke Puncanya?

Gitulah abang. Baru betul suami soleh. Ayah yang baik. Hamba Allah yang disayangi Allah. Barulah hidup rezeki kita berkat. Barulah Ramadhan ini telah mengubah kita. Kita berjaya dalam sekolah Ramadhan ini. Asas dia mula di rumah. Bagaimana layan suami atau isteri.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Wajah Seiras Lebih Bahagia Dan Jarang Nak Bergaduh. Sweet Je!]

Abang tu kata,ustaz izin saya peluk ustaz. Doaakn saya ustaz. Saya nak jadi hamba Allah yang baik. Teringin nak buat dakwah dengan ustaz.

Awal Kahwin Kucing Parsi, Ada Anak 2-3 Isteri Bertukar Jadi Singa. Suami Ke Puncanya?

Saya doakan abang bahagia sampai syurga bersama isteri dan semua anak menjadi anak soleh dan solehah-ebitlew

Semoga dengan perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini dapat memberi penjelasan kepada para suami mengapa isteri berubah sedemikian rupa. Mungkin anda boleh membantunya dari segi emosi dengan menjadi suami yang lebih peka dan mengambil tahu soal isteri. Sebenarnya manja isteri ni tak pernah hilang, cuma terkambus dek kesibukan dan tekanan yang dialaminya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI