Siapa yang tidak mahu anak menguasai beberapa bahasa di usia muda. Namun kemahiran anak kita tak datang sendiri tanpa usaha. Jika terfikir-fikir untuk mendaftarkan anak di sekolah Cina atau SJKC, ada baiknya mak ayah membuat persediaan rapi untuk anak. Barulah anak makin bersedia.

Apa persediaannya? Perkara utama paling penting, menurut perkongsian dari Danial Arif, masukkanlah anak ke Tadika Cina lebih awal. Umur yang disyorkan adalah pada usia lima tahun.

Ini bagi membolehkan anak bersedia dengan beberapa perkara asas sebagai persediaan untuk menguasai bahasa cina kelak. Apa lagi anda perlu tahu?

Disini saudara Danial Arif turut berkongsi beberapa tip untuk menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina. Buat anda yang berminat, diharapkan perkongsian ini dapat membantu.

“Saya sekolah SJKC (cina) dari Darjah 1 -6…. sebenarnya mula dari 5 tahun lagi, saya belajar dekat tadika cina.

Nak Masukkan Anak Sekolah Cina Perlu Dari Usia 5 Tahun, Ini Panduan Untuk Mak Ayah!

Ini cerita pengalaman sebenar saya, apa kesusahan dan cabaran yang saya lalui masa belajar.

Saya kongsi ini tujuannya hanya nak kongsi pengalaman. Kalau anda ada anak yang sedang belajar di SJKC, post ini untuk anda.

Kalau anda bercadang nak hantar anak belajar di SJKC, post ini juga untuk anda.

1. Sekolah cina ni susah. Sebab bahasa cina tu sendiri susah. Tapi, saya berjaya kuasai bahasa cina (percakapan) sebelum masuk darjah 1.

Nak Masukkan Anak Sekolah Cina Perlu Dari Usia 5 Tahun, Ini Panduan Untuk Mak Ayah!

IKLAN

2. Saya sendiri tengok ada anak-anak melayu yang tertinggal dalam pelajaran masa di SJKC. Punca? Sebab tak dapat kuasai mandarin.

3. Kenapa tak dapat memahami bahasa ini? Sebab takde “FOUNDATION”, mereka tak mula dari tadika. Tadika melayu, tapi darjah 1 tiba-tiba masuk SJKC.

4. Kalau nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika cina, mula dari umur 5 tahun.

5. Selain percakapan, cabaran kedua adalah membaca. Tulisan cina ni adalah rumit. Sebab bahasa ni takde sistem abjad “ABCD”.

6. Bahasa cina guna sistem tulis simbol. Setiap perkataan ada “simbol” teresndiri. (i) (pintu) (orang) (kepala).

 

7. Dalam bahasa cina ada 50,000 perkataan. Anak anda perlu ingat 2000-3000 perkataan kalau nak dapat baca dengan lancar.

IKLAN

8. Result UPSR saya dapat C untuk subjek Bahsa Cina (Pemahaman). Sampai hari ni saya tak pandai baca sangat. Tapi, boleh bercakap dengan lancar.

9. Tak pandai baca ni masalah besar sebenarnya. Sebab semua subjek lain (matematik & sains) buku teks dan kertas ujian ditulis dalam bahasa cina.

10. Mudah cerita, pandai macam mana pun sains dan math, tapi tak pandai baca, memang boleh ke laut la.

Nak Masukkan Anak Sekolah Cina Perlu Dari Usia 5 Tahun, Ini Panduan Untuk Mak Ayah!

11. Sekolah cina ni kerja sekolah dia bertimbun. Pengalaman saya, saya pernah tidur pukul 12 malam untuk siapkan kerja sekolah.

12. Bayangkan struggle kerja sekolah banyak, lepas tu banyak perkataan yang saya tak pandai baca?

13. Sesi pembelajaran sekolah cina ni biasanya 3 sesi. Maksudnya akan ada 2 kali rehat, balik jam 2.30 macam tu.

IKLAN

14. Maksudnya? Anda kena ada inisiatif untuk ajar anak anda bab agama. Kalau nak expect, petang-petang boleh pergi sekolah agama, susah sikit.

Nak Masukkan Anak Sekolah Cina Perlu Dari Usia 5 Tahun, Ini Panduan Untuk Mak Ayah!

Ringkasan?
Kalau plan nak anak masuk SJKC, kena mula dengan masuk tadika cina seawal 5 tahun.

Kalau dah terskip tadika cina & sekarang ni dah masuk SJKC? Cuba confront anak anda, tanya dia jujur, dia ada masalah nak faham masa belajar tak?

Kalau dia cakap ya, keputusan terbaik adalah keluar dari SJKC dan masuk ke SK.

Pengalaman keluarga saya, adik saya pun tak habis belajar di SJKC sampai darjah 4.

Darjah 5-6 masuk SK, ayah saya terpaksa keluarkan dia dari SJKC sebab adik saya tertinggal kebelakang dalam pelajaran.

Kalau anak anda sedang belajar di SJKC dan selalu mengadu tak seronok dan susah, percayalah, the struggle is REAL!,”tulis Danial Arif.

Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Facebook Danial Arif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI