Gelagat comel buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah memang sering kali menjadi tumpuan ramai. Apa sahaja yang dimuat naik oleh mama atau walidnya di akaun Instagram milik mereka pasti akan mendapat reaksi yang dari warga maya.

Terkini di laman instagramnya, mama Ainul, Nurul Erwani Zaidi atau lebih mesra disapa Wani mengumumkan bahawa dia kini sedang.

Erwani yang ditemubual oleh Majalah Nona memberitahu bahawa usia kandungannya sudah memasuki usia 7 bulan. Tambahnya juga anak yang bakal dilahirkan nanti InsyaAllah adalah anak lelaki kerana telah melakukan empat kali scan.

Ainul Mardhiah Nak Jadi Kakak Tak Lama Lagi, Mama Ainul Sedang Hamil 7 Bulan. Bakal Dapat Anak Lelaki

“Rezeki anak adalah rezeki yang tak terhitung nilainya. Anak adalah anugerah Allah SWT untuk kita menyambung dan meramaikan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, sejak Ainul bertambah sihat dan cerdik saya dan suami mengambil keputusan untuk ‘menghadiahkan’ Ainul adik. Adalah kawan untuk bermain nanti.

Artikel berkaitan: Gelagat Ainul Mardhiah Masa Live Dengan Pa&Ma Menghiburkan. Ramai Teruja Tengok Keletah Ainul!

“Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah masuk 7 bulan. Ketika mengetahui saya hamil kali kedua kami bersyukur sangat. Nak kata merancang tak sebenarnya. Kami juga tak rancang berapa orang anak yang kami mahu. Kalau dapat ramai alhamdulillah rezeki kami. Allah lagi Maha Mengetahui.

IKLAN

“Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk Dia beri rezeki. Lagi pun Ainul ramai yang jaga di rumah. Tak salah rasanya kalau tambah lagi anak. Tak sabar rasanya nak lihat Ainul main dengan adik nanti!

Ainul Mardhiah Nak Jadi Kakak Tak Lama Lagi, Mama Ainul Sedang Hamil 7 Bulan. Bakal Dapat Anak Lelaki

“Alhamdulillah sepanjang kehamilan ini dipermudahkan. Cuma kali ini penat sedikit berbanding hamilkan Ainul dulu. Alahan teruk tiada. Mengidam pun makanan yang mudah dicari. Kalau diberi rezeki oleh Allah SWT, anak kedua ini InshaAllah lelaki.Saya dah buat scan empat kali, memang semuanya nampak lelaki,” kongsi Wani kepada wartawan Majalah Nona.

Ainul Makin Bijak

Menurut Wani juga, perkembangan kesihatan dan juga tumbesaran Ainul semakin positif dan baik. Dia semakin bijak dan cepat belajar benda baru.

IKLAN

Alhamdulillah, Ainul juga sama seperti kanak-kanak lain. Walaupun perkembanganAinul lambat sedikit berbanding umurnya sekarang tetapi setiap momen atau keletah Ainul sama seperti bayi normal yang lain antaranya celik mata sahaja terus hendak bermain. Antara rancangan kartun kegemaran Ainul ialah Omar & Hana.

Ainul Mardhiah Nak Jadi Kakak Tak Lama Lagi, Mama Ainul Sedang Hamil 7 Bulan. Bakal Dapat Anak Lelaki

Selain itu, Ainul sekarang sangat cepat belajar. Macam-macam perangai yang Ainul sedang belajar sekarang. Tetapi yang paling mencuit hati saya dan suami ialah Ainul sedang berusaha untuk belajar bercakap. Kadang-kadang dah pandai mengamuk sebab tak bawa dia pergi berjalan-jalan.

Tak Sabar Nak Sambut Syawal

IKLAN

Tahun lalu (2019) kami menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan. First time jugalah saya dan suami berjauhan beribu-ribu kilometer dari keluarga. Alhamdulillah walaupun jauh daripada keluarga, kami dapat berkenalan dengan keluarga baru di London. Semuanya baik-baik dan sangat ramah.

Tahun ini sambutan Syawal lebih bermakna kerana kami dapat menyambutnya bersama Ainul yang semakin cerdik dan banyak ‘akal’. Ia memberi satu kelegaan buat saya dan suami kerana Allah SWT sentiasa memberi peluang dan mengkabulkan doa-doa yang pernah kami pohon sebelum-sebelum ini.

Ainul Mardhiah Nak Jadi Kakak Tak Lama Lagi, Mama Ainul Sedang Hamil 7 Bulan. Bakal Dapat Anak Lelaki

Banyak sebenarnya plan nak buat dengan Ainul sepanjang Syawal nanti. Salah satunya ialah mahu membawa Ainul ke rumah saudara mara. Namum atas faktor-faktor yang sedang berlaku pada negara Malaysia ketika ini kami terpaksa patuh dengan arahan dan menyambutnya di rumah sahaja. Tahun lalu tema raya kami bertiga adalah warna ungu, tahun ini kami akan memakai warna biru pula pada Hari Raya pertama,” cerita Wani lagi.

Tahniah buat wani dan suaminya Safiuddin serta si comel Ainul. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan buat Wani nanti.

Sumber: Nona & nrlerwani

Artikel berkaitan: Ainul Mardhiah Sambut Ulang Tahun Pertama Tanpa Tumor, Mama & Walid Panjatkan Kesyukuran

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI