Susu ibu adalah susu yang terbaik di dalam dunia. Kadang-kadang kita tak dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk anak. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghasilkan susu ibu yang banyak seperti membuat sendiri milk booster.
Namun ada juga yang mempercayai dengan mengamalkan supplement boleh memekatkan susu ibu dan mampu membuatkan susu ibu lebih berkualtiti.
Menerusi soal jawab di instagram Puan Noorfazila, ada ibu yang bertanya tentang pengambilan supplement untuk penghasilan susu yang baik.
Puan, ada tak supplement untuk pekatkan susu.. dan kasi susu lebih berkualtiti?
“Tak ada satu pun supplement yang mampu pekatkan susu ibu, perlu faham..nampak pekat tak bermakna kandungan lemak dalam susu meningkat”
Jika makan supplement atau makanan tertentu susu nampak pekat ia hanya kesan dari vitamin B [RIBOFLAVIN] yang terkandung dalam makanan atau supplement tersebut.
Nak pekatkan susu ibu kena susukan anak dengan lekapan yang betul dan jarak penyusuan yang kerap.
Jika anak tak bersama, pam lebih kerap. Jangan biarkan breast terbiar dan tak dikeluarkan susu. Lagi kerap susu dikeluarkan lagi Allah pekatkan susu yang terhasil.
Berkenaan kualiti sebenarnya puan, Allah SWT dah cipta susu ibu terbaik untuk anak ikut keperluannya. Yang penting tugas puan jagalah makanan untuk kesihatan badan puan. Makan makanan berkhasiat supaya puan kekal sihat.
Pelakon, model dan juga ibu kepada dua anak lelaki, Anzalna Nasir nampaknya dah mula berkongsi gambar terbarunya selepas melahirkan cahaya mata kedua baru-baru ini.
Apa yang mencuri tumpuan adalah gambar terbaru itu sempena Hari Raya Qurban bersama anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang kini mencecah usia 2 tahun.
Menerusi perkongsian terbaru Anzalna, dia mengakui berat badannya kini kembali kepada berat ideal selepas selesai pantang 44 hari bersalin bayi lelaki kedua, Mohamad Emirhan pada 20 Mei lalu.
“Selepas 44 hari berpantang Alhamdulillah dah turun berat badan back to normal.
“Selepas Aidiladha rasanya naik balik berat badan! Pi utagha mana boleh diet semua kasi hentam makan sampai pengsan!” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata memuji penampilan finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa dan ada yang berseloroh dengan Anzalna.
“Tertarik sungguh dengan gaya Anzalna 🤗”
“Cantikknnyyeee mommy”
“Tak apa jangan diet dulu. Baju still besar lagi tu. Muat lagi..”
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Hanif Zaki pada 2016 sebelum mendapat anak sulung 3 tahun kemudiannya.
Air mineral terutama yang mengandungi kandungan siliki yang tinggi memang elok kita amalkan setiap hari. Selain bagus diminum, air mineral juga boleh digunakan untuk mencuci kulit wajah. Jika diamalkan secara konsisten, kulit wajah akan lebih sihat dan bebas daripada masalah jerawat.
Dr Malar Santhi Santherasegapan yang juga doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, berkongsi tip penjagaan kulit wajahnya.
“Awas, jangan terpedaya dengan produk pil yang putihkan wajah ya! Nak kekal cantik secara semula jadi luar dan dalam sebenarnya tak susah pun. Konsisten saja dengan rutin asas. Lebih mudah, jimat kos!
“Usah mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk pemutihan kulit lebih-lebih lagi yang menjanjikan kesan yang cepat contohnya pil, jus, suntikan, krim dan seumpamanya.”
Menurut Dr Malar, kulit yang glowing bukannya kulit yang putih. Kulit yang glowing adalah kulit yang bersih dan sihat. Untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat, tidak perlu pun makan pil untuk memutihkan kulit sampai buah pinggang rosak.
Ada tiga sahaja tip dengan tiga langkah untuk dapatkan kulit glowing.
Tip Kulit Glowing
Langkah Satu
1. Cuci muka paling kurang dua kali sehari. Cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit.
2. Guna skrub muka paling kurang dua atau tiga kali seminggu.
3. Lepas skrub muka, guna pula facial mask. Lepak, rehat bagi kulit bernafas.
Langkah Dua
1. Minum air putih yang cukup. Ini paling penting, bukannya minum jus-jus yang mengarut. Bila minum air putih, pastikan pilih yang ada mineral untuk kecantikan kulit.
2. Cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika kerana ia penting untuk tubuh kita serap kolagen dalam proses pembinaan kolagen. Maksudnya kalau tubuh kita sedang membina kolagen, silika memperkuatkan ikatan tersebut seterusnya memastikan kolagen itu berada di tempat yang sesuai.
Silika juga penting untuk pastikan kulit kita tegang dan kurangkan kendur atau kedutan. Senang kata silika ini penting. Sebab itu sangat penting minum air putih yang cukup. Pastikan ia mengandungi mineral-mineral yang penting untuk kecantikan dalaman.
Dr Malar sendiri suka cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika. Beliau tidak percaya makan suplemen kolagen boleh tinggikan kolagen dalam tubuh. Bagi yang usia mencecah 30-40 tahun, kolagen makin berkurang dalam tubuh. Malah, wanita daripada usia 20 an sebenarnya pembinaan kolagen dalam tubuh agak berkurang.
Langkah Tiga
1.Buat facial. Tapi kalau tak sempat, nak buat di rumah pun boleh. Sekarang ini banyak yang diy. Yang penting cuci muka dan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup untuk kecantikan kulit.
Bagi anda yang sedang gigih berusaha untuk mencantikkan kulit, bolehlah amalkan air putih dan jangan lupa cuci muka dengan air mineral. Siapa tahu, kulit anda akan lebih sihat dan bersih.
Lima selebriti tanah air baru sahaja menyambut kelahiran ‘orang baru’ dalam keluarga. Oh, wanginya bau bayi!
Saat-saat sebegini tentunya menyeronokkan. Seolah-olah berakhirnya satu penantian setelah 40 minggu dalam kandungan dan boleh menatap wajah si kecil yang selama ini dikandung. Jom kita lihat siapa lima selebriti yang baru sahaja menerima kelahiran bayi.
DATUK JOVIAN MANDAGIE
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dan isteri Datin Nina Ismail Sabri telah menyambut cahaya mata pertamanya pada 1 November 2017. Bayi perempuan seberat 3.37kg itu dilahirkan sihat di Gleneagles Kuala Lumpur. Istimewanya si anak sudah pun memiliki akaun Instagram, @mandagie_jr. Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada anda berdua!
SHARIFAH ALEYA
Pelakon dan DJ Sharifah Aleya juga selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 30 Oktober 2017. Aleya menulis dalam instagram nya tentang kelahiran anak keempatnya itu yang overdue selama dua hari dan terpaksa dilahirkan secara induksi.
Assalamualaikum. Post ni agak lambat memandangkan our “planned” schedule went a bit huru-hara. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang. So anywhoooooooo…
On Monday the 30th of October (councidentally a very special date for me) 2017, @mikoabdullah #azaameena #ashaameena #princealiabdullah and I welcomed the newest member of our family biithnillah. He was 2days late and labour had to be induced. Started process at 8am and sebaik berkumandang Azan Asar, the final push was made and his little voice filled the delivery room, Allahuakbar.
We thank you all for the duas, prayers and heartfelt wishes. Alhamdulillah we’re both home, baby is well and Mommy is healing. InshaAllah, will share the name we have chosen for little “Atek” soon. In the meantime, Mommy is soaking up the yummy smells, the funny masyam expressions and the fact that i am OFFICIALLY a mother of FOUR!!!
FYNN JAMAL
Penyanyi dan instafamous Fynn Jamal juga tidak terkecuali sedang bergembira apabila beliau mengambil anak angkat kedua yang dinamakan sebagai Sakti Kencana Fitri pada 1 November 2017. Menariknya, Fynn telah berjaya menyusukan Sakti. Syabas kepada Fynn kerana berusaha memberikan susu ibu kepada anak! Sebelum ini, Fynn telah memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Arjuna.
DATO’ FAZLEY YAAKOB
Penyanyi dan Masterchef Selebriti 2012, Dato’ Fazley Yaakob baru menimang cahaya mata keempatnya pada 5 Oktober 2017. Ia merupakan kelahiran yang dinanti-nantikan oleh beliau dan isteri, Datin Azrene Soraya Ahmad setelah memiliki tiga anak lelaki. Bayi perempuan ini diberi nama Alayna Selma atau panggilan mesranya ialah Ellie. Dato’ Fazley juga banyak berkongsi video rutin hariannya menguruskan Ellie seperti memandikan, memberikan susu dan sebagainya.
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN
Pasangan pelakon, Amyra Rosli dan Amar Baharin baru-baru ini. Amyra yang selamat melahirkan bayi sulung lelaki pada 15 Oktober. Bayi lelaki sulung ini sudah pun memiliki akaun Instagram @amyramarjr. Paling manis apabila Amar menghadiahkan Amyra sebuah kereta selepas Amyra bersalin. So sweet!
Kepada ibu bapa yang baru menyambut kelahiran cahayata mata ini, tahniah Pa&Ma ucapkan kepada anda semua!
SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita yang menawarkan lebih 100 hidangan tradisional serta program CSR penuh bermakna sepanjang Ramadan.