Nak Popia Lebih Kemas & Cantik, Inti Pun Tak Terkeluar, Ini Cara Mudah!

Share

Melihat orang lain membungkus atau membalut popia dengan begitu kemas membuatkan kita tertanya-tanya apa cara yang digunakan mereka. Adakah menggunakan pembungkus bersaiz kecil atau memotong terlebih dahulu bagi mendapatkan saiz yang cantik. Semua ini selalu jadi persoalan kita.

Namun perkongsian dari Pn Suriati Abd Talib ini memberi idea untuk kita membungkus popis lebih kemas cantik. Lagi kemas dan sama saiznya. Yang lebih penting, intinya tak terkeluar.

Ini cara saya balut popia inti carbonara, alhamdulillah tak risau isi terkeluar bila goreng.

Petuanya lepas balut, simpan dalam peti ais bagi sejuk dahulu. Sejam pun dah ok.

Nak makan, keluarkan dari peti dan terus goreng. InsyaaAllah rangup popianya.

Ok yang ini pula resipi popia carbonara yang dikongsikan oleh Puteri Hana Sofea. Anda boleh cuba untuk anak-anak. Paling mudah dan sedap!

RESEPI POPIA CARBONARA

Bahan-bahan
2 cawan susu dutch lady
4 pcs slide cheese
2 cawan mozzarella cheese
1 sudu kecil serbuk lada putih/hitam
Carrot
1 biji bawang besar(cincang)
Ayam (ayam frozen ayamas)
Sosej
Sos carbonara
Kulit popia

Tumis bawang kemudian masukkan semua bahan di atas kecuali kulit popia.

Masukkan garam secukup rasa. Jangan lebih-lebih sebab sos carbonara, cheese tu dah masin.

Inti siap. Boleh la mula membalut guna kulit popia. Pastu goreng. Siappp!

Terpulang la nak tambah mozzarella cheese ke, slide cheese ke, mushroom ke. Ikut selera masing-masing ye. Sis guna bahan yang kebetulan ada kat rumah je tu.

Selamat mencuba!

Menarik: Creamy Crab Croquette Dengan Isi Ketam Padu, Bulat-Bulat Cantik, Laju Anak Makan

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN