Bukan mudah seseorang ibu mahu bercerai susu dengan anak. Apatah lagi selepas sekian lama menjadi ‘sumber minuman’ kepada anak, sampai waktu untuk menghentikannya memang tak sampai hati. Begitu juga situasi yang dialami oleh pengacara jelita, Ameer Zaini. Mengakui proses bercerai susu adalah normal dilakukan para ibu, dia turut berkongsi tip terbaik dalam fasa bercerai susu.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, salah satu kaedah untuk memujuk anak daripada rajin ‘melekap’ adalah dengan memberi ganjaran.
Menurut Ameera, dia pernah terbaca info jika mahu memujuk anak untuk wean off, harus ada perjanjian antara kedua-dua belah pihak. Ibu harus beri ganjaran jika anak memberikan kerjasama. Memandangkan anaknya itu sukakan haiwan laut, Meera berjanji untuk membawa Mateen melihat ikan jerung. Pada awalnya Mateen bersetuju, tetapi Meera jadi tak sampai hati bila anaknya mula mengigau ketika tidur.
Katanya tak sampai hati bila lihat Mateen terjaga setiap malam pada waktu kebiasaannya dia menyusu. Kemudian seperti memujuk dirinya, dia tidak minta susu tapi mahu tengok jerung. Naluri seorang ibu, Meera merasakan anaknya seperti mengingatkan diri sendiri, mahu susu Mommy tapi nanti tak boleh tengok shark. Melihatkan keadaan anaknya itu, Meera jadi tak sampai hati. Sudahnya, kalah juga.
Banyak mendapat sokongan, rata-rata pengikutnya turut berkongsi cara mereka menceraikan susu badan daripada anak-anak.
Ads
Ads
Pa&Ma doakan yang baik-baik untuk Ameera dan Mateen. Good luck to the both of you!
Tak ada manusia yang nak anak mereka sakit. Sedih, sayu melihat si kecil menahan sakit. Bila si kecil sakit terasa seolah patah kaki lebih-lebih lagi jika si kecil dimasukkan ke dalam ward.
Semua urusan terpaksa ditangguhkan lebih-lebih lagi melibatkan urusan di tempat kerja. Namun ketua dan ahli kumpulan di tempat kerja yang memahami sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dirasai dalam fikiran ibu bapa ini.
Kalau anak sakit, jagalah. Walaupun mereka tidak lagi faham mengapa mereka begitu penting bagi anda lagi.
Anak-anak adalah saham dunia akhirat, didiklah mereka, asuhlah mereka.Supaya satu hari nanti, saat mereka mencapai kematangan, mereka akan mengerti.
Kepada ketua tempat kerja
Kepada rakan-rakan yang punya tanggungjawab sebagai pemimpin, berilah anak-anak kecil ini peluang bersama ibubapa mereka. Sakit dan kesusahan bukan diminta-minta.
Permudahkanlah urusan rakan-rakan kita, Tuhan akan permudahkan urusan kita kelak.
Aku memang cukup faham bila mana anak-anak sakit, penat menjaga lain, penat ke hulu ke hilir mengurus anak-anak ke hospital dan keluar masuk wad lain, bersengkang mata menyiapkan tugasan lain, bertegang urat dengan pasangan juga lain.
Mungkin kau tidak lagi punya anak-anak kecil, tapi sekurang-kurangnya. Kenanglah saat-saat kau membesarkan mereka.
Jiwa yang tenang dan penuh kasih sayang, pasti akan membawa kecemerlangan yang tidak terbilang kepada organisasi yang kau sayang.
Kredit: Firdauz Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasakan antara waktu Maghrib dan Isyak masa bersama keluarga. Dalam tempoh inilah ibu bapa dapat luangkan masa dan sama-sama berkongsi pendapat dengan anak-anak.
Lagi mudah jika dalam sesi ini ibu bapa buat amalan bacaan hadis kerana ia bukan saja mendapat keberkatan tetapi dalam masa sama mendidik jiwa anak-anak itu menjadi insan yang baik dan dihormati.
Bagaimanapun, ramai juga yang berpendapat waktu ini tak sesuai untuk mereka bersama keluarga namun sebolehnya usahakan. Jika memang dah tak boleh, luangkan masa selepas solat Isyak sementara anak-anak belum tidur.
Perkongsian dari seorang bapa, Muttaqien Jamaludin boleh dijadikan panduan bersama untuk ibu bapa yang ingin melahirkan anak-anak yang berakhlak baik dan cintakan al-Quran.
Sebagusnya selepas Maghrib dibuat majlis bacaan al-Quran dan hadis bersama anak isteri. Bukan habiskan masa di dapur dan meja makan ataupun depan TV melihat drama atau berita. Jadikan waktu Maghrib Isya di rumah kita, madrasah taqwa. Boleh cuba makan malam pukul 6.30 petang. Bagus untuk kesihatan.
Sama-sama mendengarkan kelebihan amalan-amalan agama dari hadis dan al-Quran supaya #Nur dari al-Quran hadis masuk dalam hati kita dan anak-anak isteri kita . Menjadi ringan untuk melaksanakan amalan agama. Tahu kelebihan dan mendapat apa apabila beramal. Hati yang keras, sukar nangis depan tuhan, akan lembut akan mudah menangis depan tuhan.
Bacaan al-Quran dan hadis boleh dibacakan oleh ibu atau ayahnya atau selang seli, kemudian boleh diberikan anak-anak baca 1-2 hadis seorang. Anak yang dah besar, boleh buat giliran baca. Sementara yang lain boleh dengar. Dengar dengan adab dan jaga sunnah. Berkat buat majlis taalim ini, alhamdulilah anak-anak dapat ingat al-Fatihah dan 3Qul. Walaupun seorang tu berusia 4 tahun.
Setiap hari saya atau isteri ulangkan surah-surah lazim ini. Insyallah boleh ingat, begitu juga anak anda juga boleh ingat jika buat perkara sama. Diizinkan masa depan Insyallah akan tambah lagi beberapa surah dan ulang sehingga ingat. Lagi dan lagi.
Amalan inilah yang mak saya telah lakukan dari saya kecil hinggalah sekarang. Tanpa ketinggalan. Mungkin berkat itu, Allah telah kurniakan ibu saya anaknya 8 orang jadi hafiz termasuk seorang bongsu yang masih OTW .
Bagus dibuat antara Maghrib- Isya, atau lepas Isya. Atau waktu semua ahli keluarga boleh dengar. Sebaiknya dikawasan yang sama dan dikhaskan. Dengar dengan tawajuh. Tidak perlu title ustaz atau ustazah untuk baca taalim kerana semuanya telah diterjemah dan tulis dalam bahasa Melayu. Kita hanya perlu baca.
Selain bacaan hadis dan bacaan surah lazim yang pendek. Sebagusnya buat mesyuarat antara suami isteri dan anak-anak. Bangkitkan apa-apa agenda, esok nak ziarah beraya rumah siapa ? Apa yang kurang, apa barang perlu beli . Prestasi anak dan lain-lain. Insyallah keluarga akan semakin harmoni. Suara anak dan isteri akan lebih didengari. Tiada diktator dalam rumah. Keluarga sakinah mawaddah.
Untuk jadikan anak anak kita hafiz hafizah, mereka perlu mengadap dan baca al-Quran 7-8 jam sehari. Untuk latihan awal, cubalah dengarkan taalim 30-40minit . Supaya ada terbina kemampuan kerohanian untuk jadi hafiz dan hafizah kelak.
Lihat dan mendengar lagho 3-4jam sehari, takkan tak boleh dengar al-Quran dan hadis 30-40 minit setiap hari . Didoakan Allah jadikan hati-hati kita hidup.
Rumah tangga yang dibina pasti ada pasang surutnya. Setakat bergaduh sikit itu biasa. Cuma bagaimana pasangan itu mengendalikannya bergantung pada satu sama lain.
Buang rasa ego, ringankan tulang membantu isteri, sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sentiasa ingat pada Allah antara kunci kebahagiaan kekal sehingga akhir hayat.
Tapi ada ketikanya kelemahan pasangan itu buat salah seorang terasa hati hingga mereka rasa aib. Dalam hal ini dua-dua kena main peranan yang baik dan jangan saling menjatuhkan maruah. Suami kena jaga maruah isteri begitu isteri perlu menjaga maruah suami.
Ada 8 pesanan dari Muhammad Hassan untuk para isteri amalkan dan sama-sama membawa hubungan rumah tangga ni untuk mendapat keberkatan dan pastikan matlamat rumahku syurgaku direalisasikan. Ingat pesanan ini bukan bermaksud isteri saja, suami pun boleh lakukan.
1. Jahat macam mana pun suami jangan sesekali AIBkan dia pada UMUM kecuali kepada mereka yang boleh membantu untuk beri solusi kepada masalah kita terutama kepada mereka yang berkelayakkan dalam masalah rumah tangga.
2. Selalu saya pesan. Jika nak tag suami di ruang komen yang berkaitan rumah tangga, masalah rokok. Jangan sesekali tag dengan nasihat atau ada unsur aibkan suami. Guna ayat yang saya ajar sebelum ini:
-“Abang terima kasih sudi baca sampai habis”
-“Abang jom sama-sama baca moga ada kebaikan”
-“Abang jom tambah ilmu”
3. Layanlah suami dengan baik lemah lembut. Jangan sesekali tinggikan suara terhadap suami. Hatta nak panggil suami makan sekali pun jangan jerit dari dapur sehinggakan jiran sebelah boleh dengar.
4. Jangan lawan cakap suami ketika suami sedang marah atau beri nasihat. Walaupun mungkin kebenaran berpihak kepada kita. Ketika ini kita perlu kawal dan cari solusi bagaimana untuk tenangkan suami.
5. Jika mahu nasihat suami, cari masa yang sesuai. Paling sesuai ketika selepas solat berjemaah atau selepas baca ta’alim(hadith). Ketika ini hati kita mudah untuk terima teguran. Tapi jangan tegur depan anak-anak. Sebab itu saya dirumah setiap hari ambil masa 5-10 minit untuk bermesyuarat dan dengar nasihat isteri.
Selalu cakap kat isteri boleh tak tegur apa-apa yang tak elok dalam beberapa hari ini. Jadi tengok dalam keadaan mana yang sesuai untuk tegur suami.
6. Sentiasa kelihatan cantik, kemas apabila berhadapan dengan suami. Sehinggakan suami sentiasa jatuh cinta apabila memandang.
7. Dahulukan suami dalam banyak perkara. Jika mahu makan sediakan makanan yang terbaik dan paling sedap buat suami. Pastikan suami terlebih dahulu makan berbanding kita. Suapkan makanan untuk suami. sediakan air bersebelah suami dan jangan biarkan suami makan bersendirian.
8. Jangan tinggal ini. DOA. Doakan suami dalam setiap doa kita terutama selepas solat fardhu dan tahajjud.
“Ya Allah ini suami saya(Sebut nama penuh suami). Sudilah kiranya engkau ampunilah segala dosa-dosanya. Jadikanlah dia suami yang terbaik terhadap saya dan anak-anak. Jadikan dia pembimbing kami untuk sama-sama masuk syurga. Ya Allah,Jika dia ada kekurangan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah,ampunilah segala kekurangan ini dan perbaikilah ia. Ya الله jagalah dia dari segala kejahatan,maksiat dan fitnah. Ya الله lapangkan hatinya,limpahkanlah rezeki keatasnya,mudahkan segalanya urusan pekerjaannya”