Sambutan Hari Raya yang tinggal lagi empat hari, sudah semestinya persiapan kita sudah pun dipersiapkan.
Kerja-kerja mencuci pastinya sudah dipersiapkan lebih awal. Lantai yang bersih walaupun dicuci berkali-kali tetap menampakkan kesannya jika salah dicuci.
Perkongsian tip menggunakan dua bahan yang dikongsikan oleh MisS’z Aida ini mama kena cuba. Simple tapi berkesan. Jom cuba!
Mop rumah gunakan air panas, tiada kesan tapak kaki.
Ads
“Rumah kak Nor ni ada 13 ekor kucing. Jadi memang hari-hari sapu dan mop. Selalu mop pakai air biasa dan pencuci tangan beli kat kedai Eco je (murah dan wangi) serta tambah softner sebab nak lantai wangi.
Memang lantai berkilat tapi bila anak-anak bulus pijak lantai atau kaki kita pijak lantai, lantai akan terdapat kesan tapak kaki.
Alhamdulillah hari ni try mop pakai air panas dan letak beberapa titik pencuci tangan Eco tu. (seperti dalam gambar)
Ads
Lepas mop dan lap lantai, walaupun anak-anak bulus pijak atau anak-anak pijak, lantai tak berbekas dengan tapak kaki.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Kredit: Normah Md Din
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah tugas untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Ibu bapa perlu ada kesabaran yang tinggi dan sentiasa positif dalam membentuk keperibadian anak. Pesanan dari Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ini wajar dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam usaha mendidik anak menjadi yang terbaik.
Di dalam seminar ‘Seminar Ibu Bapa Versatile – merealisasikan generasi soleh solehah’, beliau telah berkongsi beberapa tip buat pedoman para ibu bapa:
Allah SWT menyuruh ibu bapa menjaga diri dan menjaga keluarga. Kalau tak dijaga amanah ini, ibu bapa akan diazab oleh Allah dalam api neraka. Justeru, kita tidak mahu diri dan keluarga menjadi penghuni neraka. Kita tentunya mahukan keluarga menjadi penghuni syurga.
Dalam dunia hari ini, ada 4 kategori ibu bapa iaitu;
1) Ibu bapa yang tidak peduli– iaitu ibubapa yang jenis tak buat apa pun tak apalah. Tak solat pun tak apa, tak buat apa pun tak apa asalkan hidup. Biasanya anak menjadi liar & susah nak dengar cakap.
2)Terlalu tegas- ada undang-undang keluarga tak boleh langgar, anak kurang bermanja & curah kasih sayang. Anak rasa macam ada harimau dalam rumah.
3)Ibu bapa yang manja- apa yang anak nak semua disediakan, ibu bapa tidak tegas. Bagi muka dan anak ‘memijak’ kepala ibu ayah.
4)Seimbang- tidak terlalu tegas, tidak terlalu manja, ada masa yang berkasih sayang & bermanja. Ini yang membina keluarga seimbang.
Tugas kita memimpin dan mendidik anak solat. Perlu sentiasa periksa solat anak. Solat adalah benteng dan boleh melepaskan daripada seksa kubur.
Ibu bapa yang seimbang mesti ada 7 personaliti ini
7 ‘P’ ialah personaliti dalam mendidik anak-anak. Sebab apa kita perlu jadi versatil dalam mendidik anak-anak? Sebab kita perlu menjadi ibu bapa yang seimbang.
#1: Pemimpin
Rasulullah telah bersabda, “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab di atas orang yang dipimpin.” Bahagianya ayah ibu, terutamanya ayah kalau berjaya memimpin keluarga. Anak tidak meninggalkan solat, anak pandai mengaji Al-Quran. Anak mempunyai akhlak yang hebat kerana berjayanya peranan bapa sebagai pemimpin.
Ustazah juga turut berkongsi tentang pertanyaan yang diajukan oleh sahabat baginda “Siapakah orang-orang yang mandul Ya Rasulullah. Rasulullah SAW berkata orang yang ada anak tetapi tiada seorang pun yang memberikan manfaat kepada kedua ibu bapanya. Dan itu yang aku maksudkan dengan orang yang mandul.”
Tugas kita memimpin dan mendidik anak solat. Perlu sentiasa periksa solat anak. Solat adalah benteng dan boleh melepaskan daripada seksaan kubur.
#2: Penawar
Ibu bapa yang menjadi penawar kepada anak-anak bermaksud isteri perlu menjadi penawar hati kepada suami, suami perlu menjadi penawar hati kepada isteri. Ibu bapa perlu menjadi penawar hati kepada anak-anak. Anak-anak perlu menjadi penawar hati kepada kedua ibu bapa. Penawar ini sangat penting, perlu dimainkan sampai bila-bila.
Contoh Sayyidatina Siti Hajar mencari air untuk Nabi Ismail, anak kecil yang haus dan lapar di tengah padang pasir yang tandus. Tapi ibu ini sanggup berusaha keras untuk anak yang haus, berlari dari Safa ke Marwah berulang alik. Kerana ibu ini penawar, pengorbanan ibu ini Allah anugerahkan air zam zam. Sebab itu ibu ayah apabila anak menangis, yang perlu pujuk dan kesat air mata anak itu mestilah ayah atau ibu.
#3: Penghibur
Kalau tegas sangat, anak akan rasa macam ada harimau dalam rumah. Ini adalah sebab anak lari dari rumah dan liar. Ini kerana dalam rumah itu hanya garang-garang. Senda gurau dalam rumah tangga penting. Rasulullah SAW menjadi penghibur kepada cucuanda Hasan & Husin sehingga semasa solat cucuandanya memanjat ke atas belakang. Rasulullah tidak marah, malah sujud lama dan sudahkan solat secara bangun perlahan-lahan supaya Hasan tidak jatuh. Apabila sahabat baginda bertanya mengapa, kata baginda, cucu-cucuku penawar hatiku.
#4: Penyayang
Ibu bapa perlu menyayangi anak-anak. Ibu ayah perlu rasa anak ini adalah amanah dari Allah. Hadis ini ada kaitannya. Pada suatu hari Rasulullah SAW sedang peluk, cium dengan Hasan & Husin. Ada seorang sahabat bertanya ” Begini caranya kamu layan cucu-cucumu? Engkau peluk, engkau cium.
Aku ada 10 orang anak, tapi tiada seorang pun aku peluk & cium. Maka baginda berkata “Barangsiapa tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” Bagaimana ibu bapa apabila sudah tua nanti, sudah uzur dan tidak boleh urus diri. Anak-anak yang akan menyayangi sehingga ke syurga.
Untuk menjadi ibu bapa yang penyabar, ustaz Wan Akashah telah memberikan tip. Pertama sekali ibu bapa perlu menjaga kata-kata, kerana kata-kata memberikan kekuatan dan ada kehebatan luar biasa. Ia boleh menjatuhkan dan menaikkan seseorang. Ibu bapa wajib menjaga kata-kata dan banyakkan bersabar.
Rasulullah telah bersabda, “Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat bercakap baik atau hanya diam. Ini penting terutamanya kepada ibu dan ayah. Sabda Rasulullah juga barang siapa yang memiliki 3 anak perempuan dan mendidik mereka dengan sabar, memberi makan dan minum daripada apa-apa yang dia dapatkan, maka tersebut akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka di hari kiamat.
Sahabat bertanya, bagaimana sekiranya ada 2 anak perempuan? Rasulullah menjawab ‘sama’. Sahabat bertanya, sekiranya ada 1 anak perempuan? Rasulullah menjawab ‘sama.’ Sahabat bertanya, sekiranya hanya mempunyai anak laki-laki? Rasulullah menjawab ‘sama.’ Mudah-mudahan ia menjadi benteng kepada kita daripada azab api neraka.
#6: Prihatin
Ibu bapa yang ambil berat dan ambil tahu tentang anak-anak. Jangan dibiarkan masa dengan anak-anak berlalu pergi begitu sahaja tanpa kenangan indah bersama. Suatu saat nanti kita akan pergi. Masa yang diluangkan dengan anak-anak, anak sakit kita jaga, anak sakit kita bawa dapatkan rawatan, anak belajar kita duduk temankan, solat berjemaah, baca Al-Quran bersama-sama. Masa cuti kita bercuti bersama-sama dengan anak, makan bersama-sama. Ibu yang prihatin memasak dengan air tangan ibu, bapa prihatin cari nafkah untuk keluarga. Semua yang dilakukan ini, apabila kita sudah tiada lagi anak-anak akan terbayangkan segala-galanya.
#7: Pengorbanan
Apa sahaja pengorbanan yang dilakukan kepada anak-anak yang dikasihi semuanya akan dinilai oleh Allah. Ibu ada pengorbanan, ayah ada pengorbanannya. Pengorbanan ibu jelas dilihat apabila anak di dalam rahim ibu. Ibu melahirkan dengan penuh kesakitan, ibu menyusukan dengan kepayahan, ibu didik dengan kasih sayang.
Tetapi pengorbanan ayah, jarang-jarang diperlihatkan. Pengorbanan ayah untuk membahagiakan anak-anak. Justeru, ibu ayah jangan pernah rasa penat dan kecewa, kerana kini tiba masanya kita pula yang perlu mendidik anak-anak dengan merealisasikan generasi soleh dan solehah.
Mudah-mudahan ibu bapa mampu menjadi versatile, berjihad ke jalan Allah SWT. Semoga anda boleh menjadi ibu bapa yang ada 7 ‘P’ ini’ dan seimbang membentuk anak-anak soleh dan solehah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Mommy cakap tak baik baling barang!” Marah si ibu pada anaknya yang berusia 11 bulan. Baginya perbuatan membaling barang adalah sesuatu yang tidak patut dan biadap. Tetapi sebenarnya ada perkara yang menyebabkan si kecil tersebut membaling barang.
Jika anak itu adalah DIBAWAH USIA SATU TAHUN, maka itu adalah lebih kerana dia di dalam tahap membaling barang. Ada sebabnya ini berlaku kepada setiap anak-anak pada usia ini. Ini adalah kejadian Allah untuk membolehkan anak ini menguatkan skill motor nya.
Skill motor ini adalah sangat penting untuk dia boleh menggunakan tangannya untuk melakukan apa-apa perkara berkait dengan tangan dikemudian hari. Contohnya, untuk menulis, menggunting, memotong, memanjat dan pelbagai lagi.
Oleh itu jika ibu bapa marah dan suruh anak itu berhenti kerana merasakan anak-anak itu sudah nakal dan berkelakuan tidak baik, maka ini adalah satu kesilapan besar.
Tindak-tanduk begini adalah kerana ibu bapa tidak peka kepada proses pembesaran yang setiap anak-anak perlu lakukan. Bila anak itu dihukum kerana ini, maka ibu bapa menempah untuk anak itu menjadi kurang keupayaan tangannya, kurang kreatif, rendah hormat diri dan tiada keyakinan diri.
Membesarkan anak-anak perlu ada ilmu, skil dan sikap yang betul. Supaya kompetensi kita sebagai ibu bapa itu meningkat sentiasa. Dan anak boleh dibesarkan dengan penuh amanah dan berintegriti.
Nabi s.a.w sangat memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak. Kerana kesannya adalah seumur hidup anak-anak itu.
Anda dapat sesuatu?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak-anak mula merangkak dan berjalan, habislah satu rumah dikemasnya. Kadang-kadang penat si ibu nak melarang dan menyusun balik barang-barang tersebut terutama sekali baju yang baru sahaja dilipat.
Puan Ojie Ismail melalui akaun facebooknya telah berkongsi cara lipatan baju yang kemas dan tidak akan terbuka walaupun disepahkan oleh anak-anak.
Lipat baju baby cara saya
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer. Dah tak payah penat2 lipat balik.. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu..
Sesaja share, mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama.. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik..dah nak kena lipat lagi..rajin pulak aku update nih.. Hahaha
Harap2 bermanfaat buat kawan2 dan ibu2 muda di luar sana. Hahaha orang lain dok share resepi masakan sedap2 di hujung minggu aku pulak share cara lipat baju anak.
Baris depan; baju lengan pendek+seluar panjang. Baris tgh n belakang; baju lengan panjang+seluar panjang.
Susun la ikut kreativiti & citarasa masing2..yang penting nampak kemas, teratur dan MUDAH DI AKSES!
Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek
Baris tengah n belakang: baju lengan pendek+seluar pendek
Butangkan butang paling atas dan bawah..
Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
Terbalikkan baju
Letak seluar
Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju
Lipat bahagian badan baju.. Pastikan bahagian bahu lurus.. Sbb nak create ‘pocket’
Lipat lengan baju.
Lipat lagi sebelah..
Lipat 1/3 baju..
Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.. Haha.. Tak reti nak describe, sila tengok gambar
Dah siap dan kemaskan lipatan..Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju.. Nak pilih2 baju pun senang.
Kemudian pi la simpan dalam laci bersama kawan2 dia..
Jangan nanti dah lipat2, boleh pulak ko lupa baju lengan pendek ke lengan panjang dengan seluar pendek ka panjang.. dah naya ke diri sendiri bukak lipatan nak check baju panjang ke pendek.. sendiri mau ingat la okey..