Tahun 2021 yang semakin ke penghujungnya membuatkan kita terpaksa mencari altenatif baru untuk meneruskan perbelanjaan dengan sempurna.
Tabungan dengan konsep berjimat cermat dan disiplin dalam menabung antara yang perlu diamalkan oleh setiap dari kita agar dapat memastikan kita sentiasa punya wang untuk berbelanja untuk anak-anak dan keluarga.
Apa plan tabungan mak ayah untuk tahun hadapan? Tak perlu bersusah payah, tabungan simple dan ringkas tapi pasti menjadi ini memang satu cabaran yang memberi pulangan paling memuaskan hati.
Nak menyimpan macam mana? Trik mudah dengan enam konsep simpanan ini mak ayah perlu cuba. Menarik tapi agak mencabar.
Tabungan 1 RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
Ads
Tabungan 2 RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
Tabungan 3 RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
Ads
Tabungan 4 RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
Ads
Tabungan 5 RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun RM300.
Tabungan 6 RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun RM600.
Ringkas dan mudah tapi perlukan disiplin yang tinggi. Selain mak ayah, boleh juga meminta anak-anak melakukan konsep tabungan yang sama. Pasti bertambah seronok dan semangat anak menyimpan.
Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap. Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?
Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya. Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.
Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.
Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan). Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.
Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.
Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.
Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak
-Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
-Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
-Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya
-Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
-Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus
-Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak. Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Anak lelaki cenderung suka main masak-masak mungkin menimbulkan kerisauan di hati ibu ayah. Bimbang ia akan mempengaruhi pembentukan karakter menjadi lembut dan sebagainya. 5 tip yang dikongsikan pakar pendidikan awal kanak-kanak ini boleh digunakan.
Banyak kita mendengar keluhan mama papa tentang anak lelaki yang suka bermain dengan permainan anak perempuan. “Anak lelaki saya suka permainan perempuan seperti teddy bear dan masak-masak. Bagaimana hendak atasi tingkah laku ini?”
Menurut Dr. Bustam Kamri, Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College Of Yayasan Melaka, memang selalunya ibu bapa amat khuatir apabila anak lelakinya bermain beruang dan masak-masak. Jika dilihat secara positif hal mainan tidak menjadi masalah kerana orang dewasa yang membuat klasifikasi pengkhususan jantina permainan itu sendiri.
TANGGAPAN PENENTUAN MAINAN BERDASARKAN JANTINA PERLU DIUBAH
Masa telah berubah dan tanggapan penentuan permainan mengikut jantina perlu diubah. Secara professional tugas memasak bukan lagi kerjaya yang dimonopoli oleh golongan wanita sebaliknya ‘chef’ (tukang masak) yang terkenal terdiri daripada orang lelaki terutama di hotel-hotel dan restoran-restoran.
Dr Bustam juga turut berkongsi beberapa tips dan info yang boleh ibu bapa lakukan;
#1. PELBAGAIKAN JENIS PERMAINAN DI RUMAH
Begitu juga dengan reka cipta alat mainan itu sendiri. Ibu bapa tidak boleh menyekat minat kanak-kanak untuk bermain. Sebaliknya perlu mempelbagaikan jenis permainan di rumah. Perlu diingat bahawa main adalah suatu proses pembelajaran bagi kanak-kanak.
Menerusi main mereka meneroka sesuatu dengan bereksperimen. Bermain masak-masak adalah meniru kehidupan seharian orang dewasa. Manakala bermain dengan beruang adalah imaginasi untuk berkomunikasi dan berimaginasi menerusi fantasi.
#2. LIBATKAN DIRI DENGAN KETIKA ANAK BERMAIN
Selalunya ibu bapa sebagai pemerhati semasa anak-anaknya bermain dan jarang sekali melibatkan diri bersama anak-anak untuk bermain. Cuba dekati anak walaupun bermain dengan beruang cuba padankan dengan haiwan yang lain. Ajak anak berkomunikasi dengan menggunakan haiwan-haiwan yang sedia ada di sekelilingnya.
Jadikan aktiviti bermain dengan beruang sebagai cetusan galakkan membaca. Ibu bapa hendaklah membacakan buku berkaitan dengan beruang. Terdapat banyak cerita tentang beruang yang boleh mendorong minat kanak-kanak untuk meneroka imaginasi lebih jauh tentang kegagahan dan kepahlawanan.
#3. BERCAKAP DENGAN ANAK BERKAITAN MAKANAN/ INDUSTRI
Begitu juga halnya main masak-masak boleh menyemaikan minat ke arah kerjaya dengan menunjukkan kejayaan ‘chef’ lelaki yang terkenal.
Dapatkan gambar dan cerita-cerita tentang ‘chef’ di pelbagai lapangan seperti di hotel, restoran dan sebagainya. Kembangkan perbualan anda dengan penyelidikan pemakanan dan hal-hal yang melibatkan industri dan pertanian.
#4. DORONG ANAK LELAKI MENERIMA RISIKO
Ajar anak-anak lelaki dengan menunjukkan cara melakukan sesuatu perkara bukan sekadar melihat apa yang dilakukannya. Dorong kanak-kanak lelaki untuk menerima risiko. Bukan sahaja risiko pada fizikal tetapi mental dan emosi.
Contohnya bermula main masak-masak, kanak-kanak boleh didorong menerusi perbincangan perkara yang diperlukan untuk masakan. Sayur-sayuran diperlukan dan ibu bapa hendaklah mengajar cara menanam sayur-sayuran atau membawa kanak-kanak ke ladang ternakan.
#5. BERIKAN BIMBINGAN SUPAYA ANAK FAHAM PERSEKITARAN
Semuanya terpulang kepada ibu bapa untuk mengarahkan kanak-kanak kepada yang lebih positif. Jangan biarkan kanak-kanak bermain sendirian tanpa didampingi oleh ibu bapa. Kanak-kanak perlu mendapat perhatian dan bimbingan biar pun hanya sekadar aktiviti bermain, sebenarnya merupakan titik permulaan kanak-kanak belajar memahami tentang persekitarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak anak masih kecil, harus diterapkan dengan nilai murni seperti mementingkan kebersihan dan sebagainya. Sangat pentig untuk memberi ruang privasi kepada anak-anak (bilik mereka sendiri) dan mengajar mereka untuk menjaganya.
Ibu anak 4 yang juga seorang blogger, Irine Nadia berkongsi beberapa tip bagaimana dia sebagai ibu memastikan kebersihan bilik anak-anaknya.
Petang ni, duduk santai-santai dalam bilik anak sambil kemas-kemas. Ibu kalau anak pergi sekolah, time tu la ibu pulun business, time tu la ibu pulun nak kemas rumah.
Ibu suka tinjau bilik anak. Kadang anak pergi sekolah tak sempat dia nak kemas bilik cuma sempat rapikan selimut je.
Jadi tugas ibu lah nak bagi bilik depa kemas & paling penting bila anak-anak balik, diorang sendiri excited nak menuju ke bilik tidur.
Tips yang ibu sendiri apply untuk bagi anak tertarik untuk tido dalam bilik sendiri & jadikan bilik tidur diorang as “privacy” ,
🌿make sure bilik dalam keadaan wangi. Elakkan dari ampai towel-towel basah dalam bilik sampai boleh naik bau-bau kepam tak selesa untuk anak.
🌿Baju-baju kotor angkat, jangan bersepah tak tentu hala. Senang kata, jangan “longgok”. Sakit mata tengok.
🌿Sampah-sampah sila lah buang. Tunjuk contoh yang baik depan anak, nanti lama-lama anak tu sendiri akan follow apa parents buat. Dekat sinilah bermulanya sifat jaga kebersihan.
🌿Tukar cadar. Cuci cadar.
🌿Always remind anak, jaga bilik elok-elok. Awak tu pompuannn😂Kena senonoh sikit.hehe.Create awareness dari kecik. Sebenarnya anak lelaki pun kena didik jugak, cuma anak lelaki ni diorang ada sifat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lelaki ni kena remind banyak kali baru dia dengar.
Bila wangi, automatic anak nak tidur pun selesa sampaikan esok tu tak nak bangun pi sekolah!🤣
Personally bilik tidur budak-budak ni tak besar pun takpe. Janji berkemas. Dan yes bilik bersepah tu standard la. Nama pun budak-budak tapi janganlah sampai bersepah.
P/s : Harini tukar tema bilik. Tukar tema My Little Pony. Tu pun balik nanti mesti masing-masing terperanjat Kak Nina & Hasya. Silap-silap hero sorang tu pun, Umar dia lagi over terperanjat walaupun dia tau ni bilik gegirl😆
Love, Ibu anak 4❤️
Diharapkan dengan perkongsian dari Irine ini dapat memberi inspirasi kepada para ibu yang masih merancang untuk mengadakan bilik untuk anak-anak. Jika sudah terbiasa dari kecil, sampai besar pun mereka akan tahu cara menjaga kebersihan bilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perut bayi kembung bersama muntah dan demam boleh menjadi tanda masalah kesihatan serius. Ketahui punca, tanda bahaya dan cara membantu bayi dengan selamat.