Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan kehadiran anak untuk melengkapkan keluarga. Namun perlu diketahui untuk memastikan semua pada tahap yang baik, 5 faktor ini perlu ditahap yang baik sebelum hamil atau menambah bilangan anak.
Prof Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dan Penyelaras Unit Perancangan Keluarga PPUKM yang ditemui dalam forum pakar bertajuk “Sex Sense For Married Millenials-Intimacy, Family & Health” yang dianjurkan oleh Durex Malaysia baru-baru ini telah mengupas mengenai faktor-faktor yang perlu difikirkan oleh setiap pasangan sebelum memilih untuk memulakan sebuah keluarga.
#1 Keupayaan dalam konteks fizikal
Keupayaan dalam konteks fizikal perlu dinilai sebelum mengambil keputusan memulakan keluarga. Dalam perkara ini, ia mengambil kira tentang kesihatan kedua-dua bakal ibu dan papa. Terutama sekali bagi ibu, perlu sihat.
“Selalu saya nasihatkan kalau ibu mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya kena pastikan doktor mesti maklumkan kepada dia dia ok atau tidak untuk mengandung. Kalau tidak, memang tidak boleh. Ada kes di mana buah pinggang rosak, barulah jumpa doktor. Dan ini sudah terlalu lambat,” kata beliau.
#2 Keupayaan ekonomi
Keupayaan yang kedua ialah keupayaan ekonomi. Walau pun wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang. Maka keupayaan ekonomi amat penting.
#3 Kesediaan emosi
“Kesediaan emosi atau emotional readiness ialah seringkali jarang disebut dalam merancang keluarga.
Ads
“Perkara ini banyak bergantung kepada ibu. Misalnya yang pasangan yang mengandung setiap tahun sedangkan si ibu tiada kesediaan emosi, ini akan menyebabkan si ibu terbeban dengan pelbagai perkara.”
#4 Keluangan masa
“Anda perlu ada masa untuk keluarga. Tidak boleh semua kena jarak jauh sahaja. Contohnya sudah 7 tahun kahwin tetapi masih jarak jauh. Suami isteri mesti tinggal sekali.”
Prof Dr Harlina juga mengulas tentang faktor keluangan masa dalam membina sebuah. Setiap pasangan mesti memastikan masa yang boleh diperuntukkan kepada keluarga mencukupi.
Khususnya bagi pasangan yang mempunyai jarak jauh, perkara ini perlu difikirkan sedalam-dalamnnya. Perlu ada solusi segera kerana suami isteri perlu tinggal bersama-sama untuk memastikan salah satu pihak tidak terbeban.
Ads
#5 Sokongan sosial
Yang kelima pula ialah sokongan sosial.
KALAU WANITA SIHAT, SEMUA METHOD MERANCANG KELUARGA BOLEH DIGUNA
Bila ada kelima-lima ini barulah kita boleh mulakan sebuah keluarga. Dan sekiranya belum bersedia, perlu ada satu kaedah yang efektif untuk menjarakkan kehamilan. Sekiranya wanita itu sihat, tiada apa-apa masalah kesihatan, semua method perancang keluarga boleh diguna pakai.
Bagi pasangan yang belum ada anak misalnya, dan tidak mahu memakan pil perancang keluarga boleh cuba kaedah perancangan keluarga lelaki (seperti kondom). Banyak cara perancangan yang ada, cuma nak atau tidak sahaja.
GUNA KAEDAH YANG SUDAH TERBUKTI CARA SAINTIFIK
Ads
Prof Dr Harlina juga menasihatkan, pasangan berkahwin yang mahu menjarakkan kehamilan perlu menggunakan kaedah yang terbukti secara saintifik.
“Jangan menggunakan kaedah yang tiada bukti keberkesanan kerana ia mungkin tidak cekap untuk menjarakkan kehamilan dan mungkin boleh menimbulkan masalah kesihatan yang lain.”
WANITA YANG BELUM ADA ANAK TIADA HALANGAN AMBIL PIL PERANCANG
“Tiada halangan bagi wanita berkahwin yang masih belum mengandung tapi ingin mengambil pil perancang.
“Banyak mitos yang tidak betul berlegar di mana mengatakan bila dah makan pil, nanti bila nak mengandung tak boleh mengandung. Semua itu kena tanya pendapat doktor terlebih dahulu.
“Pada pandangan saya, kalau pasangan ini sudah betul-betul belum bersedia, cuba dapatkan kaedah yang bersesuaian. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan maklumat. Itu yang paling penting sekali,” jelas beliau.
Soal ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Jodoh kita adalah urusan Allah SWT dan hanya Dia yang tahu siapakah bakal dijodohkan dengan kita.
Selepas bertemu jodoh dan berkahwin, pastinya hati dan jiwa kita tidak lagi terasa kosong. Masing-masing mempunyai harapan tersendiri terhadap pasangan yang diidam-idamkan. Namun, selepas lama mendirikan rumah tangga, baru terasa ada yang tak kena dan sukar pula nak dapat persefahaman.
Mengapa perkara sebegini berlaku? Semasa bercinta, setiap pasangan kekasih biasanya akan mempamerkan sikap dan personaliti sangat ideal. Masing-masing menyembunyikan kelemahan diri supaya dapat menambat hati pasangan.
Apabila sudah berkahwin, barulah segala rahsia serta kelemahan diri terbongkar. Perkahwinan menuntut persefahaman dan jalinan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pasangan. Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, begitu juga isteri berusaha mengenali suami.
Menerusi perkongsian Ustazah Asma Harun, jika suami isteri ada masalah ini, jalan penyelesaiannya terletak dalam diri pasangan itu sendiri. Jika ada masalah suami atau isteri asyik mengadu pada orang lain dan menyalahkan pasangan sampai bila nak selesai?
Jaga Hak Allah, Allah Jaga Kita
Kena ingat setiap ujian yang berlaku itu datangnya dari Allah. Penyelesaian yang kita kena buat pun mesti kembali pada Allah.
Kalau suami isteri nak berubah tapi dua-dua tak bersungguh tak akan dapat hasil yang baik. Mesti faham sekiranya kita jaga hak Allah, jaga hubungan dengan Allah, pastinya Allah akan jaga diri kita dengan baik.
Perlu ingat, jika kita ada masalah ubatnya hanya satu. Betulkan solat, istighfar banyak kali, selawat, keluarkan zakat dan sedekah. Pegang semua ni, apa sahaja yang kita buat pasti Allah akan permudahkan dan hidup pun tenang.
Penting juga kita faham sekiranya kita jaga semua hak Allah, Allah akan ada depan kita. Minta tolong sungguh-sungguh dengan Allah, pastinya dapat.
Ini kelebihan jaga apa Allah minta kita buat. Apa yang Allah larang kita tinggal. Pegang dua point ini pengakhirannya kita rasa mudah dan tiada masalah.
Jika rasa ada yang tak kena lagi, suami isteri kena sama-sama hidupkan suasana dalam rumah tangga. Jadikan rumah tangga kita ni tempat untuk menyuburkan rasa kasih sayang.
Ingat Allah uji sebab Dia sayang. Kita yang kena kuat, cari jalan dan ingat Dia selalu, Musibah yang menimpa dalam rumah tangga itu ujian kecil Allah untuk tengok setakat mana level kita untuk terus kuat dengan pasangan.
Sentiasa imarahkan rumah tangga dengan keberkatan, hujungnya akan ada manis yang kita akan kecapi bersama pasangan.
Berbanding cendawan lain, cendawan enoki yang panjang paling sukar untuk dikesan samada ia masih segar ataupun tidak. Jadi bagaimana nak pilih yang segar untuk dimasak pada anak-anak?
Tip yang dikongsikan oleh Chef Deedee Mansor ini pasti boleh membantu kita untuk memilih di pasar. Jom cuba.
Petua Pilih Cendawan Enoki Segar
1) Nak pilih enoki, pilih yang macam belah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan dah kembang masuk angin dan air.
2) Bila picit, rasa macam span basuh pinggan dan bukan rasa macam lembik dan berair.
3) Tengok warna yang belah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.
4) Check vacum pack dan pastikan tak masuk angin lagi.
Lepas ini dah tahu kan macam mana nak pilih cendawan enoki ni? Harap ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Bila anak dah semakin bijak dan pandai berdikari, anak dah tunjuk independence – sebab dia boleh memilih sama ada nak buat atau tak nak buat.
Waktu ni memang challenging nak minta anak lakukan sesuatu dan bekerjasama dengan kita. Tapi apa yang kebanyakan ibu bapa akan buat?
Biasanya mereka akan:
1. Marah anak
– Bertempik kuat-kuat dan menggunakan suara yang tinggi gegak gempita, anak melakukan tapi bukan atas kehendak sendiri tapi kerana takutkan anda.
Kesannya bila anda tak ada, anak takkan buat pun. Kesannya intelligence anak berkurang dan anak kurang confidence. Kesannya anak lebih ganas lebih liar kerana reptilian brain anak dalam survival mode.
2. Blame anak, salahkan anak
– sambil membebel anda pun – korang ni…menyepah je. Baru kemas 10 minit dah sepah lagi. Penatlah dari tadi mak mengemas. Menyusahkan orang je.
Ingat ye..kata-kata anda akan menjadi suara dalam diri anak. Bila anda selalu salahkan anak, anak akan selalu salahkan diri. Anak mudah tertekan. Anak selalu berasa diri jadi mangsa.
3. Ugut anak
– Kalau awak tak kemas, mommy buang semua barang awak keluar!
– Boleh jadi dua kesan. Kalau anda tak buang sekiranya anak tak kemas, anak hilang rasa hormat sebab anda tak buat apa yg anda kata.
– Tapi kalau anda buang, anak akan buat out of takut sama macam kesan dimarah tadi.
Habis tu…nak buat apa. Semua tak boleh buat.
Sebenarnya ada step untuk meminta kerjasama anak.
1. Beritahu apa anda nampak: Atif, mommy nampak milo atas lantai.
2. Beri maklumat: Kalau milo atas lantai, nanti lantai kotor… ants datang. nanti cockroach datang..takut tak?
3. Beri pilihan: Atif boleh nak buang kat dustbin kt office atau kat belakang
4. Tulis nota: (ni mak saya selalu buat) – Selepas minum milo kotak, sila buang di tong sampah!
5. Beritahu perasaan anda : Mommy sad lah tengok milo kotak dah minum buang je atas lantai.
Sebenarnya, anak kita bukan taknak dengar kita cakap. Tapi dia tak faham kenapa dia kena ikut dan bekerjasama dengan kita. Dia takde motivation pun untuk buang sampah sampailah kita beritahu apa kesan sekiranya dia tak buang.
Benda ni kena praktis hari-hari. Kalau sekali buat memang tak jalan especially kita dah terbiasa marah dan ugut anak untuk dengar kata kita.
Anak yang dah besar bukan dah taknak dengar kata tapi kita yang salah cara. Anak kita kan kain putih kita yang corakkan dia sama ada nak dengar kata atau tak dengar kata.
Kita tak nak besarkan pak turut
Kita nak besarkan anak yang boleh fikir mana baik dan buruk
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.