Nak tengok anak kita jadi apa 3 tahun akan datang, tengok bagaimana kita pada hari ini.
Bagaimana kita mengurus stres hari ini, mencerminkan cara anak urus stres 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita bercakap dengan anak pada hari ini, mencerminkan bagaimana anak bercakap dengan orang lain 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita menjaga kebersihan pada hari ini, mencerminkan cara anak jaga kebersihan 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita melayani anak pada hari ini, mencerminkan bagaimana anak bagi respon pada kita 3 tahun akan datang.
Ads
Bagaimana rutin kita pada hari ini, membentuk disiplin anak pada 3 tahun akan datang.
Kadang-kadang, cara kita gaduh dengan pasangan pun anak-anak tiru bila bergaduh sesama adik beradik. Haih!
Kerana itu menjadi ibu bapa bukan semata-mata mendidik anak-anak. Tapi juga mendidik diri sendiri. Untuk menjadi versi diri yang lebih baik.
Sebab apa? Sebab anak-anak tak ikut pun apa yang kita cakap. Tapi mereka mudah tiru apa yang kita buat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri. Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang dah pandai memerhati dan meniru perlakuan.
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
7 perangai anak akan belajar atau tiru dari ibu bapa adalah:
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melayari kehidupan berumah tangga selama 7 tahun, kemesraan Siti Sarah dan Shuib sentiasa menjadi perhatian peminatnya di Instagram dan ada juga menjadikan mereka pasangan contoh.
Sempena ulang tahun kelahiran Sarah, Shuib memberi ucapan yang cukup bermakna buat cinta hatinya.
Selamat Hari Lahir kesayangan dunia akhirat Insyaallah. Semoga Allah kurniakan ibu segala rahmat dan kebaikan dunia dan akhirat.
Semoga Allah merahmati kita hingga ke Jannah…Istiqamah dalam cinta, kasih dan sayang. Love U
Malah menerusi status Sarah tiga hari lalu, dia juga turut berdoa agar Allah mengizinkan cinta mereka kekal selamanya sehingga ke syurga selain mengucapkan selamat hari jadi kepada Shuib.
“Moga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga. Happy brithday suami,” tulisnya.
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Menerusi status sama, Sarah juga turut berdoa agar Shuib diberi umur yang panjang dan rezeki yang murah agar dapat memberi lebih manfaat dan berbakti kepada orang lain.
Penyanyi yang popular dengan lagu Semakin itu turut berdoa agar rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu itu sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
“Moga diampuni segala dosa suami ku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manfaat hidupnya untuk sekalian alam, dimurahkan rezekinya supaya lebih banyak amal yang dapat dilakukan.
“Lebih berjaya, aman rumah tangga, moga suami ku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia… Amin amin amin ya robbal alamin.
Sarah juga turut mengucapkan penghargaan kepada ibu mertuanya, Salamiah Jalani kerana telah melahirkan Shuib dan menjadi teman hidupnya.
“Terima kasih Allah mencipta suami ku… Terima kasih @amy_salmi melahirkan suami ku… Terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.
Sumber: ig Siti Sarah & Shuib
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam menempuhi alam perkahwinan pasti sekali kita pernah bergaduh, berselisih faham dengan pasangan. Namun bagaimana cara kita menerima dan menyelesaikan masalah menentukan kukuh atau tak hubungan itu. Sedangkan lidah lagi tegigit, inikan pula suami isteri.
Perkongsian ini mungkin sedikit sebanyak memberikan kita kesedaran tentang betapa banyak yang telah pasangan kita mengalah dan berkorban untuk kita.
So recently, we had a fight. A typical husband-wife fight. Cuma kali ni lebih intense. Bila keadaan kembali tenang, suami ajak sit down berdua untuk re-audit and re-align our relationship.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ye lah kan. Dah 10 tahun kawen, banyak benda berubah. Cinta dah tak semekar dulu. Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni hahah. But apparently, semua yang dirasakan best masa awal2 kawen dulu, semakin hambar. Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semuaaaa benda yang kitorang tak puas hati with each other dan semua benda yang kitorang harap pasangan dapat improve lepas ni.
Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis2 ni. Tangan jadi machine gun terus. Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim pompuannn.
Settle senaraikan semuanya, tiba lah masa untuk duduk berbincang hati ke hati. He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote. I read it point by point. Page by page.
He gave 100% attention and didn’t say a word.
Habis je aku baca semua, suami jawab, “Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya.”
Dan dia diam semula. “Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?” I urged him to read his list. Dia senyum je.
Sambil geleng, dia cakap. “Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je.” Aku terus menyirap, tak puas hati dengan jawapan suami. “Tipu lah. Takkan takde apa2. Tak payah la nak ambik hati. Cakap je.”
He smiled and replied, “10 tahun papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa taknak.”
“Kenapa taknak?”
“Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalaupun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama.” I cried, and we hugged each other. Sekian perbincangan hati ke hati. Penat tangan aku transform jadi machine gun dan tulis panjang-panjang.
Tapi ada 5 perkara yang aku belajar:
1. As a wife, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami.
2. Makin lama kawen, makin banyak lah kekurangan masing2 terbongkar, dan makin banyak lah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa– pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.
3. Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri– adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.
4. Kadang2 kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.
5. Ada banyak benda yang we can never develop alone. Even our own growth needs someone to respond– someone very intimate yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it’s a friendship.
Semoga perkongsian malam ni bermanfaat.
Jadi wahai bini-bini sekalian, udah-udah la tu mengungkit. Bukan boleh menang shopee coin pun.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...