Melayari kehidupan berumah tangga selama 7 tahun, kemesraan Siti Sarah dan Shuib sentiasa menjadi perhatian peminatnya di Instagram dan ada juga menjadikan mereka pasangan contoh.
Sempena ulang tahun kelahiran Sarah, Shuib memberi ucapan yang cukup bermakna buat cinta hatinya.
Selamat Hari Lahir kesayangan dunia akhirat Insyaallah. Semoga Allah kurniakan ibu segala rahmat dan kebaikan dunia dan akhirat.
Semoga Allah merahmati kita hingga ke Jannah…Istiqamah dalam cinta, kasih dan sayang. Love U
Malah menerusi status Sarah tiga hari lalu, dia juga turut berdoa agar Allah mengizinkan cinta mereka kekal selamanya sehingga ke syurga selain mengucapkan selamat hari jadi kepada Shuib.
“Moga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga. Happy brithday suami,” tulisnya.
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Menerusi status sama, Sarah juga turut berdoa agar Shuib diberi umur yang panjang dan rezeki yang murah agar dapat memberi lebih manfaat dan berbakti kepada orang lain.
Ads
Penyanyi yang popular dengan lagu Semakin itu turut berdoa agar rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu itu sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
“Moga diampuni segala dosa suami ku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manfaat hidupnya untuk sekalian alam, dimurahkan rezekinya supaya lebih banyak amal yang dapat dilakukan.
“Lebih berjaya, aman rumah tangga, moga suami ku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia… Amin amin amin ya robbal alamin.
Ads
Sarah juga turut mengucapkan penghargaan kepada ibu mertuanya, Salamiah Jalani kerana telah melahirkan Shuib dan menjadi teman hidupnya.
“Terima kasih Allah mencipta suami ku… Terima kasih @amy_salmi melahirkan suami ku… Terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.
Sumber: ig Siti Sarah & Shuib
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir hayat. Namun tak semua impian menjadi kenyataan. Di manakah silapnya? Ikuti perkongsian ini.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je.
Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang
“Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.” Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no 🙅🏻♀️🙅🏻♀️🙅🏻♀️
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 😢
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk : •UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan. Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident.
Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab. Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama. “Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak pasti akan manja dan rapat dengan ayahnya jika boleh dibuat ‘geng’ dan tidak garang. Menjadi ayah yang tidak garang bukan bererti anda membenarkan anak-anak hilang hormat dan ‘memijak’ kredibiliti anda.
Ada cara untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni dengan cara yang lembut tetapi impaknya ‘dalam’. Seorang isteri menginkan suami yang bertoleransi serta romantik, manakala anak-anak mahukan ayah yang sporting dan berkaliber.
Lelaki kelakar bukan sahaja boleh menjadi suami yang menyenangkan, tetapi akan menjadi penghibur tetap anak-anak. Ada beberapa sebab mengapa suami dan ayah yang kelakar itu sangat dihargai oleh keluarganya:
Suami yang kelakar pandai mencari jalan untuk membahagiakan isterinya tanpa perlu berusaha keras. Dia pandai mencari titik ketawa dalam diri isterinya. Ayah yang kelakar pula biasanya menjadi ‘pak karut’ dalam rumah yang selalu menjadi penghibur dalam rumah. Malahan, ayah yang kelakar mudah didekati dan membuatkan anak-anak suka berkongsi cerita dengan mereka.
Suami dan ayah yang kelakar pandai mengawal keadaan. Semasa keluarganya dalam keadaan bersedih, mereka akan mencuba sehabis daya untuk mengembalikan keceriaan insan-insan tersayang. Suami dan ayah yang kelakar juga tidak mudah marah tetapi sentiasa bertenang berhadapan dengan situasi tidak terjangka.
Suami dan ayah yang lucu ni biasanya tidak suka memikirkan sesuatu perkara terlalu serius pada saat-saat tegang. Mereka akan mengawal situasi ketika itu dan pada masa yang sama berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Yang bagusnya, suami atau ayah yang kelakar tidak suka membebankan keluarganya. Mereka akan mewujudkan suasana tenang dan memujuk keluarganya untuk tidak terlalu stres.
Ini mungkin yang membuatkan si isteri dan anak-anak paling suka. Bila suami kelakar ni, isteri nak berkongsi cerita pun jadi selesa. Lebih-lebih lagi selepas isteri buat salah, tak adalah ‘cuak’ sangat nak mengaku.
Untuk anak-anak pula, kalau ada buat perkara yang salah mereka tidak takut mengakui kesalahan mereka. Ayah yang kelakar tidak akan marah dengan kasar, tetapi menggunakan pendekatan untuk menasihatkan mereka.
Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Lelaki lebih rasional, wanita lebih beremosi
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.
Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah.