“Nak Tengok Muka Baby” Fila Amir Enggan Kongsi Wajah Anak, Mahu Elak Penyakit Ain!

Share

Biarpun anak kesayangannya kini sudah pun berusia dua bulan, namun personaliti media sosial, Fila Amir enggan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bagi mengelakkan penyakit ain.

Fila memuat naik satu hantaran di TikTok yang ketika itu merakam momen kepulangan suami, Adama selepas dua bulan meninggalkannya atas urusan kerja.

Tambah Fila lagi, dia belum bersedia berkongsi wajah anaknya malah menjawab pertanyaan pengikutnya berkenaan hal itu.

Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang kurang senang melihat wajah anak pasangan tersebut yang masih dikaburkan.

“Anak sudah dua bulan, kenapa nak kaburkan lagi? Nak tengok muka baby,” tulisnya pengikutnya di ruangan komen.

Tidak berdiam diri, Fila kemudiannya membalas komen tersebut dan mempertahankan tindakannya itu demi kesihatan anaknya.

“Nak elak daripada penyakit ain dari orang macam awak,” tulisnya ringkas.

Kenyataan Fila itu mendapat sokongan daripada warganet yang turut melakukan perkara sama terhadap anak mereka.

Sekadar info, Fila dan suaminya selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas lima tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).

Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea, Afrika mendirikan rumah tangga mereka pada 26 April 2019.

Sumber: TikTok Fila Adama

Published by
SRM