Siapa sangka naluri seorang isteri yang terbayang suami akan terlibat dengan kemalangan benar-benar berlaku sedangkan pada waktu itu kejadian tersebut belum berlaku lagi.

Namun itulah yang dilalui oleh seorang isteri, Rafidah Mat Isa selepas kehilangan dua insan tersayang serentak selepas suami dan anak lelakinya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori.

Naluri Isteri Terbayang Suami Kemalangan Betul! Niat Ziarah Kubur Arwah Ibu Tak Kesampaian

Pulang ke kampung ziarah kubur

Difahamkan dua beranak itu dalam perjalanan nak menziarahi kubur arwah ibu suaminya yang meninggal dunia ketika Mac lalu dan baru berkesempatan berikutan sebelum ini PKP.

Menerusi laporan Harian Metro, Allahyarham Mohd Subir Mahamad Isa dan anak tirinya berusia 8 tahun iaitu Muhamad Rayan Danish Abdullah disahkah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang melibatkan motosikal ditunggang mereka dan sebuah lori simen.

IKLAN

Menurut sumber, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu lori tersebut sehingga membuatkan kedua-dua mangsa tersepit di bahagian tayar lori.

Menceritakan kisah itu, si isteri memberitahu kejadian berlaku ketika suami dan anaknya dalam perjalanan dari kediaman mereka di Juru, Bukit Mertajam menuju ke kampung halaman yang terletak Kuala Kangsar, Perak. Tujuan mereka ke sana adalah untuk menziarahi kubur ibu suaminya yang telah meninggal dunia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pada 27 Mac 2020 yang lalu.

Naluri Isteri Terbayang Suami Kemalangan Betul! Niat Ziarah Kubur Arwah Ibu Tak Kesampaian

Arwah suami dan anak pulang ke kampung untuk menziarahi kubur ibu arwah memandangkan baru kali ini berkesempatan, namun tidak sangka akhirnya mereka berdua dikebumikan berdekatan kubur arwah ibu mentua.

IKLAN

Suami seolah-olah tahu akan pergi 

Difahamkan, sejak daripada ibunya meninggal dunia, Allahyarham dikatakan tidak pernah berkesempatan untuk menziarahi kubur tersebut berikutan daripada masalah kesihatan yang dialaminya.

Tetapi sayangnya, hajat Allahyarham tidak kesampaian. Tambah Rafidah lagi, selain menziarahi kubur, Allahyarham juga pulang ke kampung untuk menguruskan urusan zakat dan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

IKLAN

Naluri Isteri Terbayang Suami Kemalangan Betul! Niat Ziarah Kubur Arwah Ibu Tak Kesampaian

Malam Ahad lalu, arwah suami ada mengatakan hayatnya sudah tidak lama susulan kanser dihadapinya. Awal pagi tadi sewaktu arwah menghantar saya ke rumah majikan saya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 5 pagi, kata-kata itu sentiasa bermain di fikiran saya.

Menurut Rafidah, sepanjang perjalanan dia terbayang akan suaminya itu terlibat dalam kemalangan membabitkan lori sedangkan tragedi tersebut belum lagi berlaku. Tetapi tanpa disangka-sangka tragedi ngeri itu benar-benar berlaku.

Jenazah Allahyarham Mohd Subir Mahamad Isa dan Muhamad Rayan Danish telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI