Selepas selamat menimang anak keempatnya pada 30 Mei lalu, pencetus ummah atau PU Amin kini tampil mengumumkan nama yang cukup indah pada anak perempuannya itu pada hari ketujuh kelahirannya.

Menerusi Instagramnya semalam, PU Amin tampil berkongsi nama penuh indah buat bayi perempuan yang menjadi penyeri keluarga penceramah bebas ini.

“Nama Indah, Makna Pun Elok” Sunat Hari Ke-7 Kelahiran, PU Amin Kongsi Nama Anak!

 

PU Amin dan isteri sepakat menamakan puteri comelnya itu dengan nama Maryam Syifa. Cantik dan cukup sedap didengar malah mempunyai makna yang cukup baik.

“Maryam Syifa. Hari 7 di dunia ini. Sambil dengar selawat kita bercukur dan beri nama,” kongsi PU Amin ringkas.

“Nama Indah, Makna Pun Elok” Sunat Hari Ke-7 Kelahiran, PU Amin Kongsi Nama Anak!

Dalam pada itu, bapa penyayang kepada empat orang cahaya mata ini juga turut memohon doa agar Allah mengurniakan akhlak yang baik buat anak perempuan yang baru seminggu dilahirkan itu.

“Moga Allah kurnia akhlak yang baik dan ilmu yang bermanfaat buat Maryam Syifa,” tulisnya lagi.

“Nama Indah, Makna Pun Elok” Sunat Hari Ke-7 Kelahiran, PU Amin Kongsi Nama Anak!

IKLAN

Tidak hanya mendoakan anaknya, bahkan dikesempatan itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pengikut yang turut sama mendoakan isteri dan anaknya sepanjang proses kelahiran itu.

Malah turut sama mendoakan agar dipermudahkan rezeki zuriat bagi yang menanti zuriat sekian lama.

“Nama Indah, Makna Pun Elok” Sunat Hari Ke-7 Kelahiran, PU Amin Kongsi Nama Anak!

 

 

“Terima kasih atas doa doa kalian. Saya doakan juga agar zuriat kalian dipelihara Allah. Buat yang menanti cahaya mata, semoga Allah segerakan hajat kalian semua. Allah Maha Mendengar,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

IKLAN

Seminggu yang lalu, PU Amin turut berkongsi sekeping gambar bersama anak perempuannya yang baru dilahirkan.

Terdahulu, PU Amin mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nur Hazwani Ibrahim. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki.

Menarik: Thank You Allah, Pakai Baju Pink Sambut Kelahiran Anak, PU Amin Timang Anak Keempat!

“Nama Indah, Makna Pun Elok” Sunat Hari Ke-7 Kelahiran, PU Amin Kongsi Nama Anak!

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

“Nama Indah, Makna Pun Elok” Sunat Hari Ke-7 Kelahiran, PU Amin Kongsi Nama Anak!

IKLAN

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Nak shopping dan cuci mata, jom ke SINI. 

Kredit: @pencetusummah_amin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI