Ads

“Momen Anak-Anak Salam Cium Tangan, Hantar Anak Sekolah Cukup Berharga” – Syed Saddiq

"Momen Anak-Anak Salam Cium Tangan, Hantar Anak Sekolah Cukup Berharga" – Syed Saddiq

Kehidupan selepas berumah tangga pastinya membawa perubahan besar, lebih-lebih lagi apabila seseorang yang sebelum ini hidup bersendirian kini mempunyai isteri dan anak-anak untuk diberikan perhatian serta kasih sayang.

Begitulah yang dirasai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mengakui kehidupannya berubah sepenuhnya selepas sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah pada 10 Oktober lalu.

Menerusi ucapan panjangnya pada majlis resepsi perkahwinan bersama Bella Astillah malam tadi, Ahli Parlimen Muar itu mengakui bahawa rutin hariannya kini berubah sepenuhnya selepas melangkah ke alam rumah tangga.

Daripada seorang lelaki yang dahulunya bebas mengatur rutin harian sendiri, kini setiap pagi Syed Saddiq mempunyai tanggungjawab baharu, termasuk menguruskan keperluan dua anak Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna sebelum menghantar mereka ke sekolah.

Bagaimanapun, perubahan tersebut bukanlah sesuatu yang membebankan. Sebaliknya, Syed Saddiq menyifatkan momen kecil bersama anak-anak, terutama ketika mereka bersalaman dan mencium tangan sebelum ke sekolah, sebagai pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.

"Momen Anak-Anak Salam Cium Tangan, Hantar Anak Sekolah Cukup Berharga" – Syed Saddiq

Rutin Pagi Syed Saddiq Berubah, Kini Utamakan Isteri Dan Anak-Anak

Menerusi perkongsian di Instagram TeamSaddiq, Syed Saddiq, 33, mengakui kehidupannya kini berubah 100 peratus selepas mendirikan rumah tangga bersama Bella.

Jika sebelum ini dia memulakan pagi dengan aktiviti bersukan sejurus selesai menunaikan solat Subuh, kini rutin tersebut perlu disesuaikan dengan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Malah, meskipun perlu menempuh perjalanan yang agak jauh ke tempat kerja di Ampang, Syed Saddiq tetap berasa gembira dapat meluangkan masa menguruskan anak-anak sebelum mereka memulakan sesi persekolahan.

“Seratus peratus hidup berubah. Sebelum ini hanya ada saya sahaja di rumah, tetapi sekarang bukan setakat isteri di sisi setiap pagi, malah ada dua orang anak sekali. Bagi saya, ini adalah sesuatu yang sangat mahal harganya.

Ads

“Dulu saya bangun awal untuk bersukan, tetapi sekarang rutin itu perlu diubah suai bagi menyiapkan anak-anak ke sekolah.

“Walaupun tempat kerja saya di Ampang dan jaraknya bukanlah dekat dengan kediaman, saya tetap gembira melakukannya,” katanya.

"Momen Anak-Anak Salam Cium Tangan, Hantar Anak Sekolah Cukup Berharga" – Syed Saddiq

Momen Anak-Anak Bersalam Sebelum Ke Sekolah Cukup Bermakna

Berkongsi mengenai proses menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga, bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengakui dirinya dapat menerima perubahan tersebut dengan baik.

Baginya, tanggungjawab menguruskan isteri dan anak-anak bukanlah satu beban, sebaliknya menjadi pengalaman baharu yang memberikan makna lebih mendalam dalam kehidupan sehariannya.

Apa yang paling menyentuh hati, Syed Saddiq turut menghargai momen sederhana apabila anak-anak bersalaman dengannya sebelum melangkah keluar untuk ke sekolah.

Walaupun kelihatan seperti rutin biasa dalam sesebuah keluarga, detik kecil itu cukup besar nilainya buat dirinya yang kini menikmati pengalaman bergelar seorang bapa.

Ads

“Saya beradaptasi dengan baik. Momen apabila anak-anak bersalam tangan sebelum ke sekolah itu sangat berharga.

“Walaupun mungkin ada yang melihat perubahan ini sebagai sesuatu yang radikal kerana perlu menguruskan isteri dan anak-anak, pada saya, mereka adalah kekuatan untuk saya terus berjuang serta mengubah perspektif saya dalam banyak perkara,” jelasnya lagi.

"Momen Anak-Anak Salam Cium Tangan, Hantar Anak Sekolah Cukup Berharga" – Syed Saddiq

Ucapan Panjang Buat Isteri Tercinta Dan Anak

Dalam pada itu, Syed Saddiq semalam turut meluahkan rasa syukur dan kasih sayangnya terhadap Bella, malah menyifatkan dirinya sebagai lelaki paling bertuah di dunia.

“I am the luckiest man in the world,” luahnya.

Beliau turut mengimbas bagaimana hubungan mereka yang pada awalnya bermula sebagai pasangan kerja dalam usaha membantu rakyat, akhirnya bertukar menjadi pasangan hidup.

Ads

Bukan sahaja terhadap Bella, Syed Saddiq turut menzahirkan kasih sayang yang tulus buat dua anak isterinya, Ayden dan Ara, serta berjanji untuk membahagiakan mereka sekeluarga.

"Momen Anak-Anak Salam Cium Tangan, Hantar Anak Sekolah Cukup Berharga" – Syed Saddiq

Dalam ucapannya pada majlis resepsi itu, beliau turut mempertahankan dan memuji keperibadian Bella yang disifatkan sebagai seorang wanita kuat, baik hati serta memiliki sifat empati yang tinggi terhadap orang lain.

Terdahulu, Syed Saddiq sah bergelar suami kepada Bella Astillah dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di aras 118, Menara Merdeka Maybank pada 10 Oktober lalu.

Bella sebelum ini mempunyai dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Instagram TeamSaddiq

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

“Saya Cuma Mahu Mommy Bahagia…” Baru 9 Tahun, Luahan Hati Ayden...

Ucapan Ayden Bella Astillah buat ramai sebak apabila anak kecil itu mengimbas kesedihan ibunya dan meluahkan rasa syukur melihat Bella kembali bahagia.