Nama pendek penuh makna pilihan ustaz don untuk anak ketiga. Don Sulaiman penyeri keluarga Ustaz Don Daniyal & Dr Husna Zahry.
Kelahiran Don Sulaiman diumumkan Dr Husna melalui Instagramnya setelah 7 hari bersalin. Don Sulaiman telah dilahirkan pada 11 Februari 2019 dengan berat 3.26kg.
Kata Dr Husna kehamilan dan kelahiran bayi ketiganya ini berbeza daripada pengalamannya sebelum ini.
Today is the seventh day of existence of the latest addition to our little family.. Introducing Don Sulaiman bin Don Daniyal bin Don Biyajid bin Mustafa bin Hamidon bin Abdul Qahar bin Sulaiman
Indeed having this 3rd child was a different experience altogether Be it during pregnancy, in labour and after birth..
Ads
But ala kulli hal, we are so grateful to be blessed with this little angel.. Thank you to everyone who sent well wishes and prayers and gifts.. May الله shower His blessings through all our children. Ameeen ♥️
Comelnya aksi si abang, Don Mustofa, 5 tahun & Don Ibrahim, 3 tahun, membacakan 5 ayat surah Toha & Surah Al-Fatihah untuk adik baru mereka, Don Sulaiman. Yang melucukan ialah apabila Don Ibrahim bertanya “Ibu ambil adik kat mana?”
Meroyan, istilah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin. Gerun kalau ia benar-benar terjadi dan jika tidak dirawat dari awal kerana boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi. Jadi, ibu selepas bersalin jangan ambil mudah kalau pernah alami 10 tanda ini.
Ia bermula dengan keadaan post partum baby blues yang hanya dialami oleh kira-kira 50% ibu baru bersalin dan akan hilang pada 10 hari selepas kelahiran. Manakala kemurungan selepas bersalin atau post partum depression pula ialah post partum baby blues yang berlanjutan melebihi dua minggu dan lebih mendalam.
Menurut pakar psikiatri, Dr Kasmini Kassim para ibu tidak boleh ambil mudah tentang perubahan emosi dalam masa awal selepas bersalin kerana ia boleh jadi salah satu petanda masalah emosi ini.
Psikosis dan kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius. Implikasi terhadap ibu dan bayi adalah merbahaya jika tidak dirawat dengan cara sewajarnya. Ia juga tidak boleh hanya dirawat dengan ubat-ubatan tradisional dan kaunseling sahaja.
3 KATEGORI IBU YANG BERISIKO ALAMI MEROYAN
11 TANDA MEROYAN YANG SERING DIALAMI IBU
#1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang
#2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.
#3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.
#4. Memencilkan diri atau bersendirian.
#5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.
#6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. .
#7. Ciri psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras.
#8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.
#9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.
#10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.
#11.Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.
PERANAN SUAMI/ AHLI KELUARGA/ PENJAGA
1. Suami khususnya jangan ambil mudah perasaan isteri di dalam tempoh selepas bersalin dan bantu dari segi pengurusan dirinya dan anak.
2. Sentiasa luangkan masa untuk berbual-bual dan menelefon isteri di rumah ketika di pejabat dengan lebih kerap.
3. Elakkan percanggahan pendapat, pergaduhan dan sebagainya yang boleh meningkatkan stres ibu.
4. Tidak ambil mudah perubahan emosi ibu. Ia tidak stabil dan berubah-ubah. Banyakkan bersabar melayani isteri.
5. Bantu si ibu menguruskan dirinya dan bayi dan berikan masa untuk ibu berehat dan tidur.
6. Sentiasa peka perubahan ibu. Sekiranya melihat tanda-tanda serius, bawa ibu terbabit mendapatkan rawatan dengan segera dan rujuk kepada bahagian psikiatri supaya gangguan emosi boleh ditangani awal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari?
Anda tahu tak bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup sehingga 48 jam lamanya!
Kad menu makanan tu boleh mengandungi sehingga 185,000 bakteria! Tapi jangan cemas, pegang je lah menu tu tapi sebelum makan dan sebelum pegang anak kita, cucilah tangan bersih bersih dulu.
Untuk anak kecil yang masih belum kuat pertahanan sistem imunnya, sebaiknya elakkan lah daripada menyentuh apalagi mengigit menu makanan tu. Kita tak tahu kuman jahat apa lagi yang membiak di situ.
p/s : Sebarkan pada mak ayah yang belum tahu. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu
Penyanyi Loca B, isteri kepada penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju mendedahkan anak keduanya, Bintang Aiko didiagnosis gastrosis sejak dalam kandungannya lagi menerusi perkongsian dalam Instagramnya beberapa hari yang lalu.
Loca memaklumkan bahawa bayi perempuannya itu didiagnosis dengan penyakit tersebut sejak awal kehamilan.
Gastrosis merupakan kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan.
“Doktor cakap setiap enam ke lapan bulan akan ada satu kes. Kes yang lebih teruk apabila bayi akan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan akhirnya mereka tidak berjaya untuk diselamatkan.
“Jadi saya telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sebab itu saya tidak mahu membeli banyak pakaian bayi kerana bimbang akan berakhir dengan emosi yang berat.
“Kami hanya membeli kerusi bayi sehari sebelum Bintang dibenarkan pulang dari hospital,” luahnya pada ruangan kapsyen hantaran video tersebut.
Dalam perkongsian tersebut juga, Loca B turut memaparkan keadaan bayinya yang didiagnos penyakit gastrosis itu.
Ibu yang masih dalam tempoh berpantang ketika itu juga berulang alik ke hospital setiap hari selama tiga minggu berturut-turut.
“Agak sukar apabila terpaksa melihat jarum dan tiub yang berselirat di tubuhnya, tapi NICU adalah tempat terbaik untuk dia.
“ Saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Bintang,” katanya lagi.
Apa yang dilalui dianggap sebagai ujian dan dugaan, apa yang berlaku menjadi pengajaran dalam kehidupan mereka. Namun mereka bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada orang sekeliling.
“Alhamdullilah Bintang Sembuh dengan cepat dan berada dalam keadaan baik.
“Ketika hendak meninggalkan NICU, jururawat ingin mengambil gambar Bintang.
“Kami bersyukur dapat membawa pulang bayi kami ke rumah,” ujarnya lagi
Semoga Bintang terus dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar normal seperti kanak-kanak yang lain.
Sumber: IG Loca B & Kosmo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!