Bila orang cakap dah bergelar ibu baru kita akan tahu perasaan sayang dan sentiasa nak lihat anak sihat memang betul. Walaupun luka sikit atau demam pun dah tak senang duduk.
Bagi isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila dia cukup risau apabila Jebat Jayden digigit nyamuk dan meninggalkan parut di dahinya.
Dalam entri instagram, Nabila meminta pendapat peminatnya untuk berkongsi cara menghilangkan parut gigitan nyamuk yang dah seminggu tapi masih lagi ada kesan.
Di ruangan komen ada yang mengesyorkan untuk mencuba rawatan tradisional dan tak kurang suruh guna je krim anti parut.
Ads
Ada juga yang berkongsi pengalaman dengan menggunakan susu badan dan sapu di tempat berkenaan.
Selain itu, cadangan dari ibu-ibu yang ada pengalaman sebelum ini mereka membiarkannya hilang sendiri. Cuma ambil sedikit masa.
Ads
Jebat Ikut Muka Mummy
Sementara itu, Jebat yang dah berusia 3 bulan kini mula jadi perhatian peminat mummy dan babanya.
Genap seminggu kelahiran cucu sulung dalam keluarga Datuk Ziela Jalil, satu majlis tahnik telah diadakan sekali dengan pengumuman nama.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Ziela Jalil di instagramnnya, majlis tahnik itu telah dilakukan oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.
Dalam pada itu juga, keluarga Ziela Jalil turut mengumumkan nama puteri sulung itu Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran.
Sebelum ini, Ziela berkongsi rasa keterujaannya apabila telah naik satu pangkat lagi bergelar nenek beserta beberapa keping gambar di ruangan ‘Instagram Story’ nya.
Beberapa minggu sebelum kelahiran Alayna, Ziela menganjurkan majlis doa selamat dan baby shower serba pink sambil menghitung detik kelahiran cucu pertamanya itu.
Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Sumber: ig Ziela Jalil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu muda yang mengalami keguguran, kurang arif tentang amalan berpantang yang sepatutnya dilakukan.
Sudahnya, ada yang tidak memberi perhatian sewajarnya kepada amalan berpantang keguguran secara tradisional.
Sebenarnya, rawatan pantang keguguran adalah sama penting seperti ibu berpantang selepas melahirkan anaknya.
Malah ada orang tua-tua berpendapat, pantang keguguran perlu diambil perhatian yang lebih serius kerana ia cenderung membuatkan anda terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang lainnya. Jika tidak dijaga dengan betul, anda mudah berasa sakit di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas keguguran.
Bidan zaman dahulu menggalakkan wanita yang mengalami keguguran menjalani amalan berpantang sama seperti ibu bersalin. Oleh sebab itulah, ada yang mengesyorkan supaya ibu keguguran berpantang selama 44 hari.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan zaman sekarang di mana kebanyakan wanita bekerjaya, maka agak sukar mengikuti cara ini. Namun, semasa bercuti sakit selama 14 hari itu, anda patut gunakannya dengan betul-betul mengikuti rutin berpantang. Jaga makan, pakai stoking, berbengkung, bertungku dan sebagainya.
Jika anda tergolong dalam kalangan orang yang rajin mengikut pantang-larang, amalkanlah cara pemakanan berpantang sama seperti yang diamalkan oleh ibu berpantang yang lainnya.
Pling tidak pun amalkan makanan yang seimbang dan mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Dalam pada itu, elakkan makanan berminyak, berlemak, makanan manis dan makanan segera. Seelok-eloknya banyakkan minum air suam atau panas dan makan makanan berkhasiat.
Sama seperti ibu berpantang yang lain, anda pun kena jaga dan hadkan pergerakan yang aktif sekurang-kurangnya untuk tempoh satu bulan selepas keguguran. Elakkan juga daripada mengangkat benda-benda berat.
Penjagaan rahim yang rapi selepas keguguran adalah sangat perlu. Jika rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke sistem tubuh lalu menyebabkan masalah kesihatan yang mungkin boleh mengundang maut.
Oleh sebab itulah, anda melakukan urutan, bertungku, mandi herba dan lain-lain. Rutin ini dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan dan memberi keselesaan dan kesegaran kepada tubuh.
Sepanjang tempoh ini juga, anda sangat digalakkan untuk memakai stoking dan memakai baju berlengan panjang bagi mengelakkan angin daripada memasuki badan.
Anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan intim dalam tempoh 14 hari selepas berlakunya keguguran. Mengikut kata orang lama, tunggulah sehingga satu bulan untuk ‘bersama’ suami semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepad Bekas bintang Akademi Fantasi kedua (AF2), Farah Anuar yang selamat melahirkan anak ketiganya pada 2 Oktober yang lalu.
Farah yang turut dikenali sebagai Farah Breep Breep berkongsi beberapa keping gambar comel bayi ketiganya di Instagram miliknya.
Memilih nama yang pendek dan ringkas, iaitu Ara Binti Johan buat anak ketiganya, Farah memperkenalkan si kecil mereka selepas cukup 7 hari melahirkan bayinya itu.
A post shared by Farah Anuar (@farahdianaanuar) on
Manakala di ruangan komen, Farah dihujani dengan ucapan tahniah dengan kehadiran bayi Ara dalam keluarga mereka. Rata-ratanya memuji kecomelan Ara yang kini berusia 7 hari.
Untuk rekod, Farah dan pasangan, Johan Johari yang merupakan seorang usahawan telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2011. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang puteri yang comel iaitu Elsa dan Mya.
Tahniah diucapkan kepada Farah dan pasangan atas kehadiran puteri ketiga mereka. Semoga baby Ara membesar dengan sihat dan penjadi permata untuk ibu dan ayahnya.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Memandangkan situasi Covid-19 masih lagi belum reda dan program on ground bersama followers Pa&Ma tidak dapat dilaksanakan, buat julung kalinya Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race SSPN x Pa&Ma secara virtual.
Dengan yuran penyertaan RM20, si comel akan mendapat akaun SSPN, t-shirt, medal dan e-sijil. Best kan?
Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan.
Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!