“Nama Unik & Senang Nak Sebut”, Selepas Dua Bulan, Feeya Iskandar Kongsi Nama Anak!

Share

Selepas selamat melahirkan bayi ketiganya pada 11 Februari lagi, penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar ataupun yang cukup mesra di sapa Cik Piah tampil berkongsi nama indah buat cahaya mata ketiganya itu.

Menerusi Media Hiburan, Cik Piah berkongsi nama indah penuh makna yang diberikan kepada anak lelakinya itu.

Mengulas mengenai kelahiran bayi ketiganya itu, penyampai radio berusia 32 tahun itu amat bersyukur kerana dianugerah bayi lelaki yang sihat walaupun pada mulanya dia dan suami amat menginginkan anak perempuan. Malah dia bersyukur rezeki zuriat yang dikurniakan Allah SWT.

Kini bayi ketiganya itu, sudah pun berusia dua bulan. Malah Feeya dan suaminya, sepakat menamakan bayi comel mereka dengan nama, Muhammad Zidane, bersempena nama pemain bola sepak Perancis, Zinedine Zidane.

“Assalamualaikum. Ini dia hero ke 3 cikpiah muhammad zidane nama di beri.

” Kami pilih nama Zidane bukanlah sebab kami peminat dengan pemain bola berkenaan tetapi kerana namanya yang unik dan mudah untuk disebut.

“Jadi atas persetujuan bersama suami, kami memilih nama Zidane untuk anak ketiga kami,” kongsinya lagi.

Terdahulu, rupanya Feeya dan suami pernah berharap untuk memiliki anak perempuan untuk bayi ketiganya itu, namun dia amat bersyukur apabila dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki yang menjadi penyeri keluarga.

“Jujurnya ketika sedang hamil kali ketiga, sebenarnya ramai juga yang berteka teki saya mungkin bakal melahirkan bayi perempuan melihatkan kepada keadaan saya ketika itu.

“Malah kalau nak ikutkan, memang boleh nak anak perempuan sebab saya dan suami sudah ada dua orang anak lelaki.

“Tapi bukan kita yang menentukan. Semua rezeki Dia yang bagi dan kami tetap bersyukur,” katanya berkongsi.

Feeya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015. Kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Adam Malique, 3, Nur Aryyan, 2 dan Muhammad Zidane, 2 bulan.

Artikel berkaitan:  Boboiboy Kuasa Tiga, Meriah Rumah Cik Piah, Tambah Lagi Hero Selepas 3 Tahun

Tak Nak Letak Harapan Yang Tinggi, Hamil 5 Bulan, Feeya Iskandar Harap Ada Rezeki Dapat Anak Perempuan

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Media Hiburan & @feeyaiskandar

IKLAN