Jika perkara lain mungkin masih boleh ditimbang tara namun memberikan susu badan kepada anak orang lain tanpa keizinan ibunya sendiri seakan sukar diterima akal.
Inilah halnya yang berlaku kepada seorang ibu muda, Afieqah Hasanah yang meluahkan rasa kesalnya bila diduga dengan ujian semacam ini.
Ketika dia sedang sibuk menguruskan majlis Aqiqah anaknya, anaknya yang menangis sempat disusukan dua kali orang lain tanpa keizinannya. Ibu mana yang sanggup menerimanya kerana ia menjadi darah daging.
Melalui akaun Tik Toknya, @afieqahhasanah ibu ini meluahkan rasa kecewanya.
Mengimbau kisah yang terjadi dua minggu lalu, katanya dia yang ketika itu sibuk menguruskan pelbagai hal mula curiga dengan tindakan seorang individu yang berpaling ke belakang seperti melakukan sesuatu.
“Benda ni jadi di hari aqiqah Hayder minggu lalu, tapi sampai hari ni stress bila teringat. Sampai rasa nak nangis.
Ads
“Sebelum ini kita tak nak orang cium anak kita sebab takut macam-macam penyakit tapi saya kena orang direct breastfeeding anak saya tanpa izin saya.
“Örang tu pulak orang yang terdekat dengan saya. Sampai sekarang saya tak ada rasa kepercayaan dengan orang.
“Masa tu saya tengah busy urus majlis, bila saya sampai dia terus minta pegangkan Hayder. Saya tak jangka pula dia boleh buat macam tu.
“Saya nampak dia buat sesuatu ke belakang. Alasannya dia kata anak saya menangis. Saya rasa macam dihantui perkara ini,” luahnya kesal.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kali menyambut Ramadan sebagai ibu menyusu, pasti banyak persoalan bermain di minda, kan? Boleh ke teruskan puasa? Cukup tak susu untuk bayi? Selamat ke untuk kedua-duanya?
Sebenarnya, menyusukan anak ketika berpuasa adalah sesuatu yang selamat. Ibu masih boleh menjalani ibadah puasa tanpa menjejaskan penghasilan susu, selagi tubuh kekal terhidrasi dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius. Malah, badan ibu tetap mampu menghasilkan susu yang mencukupi walaupun berpuasa.
1. PILIH MAKANAN TINGGI SERAT, PROTEIN & KARBOHIDRAT KOMPLEKS
Ketika sahur & berbuka, digalakkan ambil lebih protein. Ibu boleh masak ikan kukus, ayam panggang, sambal telur dan sebagainya. Tapi kalau tak sempat nak masak macam-macam, ibu boleh buat simple salad sahaja.
Ibu juga boleh makan kurma, oat, bijirin, beras perang, roti, pasta, kekacang & buah-buahan kerana ia membekalkan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang hari berbanding makanan lain.
Makanan jenis karbohidrat kompleks ini memerlukan masa lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Jadi, ia memberikan tenaga berpanjangan dan memudahkan ibadat puasa dilaksanakan.
2. MINUM AIR SECUKUPNYA
Minum air dengan kerap sepanjang waktu berbuka hingga waktu bersahur. Pengambilan air yang mencukup amat penting bagi mengelakkan ibu daripada mengalami masalah dehidrasi. JIka berlaku gejala sedemikian, ibu harus berbuka puasa kerana dikhuatiri ia boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan ibu & anak.
Antara tanda ibu mengalami dehidrasi ialah terasa nak pitam, lemah atau lesu, sakit kepala, loya, nak muntah, menggigil & air kencing menjadi pekat serta berbau kuat.
3. KERAPKAN PENYUSUAN TERUS ATAU TANDEM SEPANJANG BERSAMA ANAK
Penyusuan tandem sesuai dilakukan sekiranya bayi masih kecil dan cukup hanya menyusu di sebelah payudara saja.
Semasa menyusu terus pada payudara, pastikan posisi dan lekapan mulur anak adalah betul. Jika selepas menyusu, payudara masih penuh, ibu digalakkan memerah susu badan sehingga susu habis dikeluarkan (payudara menjadi lembut).
4. JANGAN SKIP PERAH SUSU DENGAN KERAP & BERJADUAL
Bagi ibu yang bekerja, perah susu badan dengan kerap iaitu antara 6 hingga 8 kali sehari (setiap tiga jam), 20 hingga 30 minit setiap sesi di kedua-dua belah payudara. Jika menggunakan pam susu, ibu digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda bagi meningkatkan penghasilan susu & menjimatkan masa.
5. BERGEMBIRA LAH!
Ibu tak boleh stress-stress, kena gembira & ceria je selalu supaya penghasilan susu badan tak terjejas. Sebab tu, ibu digalakkan buat aktiviti yang menggembirakan & tingkatkan paras hormon oktosin seperti dengar muzik, zikir, membaca, tengok gambar & video anak atau apa sahaja yang buatkan ibu berasa tenang serta happy.
Hati ibu mana yang tak tersentuh bila tengok perubahan anak depan mata hanya kerana satu keputusan kecil buang ‘screen time’. Itulah yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon di thread, Ayda Jebat, apabila dia mula mengamalkan no screentime anak kepada anak keduanya, Aali Mateen. Apa yang berlaku selepas itu jujurnya buat ramai ibu bapa terdiam.
Menerusi perkongsiannya, Ayda mendedahkan bahawa sudah masuk hari ke-11 anaknya langsung tidak menonton TV atau menggunakan sebarang gajet.
Namun sebelum ini, dia sendiri perasan sesuatu yang merisaukan setiap kali anaknya terdedah dengan skrin.
“Bila dia tengok TV, dia akan cepat tantrum, menjerit, susah nak dengar cakap, tak fokus… nak suruh duduk sekejap pun takkan dapat. Over stimulate sebab over screentime?”
Bukan sekadar perangai berubah tapi emosi anak juga jadi tak stabil. Dalam konteks ini, keputusan untuk mencuba no screentime anak bukan sekadar eksperimen, tetapi satu usaha memahami keperluan sebenar si kecil.
Siapa sangka, hanya dengan menghentikan ‘screentime’, perubahan yang berlaku sangat ketara. Menurut Ayda, anaknya kini sudah mula bercakap, lebih mudah memberi respon dan paling penting lebih senang untuk diuruskan.
Bayangkan anak yang dulu sukar fokus, kini boleh mendengar dan berinteraksi. Itu bukan perubahan kecil. Itu perubahan yang buat seorang ibu rasa lega dan mungkin juga sedikit terkilan.
Sebab kadang-kadang, tanpa sedar kita yang ‘hilangkan’ momen itu dengan skrin. Melalui pendekatan no screentime anak, ramai ibu mula sedar nilai interaksi sebenar bersama anak.
Namun perjalanan ini bukan mudah. Ayda sendiri mengakui, dia terpaksa berkeras dengan orang sekeliling—termasuk datuk dan nenek—yang kadang-kadang ‘terlepas pandang’ memberi telefon atau TV kepada anak.
“Memang kena berkeras dengan orang sekeliling termasuk grandparents tak boleh belakang-belakang bagi dia tengok TV or phone.”
Realitinya, ramai ibu ayah hadap benda sama. Bukan tak sayang tapi kadang orang sekeliling terlalu memanjakan.
Ayat ini mungkin nampak biasa tapi bagi ibu yang sedang cuba konsisten dengan no screentime anak, ia satu cabaran besar yang memerlukan ketegasan dan sokongan keluarga.
Perkongsian Ayda ini bukan sekadar cerita parenting biasa. Ia seperti ‘wake-up call’ untuk ramai.
Mungkin selama ini kita ingat anak:
Tapi hakikatnya mungkin mereka cuma ‘overstimulated’.
Dan bila skrin ditarik semula melalui pendekatan no screentime anak, barulah kita nampak siapa sebenarnya anak kita.
Tak semua mampu terus ‘zero screentime’.
Tapi mungkin, dari perkongsian ini kita boleh mula kurangkan sedikit demi sedikit.
Sebab kadang-kadang, yang anak perlukan bukan kartun atau video…
Tapi perhatian kita.Dan mungkin juga versi terbaik diri mereka yang selama ini terlindung di sebalik skrin.
Perjalanan no screentime anak mungkin tidak mudah, tetapi hasilnya mampu mengubah hubungan ibu dan anak menjadi lebih rapat, tenang dan bermakna.
Sumber: Threads Ayda Jebat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun sudah masuk hari ke 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun rata-rata masih ada di kalangan masyarakat kita yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Hari ini menerusi sidang media Majlis Keselamatan Negara, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melaporkan semalam iaitu pada 4 April, sebanyak 745 sekatan jalan raya dilakukan di seluruh negara. Daripada sekatan ini, sebanyak 331 839 buah kenderaan diperiksa dan sejumlah 25 554 pemeriksaan mengejut di adakan di seluruh negara termasuklah premis-premis dan sebagainya.
Malah PDRM juga menahan 368 individu di sekatan jalan raya kerana melanggar arahan dan langgar pematuhan PKP. Walaupun terdapat pengurangan sebanyak 11 peratus daripada hari terdahulunya, namun masih ramai masyarakat dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan.
MalaysiaGazette, menerusi satu laporannya melihat sikap masyarakat Malaysia yang terlalu individualistik malah tidak merasakan ianya sebagai satu tanggungjawab bersama mengatasi pandemik Covid-19 ini.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang kecewa dengan sikap rakyat Malaysia menyifatkan trend sikap ini sebagai tidak baik kerana Malaysia memerlukan kerjasama daripada semua pihak dalam membendung wabak Covid-19.
Malah katanya lagi menerusi temubual bersama MalaysiaGazette, ada sesetengah individu sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri.
Malah beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila ada anggota polis disiasat kerana bertindak tegas kepada rakyat yang ingkar arahan kerajaan. Hal sebegini sepatutnya tidak patut berlaku kerana jika isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh.
“Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh,” katanya.
Malah Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin kita sepatutnya sama-sama berganding bahu untuk membendung wabak ini dari terus merebak. Hanya patuh pada arahan kerajaan dan berusaha untuk kekal di rumah. Itu sebaiknya tanpa perlu kerajaan mengadakan sekatan yang kemudiannya akan lebih menyusahkan kita kelak. Bertindak bijak dan kekal di rumah.
Rakyat Malaysia banyak songeh, gantikan polis dengan komando!
Pelanggaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan oleh segelintir individu menyaksikan trend sikap rakyat Malaysia yang semakin terlalu individualistik.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila tindakan-tindakan tegas oleh polis yang didakwa menengking dan merotan individu-individu yang ingkar PKP dipersoalkan dan disiasat.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang kecewa dengan sikap rakyat Malaysia menyifatkan trend sikap ini sebagai tidak baik kerana Malaysia memerlukan kerjasama kolektif daripada semua pihak dalam membendung wabak Covid-19.
Menurutnya, individu-individu yang melanggar arahan PKP yang sudah memasuki fasa kedua seperti orang yang hilang akal kerana terlalu mementingkan kehendak sendiri hingga tidak peduli keselamatan rakyat terbanyak.
“Kerajaan melaksanakan PKP bersebab untuk membendung penularan wabak yang bahaya. Itu pun bukan tidak boleh keluar langsung tetapi jika ada keperluan. Jadi mengapa tidak boleh bekerjasama?.
“Saya dapati rakyat Malaysia sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau yang menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila ada anggota polis disiasat kerana bertindak tegas kepada rakyat yang ingkar arahan kerajaan, khususnya ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang bergelut dan berjuang untuk menyelamat nyawa rakyat di negara ini.
“Kalau arahan polis yang menjaga keamanan negara pun tak mahu dengar, apa nak jadi? Saya juga amat sedih apabila ada anggota polis yang bertindak tegas pula disiasat.
“Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh,” tegasnya.
Melihat perkembangan mutakhir itu, Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.
Pendekatan ini bukan untuk menafikan peranan polis tetapi mengajar rakyat Malaysia lebih berdisiplin dan menghormati arahan terutama ketika situasi getir seperti hari ini.
“Polis selalu berada dalam masyarakat menyebabkan rasa takut rakyat kepada mereka walaupun yang berpangkat tinggi semakin berkurangan berbanding askar yang kurang berada dalam masyarakat.
”Selain itu, kedudukan askar dipandang secara simbolik sebagai benteng pertahanan negara. Warna, pakaiannya sahaja sudah menggerunkan rakyat, itu belum lagi mereka menjerit. Walaupun jika seorang prebet yang menjerit tiada siapa yang berani, apatah lagi menularkan video-video.
“Pada saya kalau dengan meletakkan askar dapat mendisiplin rakyat daripada bergerak, sekali gus dapat membendung penularan wabak ini, tidak ada salah kerajaan menempatkan askar-askar komando,” tambahnya. – MalaysiaGazette