Ads

11 Hari ‘Zero Screen’! Usaha Ayda Jebat Didik Anak Tanpa Gajet

Hati ibu mana yang tak tersentuh bila tengok perubahan anak depan mata hanya kerana satu keputusan kecil buang ‘screen time’. Itulah yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon di thread, Ayda Jebat, apabila dia mula mengamalkan no screentime anak kepada anak keduanya, Aali Mateen. Apa yang berlaku selepas itu jujurnya buat ramai ibu bapa terdiam.

Hari Ke-11 Tanpa Skrin Tapi Hasilnya Luar Jangka

Menerusi perkongsiannya, Ayda mendedahkan bahawa sudah masuk hari ke-11 anaknya langsung tidak menonton TV atau menggunakan sebarang gajet.

Namun sebelum ini, dia sendiri perasan sesuatu yang merisaukan setiap kali anaknya terdedah dengan skrin.

“Bila dia tengok TV, dia akan cepat tantrum, menjerit, susah nak dengar cakap, tak fokus… nak suruh duduk sekejap pun takkan dapat. Over stimulate sebab over screentime?”

Bukan sekadar perangai berubah  tapi emosi anak juga jadi tak stabil. Dalam konteks ini, keputusan untuk mencuba no screentime anak bukan sekadar eksperimen, tetapi satu usaha memahami keperluan sebenar si kecil.

11 Hari ‘Zero Screen’! Usaha Ayda Jebat Didik Anak Tanpa Gajet

 

Dari Tantrum ke Tenang Perubahan Yang Buat Ibu Sebak

Siapa sangka, hanya dengan menghentikan ‘screentime’, perubahan yang berlaku sangat ketara. Menurut Ayda, anaknya kini sudah mula bercakap, lebih mudah memberi respon dan paling penting lebih senang untuk diuruskan.

Bayangkan anak yang dulu sukar fokus, kini boleh mendengar dan berinteraksi. Itu bukan perubahan kecil. Itu perubahan yang buat seorang ibu rasa lega dan mungkin juga sedikit terkilan.

Ads

Sebab kadang-kadang, tanpa sedar kita yang ‘hilangkan’ momen itu dengan skrin. Melalui pendekatan no screentime anak, ramai ibu mula sedar nilai interaksi sebenar bersama anak.

11 Hari ‘Zero Screen’! Usaha Ayda Jebat Didik Anak Tanpa Gajet

 

Kena Tegas Walaupun Dengan Orang Terdekat

Namun perjalanan ini bukan mudah. Ayda sendiri mengakui, dia terpaksa berkeras dengan orang sekeliling—termasuk datuk dan nenek—yang kadang-kadang ‘terlepas pandang’ memberi telefon atau TV kepada anak.

“Memang kena berkeras dengan orang sekeliling termasuk grandparents tak boleh belakang-belakang bagi dia tengok TV or phone.”

Ads

Realitinya, ramai ibu ayah hadap benda sama. Bukan tak sayang tapi kadang orang sekeliling terlalu memanjakan.

“Selalu yang manjakan anak kita kan atuk dengan nenek. Minta apa dapat.”

Ayat ini mungkin nampak biasa tapi bagi ibu yang sedang cuba konsisten dengan no screentime anak, ia satu cabaran besar yang memerlukan ketegasan dan sokongan keluarga.

11 Hari ‘Zero Screen’! Usaha Ayda Jebat Didik Anak Tanpa Gajet

Kadang Bukan Anak Tak Dengar Tapi Kita Yang Terlepas Pandang

Perkongsian Ayda ini bukan sekadar cerita parenting biasa. Ia seperti ‘wake-up call’ untuk ramai.

Mungkin selama ini kita ingat anak:

Ads
  • tak fokus
  • kuat tantrum
  • susah dengar cakap

Tapi hakikatnya mungkin mereka cuma ‘overstimulated’.

Dan bila skrin ditarik semula melalui pendekatan no screentime anak, barulah kita nampak siapa sebenarnya anak kita.

Penutup Yang Buat Ramai Ibu Fikir Panjang

Tak semua mampu terus ‘zero screentime’.

Tapi mungkin, dari perkongsian ini kita boleh mula kurangkan sedikit demi sedikit.

Sebab kadang-kadang, yang anak perlukan bukan kartun atau video…

Tapi perhatian kita.Dan mungkin juga versi terbaik diri mereka yang selama ini terlindung di sebalik skrin.

Perjalanan no screentime anak mungkin tidak mudah, tetapi hasilnya mampu mengubah hubungan ibu dan anak menjadi lebih rapat, tenang dan bermakna.

Sumber: Threads Ayda Jebat

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

10 Kemahiran Penting Untuk Ajar Anak 3 Tahun

Ketahui 10 kemahiran penting untuk ajar anak 3 tahun yang bantu tingkatkan keyakinan, disiplin dan sikap berdikari sejak awal.