Suami jangan pertikai kalau isteri mengemas beg pakaian sama ada ketika nak pulang ke kampung atau pergi bercuti. Nampak je simple tapi hakikatnya bukan mudah ye! Jangan ingat kemas beg tu senang.
Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri. Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
Jangan fikir mudah, semua baju adalah BAJU.
Baju ni ada banyak jenis baju. Baju balik kampung. Baju untuk masak di malam raya. Baju pagi raya. Baju ke dapur pada hari raya. Baju berjalan ke rumah saudara. Baju casual di malam hari pada hari raya. Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung. Tudung pula suami jangan ingat satu jenis je. Ada tudung sarung untuk ke dapur. Ada shawl nak pakai pagi raya. Ada tudung bawal nak match dengan baju casual. Inner tudung. Anak tudung.
Pin tudung..Pin ni pun ada banyak kelas. Pin kat telinga kena tajam. Pin kat dagu kene kecik. Pin kat bahu kena besar sikit. Pin kat baju kebaya kena besar gedabak. Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar.
Belum baju anak. Uiii..tu lagi banyak jenis. Baju raya. Baju bila dah tengah hari. Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot. Baju kalau tido dalam aircond. Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond. Baju berlubang, baju takde lubang. Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6? 😂
Suami punya pun dia kena fikirkan juga. Bukan takat baju Melayu je. Butangnya, sampinnya, songkoknya. Itu baru baju.
Ads
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap haribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh! Kasut? Ha..ada kasut raya. Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti. Ada kasut kalau nak jalan jauh. Hmmmmmm.. Fuh…tu je..Tu je?
Belummmmmm…
Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat…serunding..dodol… Ha…mandi cemane mandi..Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang. Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya. Ha..ok…cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha. Eh…ada lagi!
Ads
Barang mekaaappppp…Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah… Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu.
Charger handphone..charger charger.. Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
Dan…dan…Dia siap ada plan kontigensi. Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Ads
Jarum jahit pun ada..benang..gunting…kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..
Haaaaa……Ok. Ada dah semua. Fuhh…legaa. Ok zip beg! Suami kerjanya apa? Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta. Jangan cakap pape. Angkat.susun.senyum.
Kredit: Izyan Izdihar Shaarani
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman kanak-kanak adalah zaman yang penuh dengan gelak ketawa dan tangisan. Bukan tawa dan tangis je bahkan kanak-kanak anak sifat anehnya yang mama papa kena tahu. Terlampau obses dengan barang atau hal-hal lain buat ibu pening memikirkannya. Jangan runsing sebaliknya fikirkan dari sudut positifnya.
Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal, ada beberapa ‘keanehan’ zaman kanak-kanak yang boleh memeningkan dan merisaukan papa dan mama sekalian.
Satu contoh yang jelas adalah topik yang menjadi fokus perbincangan kita dalam edisi kali ini iaitu obsesi si kecil atau minat yang terlalu mendalam (intense interest) akan sesuatu barang, hal atau perkara.
Adakah obsesi si kecil dan minatnya yang terlalu mendalam ini boleh mendatangkan kesan yang negatif?
Izinkan saya bercerita tentang anak saudara bongsu saya, Alia. Seperti juga kanak-kanak lain, Alia suka menonton televisyen terutama sekali cerita kartun kegemarannya ‘Doc McStuffins’. Saya sendiri tidak pernah menonton kartun itu tetapi fokusnya adalah dunia perubatan. Maka, anakanda Alia berusia 4 tahun itu pun kini sudah bersedia menjadi seorang doktor dan suka akan segala-gala hal berkaitan dunia perubatan!
Perlakuan Alia taklah aneh sebenarnya, kanak-kanak pada usia 0 hingga 6 tahun melalui fasa demi fasa bila mana mereka akan terobsesi dengan sesuatu. Ada yang teramat suka akan dinosaur, ada yang terobsesi dengan memasak, tidak kurang pula ada si kecil yang hilang takut dan suka ‘mengumpul’ serangga kecil (khabarnya mahu jadi saintis bila besar nanti).
Obsesi si kecil diikuti perlakuan si kecil yang suka berangan-angan dan berimaginasi. Kata Alia kepada saya, dia mahu jadi doktor. Secara peribadi, asalkan obsesi itu positif dan tidak membawa mudarat, mama dan papa perlu melayan dan membantu mengembangkan angan-angan dan daya imaginasi anak kita.
Obsesi Adalah Normal
“Tapi, anak saya suka kumpul serangga pula sekarang! Habis dah semua cacing, cicak, cenggerik keliling rumah dia kumpul dan simpan dalam bilik. Geli-geleman dibuatnya!”, seorang mama memberi pengakuan eksklusif kepada saya. Adakah si kecil itu akan menjadi seorang entomologis atau pakar serangga pada masa depan? Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi itu tidak penting.
Apa yang lebih penting dan perlu kita ketahui, kira-kira sepertiga kanak-kanak yang melalui zaman pendidikan praformal akan menjadi benar-benar terobsesi kepada satu-satu perkara. Obsesi itu juga boleh menjadi sangat unik. Hal ini diakui malah menurut kajian di Universiti Virginia, Amerika Syarikat, obsesi anak biasanya berdasarkan keadaan sekeliling si kecil berkenaan.
Kajian psikologi perkembangan menunjukkan bahawa usia antara 2 hingga 6 tahun adalah tempoh masa bila mana obsesi kuat si kecil memuncak. Kemampuan bermain dan berimaginasi meningkat sekitar usia 3 hingga 5 tahun dan pada usia ini juga kanak-kanak boleh memberi tumpuan kepada beberapa perkara pada satu-satu masa. Kebolehan ini diterjemahkan menjadi ‘hobi’ atau obsesi yang akan berubah-ubah.
Asalkan anak tidak berobses pada benda atau perkara yang tidak sepatutnya dan masih boleh melakukan rutin hidupnya seperti ke sekolah, makan dan sebagainya, biarkan sahaja. Biarkan anak kita bereksperimen, meneroka dan belajar berfikir ketika kusyuk melakukan sesuatu. Ada baiknya untuk perkembangan otaknya kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk. Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak. Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak.
JANGAN SUKA TAKUTKAN ANAK.
Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang:
– takut gelap
– takut orang berwajah luar biasa
– takut perempuan yang berambut panjang
– takut bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam ‘hantu’
Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar. Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiery apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi.
Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.
Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.
Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game.
Kelakar bila bayangkan. Benda macam tu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan.
Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia. Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya.
Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain. Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil. Jadi ibu ayah mithali sekalian.
Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis.
Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sampai sebulan, anak-anak bakal memulakan sesi persekolahan yang baru. Bila dah mula sekolah paling susah anak nak buat susun buku sekolah mengikut jadual. Untuk yang masih kecil terutamanya darjah 1 dan 2 memang berterabur la buku mereka dalam beg tu.
Seorang ibu berkongsi cara apa yang dilakukan untuk anaknya yang kini dah masuk darjah 4. Senang nak buat hanya perlukan sedikit modal untuk belikan beberapa alatan dan insyaAllah lepas ni anak-anak dah boleh buat sendiri. Buku-buku nak bawa ke sekolah pun lebih tersusun!
Sesuai untuk anak yang baru nak masuk sekolah
Contoh boleh diguna pakai untuk parents yang anak baru nak darjah 1.
Kami buat kat si abang Qimie dari darjah 1 dan sehingga sekarang darjah 4 alhamdulillah last dia berdikari dan mudah untuk dia atoq jadual sendiri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.