Jika betul tekaan orang ramai mengenai kehamilan kedua Noor Neelofa, ramai yang tumpang gembira dan mendoakan baik-baik untuknya. Cuma setakat ini belum ada lagi apa-apa kenyataan rasmi keluar dari mulut ummi atau abah Muhammad Bilal.
Cuma dari pemerhatian ramai melihatkan bentuk badan Neelofa agak berisi berbanding biasa dan baru-baru ini juga, ketika Neelofa pergi ke Brunei atas urusan kerja, ramai yang agak Neelofa hamil anak kedua kerana berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang.
Bukan itu saja, Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan selepas tular video penampilan dirinya yang kelihatan agak berisi.
Menerusi video di TikTok baru-baru ini, Neelofa bersama suami tercinta, Haris Ismail sedang menjalani penggambaran untuk produk mereka.
Apa yang menjadi perhatian ramai apabila Neelofa, 33, menggayakan dress ikat belakang serta kelihatan sukar untuk duduk ketika mahu memberikan air kepada Haris.
Ads
Terkini di instagram Neelofa apa yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian gambar terbarunya ketika pelancaran Jilbab Nunha seolah-olah menguatkan lagi khabar angin yang dirinya hamil.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula mengusik dengan menyatakan Muhammad Bilal bakal menjadi abang tidak lama lagi.
Selain itu, ada segelintir pengikut yang yakin lantas mengucapkan tahniah kepada hos program Next To Neelofa 2.
Ads
Sebelum ini, Neelofa merahsiakan mengenai kehamilan bayi pertamanya, Muhammad Bilal sehingga sekitar usia kandungannya mencecah lapan bulan.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Ads
Kredit: IG Neelofa
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muat naik terkini di instagram milik Pelakon Fasha Sandha mengejutkan ramai pihak apabila keputusan untuk menaiki penerbangan kelas ekonomi pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dipertikai seorang pramugari baru-baru ini.
Menerusi coretannya insiden tersebut berlaku ketika menaiki sebuah penerbangan pada 30 Mac lalu.
“Seorang pramugari menyambut kedatangan saya dengan ayat ‘Fasha Sandha, kelas ekonomi?’
“Terkejut saya dan anak-anak sebab tidak pernah ditanya sebegitu sebelum ini. Saya terkesima dalam keadaan berpuasa.”
“Saya kecewa sebelum ambil gambar pramugari itu dari jauh untuk buat aduan supaya dapat meningkatkan taraf servis syarikat penerbangan tersebut.
“Kemudian seorang pramugari datang dan minta maaf. Sepanjang hidup, tidak pernah orang tanya soalan begitu dan sebagai pramugari, tak sepatutnya tanya perkara yang menggores hati penumpang,” luahnya dalam Instagram.
BUKAN NAK AIB TAPI BERI KESEDARAN
Katanya, tujuan perkongsiannya bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya mahu dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang khususnya mereka yang bekerja sebagai kru kabin.
“Mampu atau tidak belakang kira, saya pilih untuk berjimat-cermat daripada membazir perkara tidak perlu.”
“Apa salahnya kami naik kelas ekonomi? Kelas ekonomi atau bisnes, kita semua sama, tak perlu luahkan dengan kata-kata begitu kepada penumpang.”
“Saya memandang tinggi kerjaya pramugari. Ramai juga tahu saya pernah bercita-cita jadi pramugari.
“Apa yang terlintas dalam hati, simpan sahaja. Tak perlu terkeluar di mulut depan anak-anak penumpang dan orang lain. Jagalah hati penumpang anda,” katanya.
Dia bagaimanapun tetap menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang memalukan dirinya di hadapan penumpang lain.
“Untuk pengetahuan semua, Jemyma selalu minta nak naik kelas bisnes tetapi saya selalu cakap kos beribu sedangkan kelas ekonomi harga beratus.
“Lebih baik kita sedekah duit tu pada yang memerlukan daripada bayar hanya untuk keselesaan buat satu jam sahaja.
“Namun, bila terjadi perkara ini, anak-anak saya pun terkejut. Kami ibarat dihina depan khalayak ramai oleh seorang pramugari.
“Kepada pramugari berkenaan, semoga awak belaiar daripada kesilapan tersebut. Golongan VIP, selebriti atau sesiapa sekali pun, tak salah untuk duduk di kelas ekonomi,” tuturnya.
Awak bernasib baik, kalau suami orang lain agaknya awak akan dimaki depan khalayak ramai.
“Apa juga alasan awak, tanya soalan begitu adalah tidak sesuai kepada penumpang.
“Walaupun awak dah minta maaf dan hantar piza untuk anak-anak saya, tak dapat mengubati luka ini,” ujarnya lagi.
Menerusi perkongsian sama, Fasha turut memuat naik foto pramugari tersebut namun bahagian wajah ditutup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Video lawak RM100 yang tular dan menjadi trend di Tik Tok kini turut memberi kesan kepada pasangan sebagai bahan gurauan suami isteri.
Pempengaruh, Bengah juga turut sama berkongsi kisah RM100 bila mana dia turut berdepan hal sama.
Bengah pada mulanya menyangkakan isterinya sekadar mahu bergurau ikut trend, namun rupanya telahannya salah sama sekali bila mana isteri kesayangannya meminta wang untuk membeli mainan buat putera kesayangan mereka.
Apa yang menarik perhatian pastinya sikap pemurah abang dan suami penyayang ini yang turut memberi lebih wang saku. Bukan RM100 tapi lebih. Memang terbaik.
“Ingatkan isteri nak buat lawak pinjam RM100 tu? Rupanya isteri Bengah nak shopping beli mainan anak. Takpe bagi lebih.
“Isteri Bengah ni, kalau dia nak apa-apa Bengah ajar jangan guna perkataan ‘PINJAM’ dekat suami. MINTAK JE!
“Kesian isteri ni, gaji tak tetap sebagai suri rumah sepenuh masa forever ever. Kalau tak dapat apa yang dia nak merajuk muka penuh macam bulan,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Malah ujar Bengah lagi, dia tidak mahu terlalu berkira dengan isteri kerana isteri kesayangannya itu terlalu banyak tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga, anak dan adik kesayangannya.
“Bengah susah berkira dengan isteri. Tahu penat lelah isteri menjaga anak, sediakan makanan dan pakaian suami, urus mengemas rumah. Dan dia juga pandai main peranan jaga hati adik istimewa Bengah.
“Tak sempurna kalau tak bergaduh. Mesti la ada gaduh. Tapi bukan gaduh yang melarat. Gaduh penat dengan kerja seharian.
“Bengah pun ada cuba buat lawak PINJAM RM100 kat isteri. Memang dapat RM100 tu tapi kena bagi semula empat angka 😂 begitulah kehidupan suami ❤️ isteri,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, sikap suami, ayah dan abang yang penyayang ini pastinya dipuji ramai.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib sepasang suami isteri yang diuji dengan dua anak istimewa yang masih lagi kecil berusia 2 tahun lebih dan satu tahun.
Tiada siapapun yang minta diuji begini. Niat ibu ini hanyalah ingin meluahkan rasa dan meminta doa ramai agar urusan dia serta dua puterinya dipermudahkan.
Saya ada 2 orang anak istimewa. Kakak (yang kecik) umur 2tahun 8bulan diagnose Microcephaly w GDD, Laryngomalacia And Infantile Spasms , Problem usus. Microcephaly (size otak kecil), Laryngomalacia (saluran pernafasan sempit ), Infantile spasm (sawan).
Anak saya dah berumur 2y8m tapi masih tak boleh berjalan, berdiri, duduk dan tegakkan kepala. Tekanan otak anak yang semakin teruk membuat sawan tak berhenti dan mengalami sesak. Selain itu anak saya juga tak boleh melihat seperti kanak-kanak lain.
Sebelum ni anak dah pernah menjalani pembedahan saluran penafasan dekat bhgian tekak. Kemungkinan akan melakukan operation kali kedua untuk buka saluran pernafasannya. Jadi memerlukan banyak rawatan. Baru-baru ni masuk wad, detect Cerebral Palsy and dapat kad OKU. Sedih sangat Ya Allah.
Adik pula (debab tu) umur 1 tahun diagnose Hydrocephalus CFS and kidney bengkak since umur sebulan. Sekarang dari neuro Sg Buloh plan nak operate pasang shunt kat kepala 😭 Tapi saya masih dalam dilema nak buat ke tak.
Sebab adik sangat-sangat la aktif. Saya risau lepas pasag akan buat dia dah tak aktif. And doktor kata dia akan pakai shunt tu seumur hidup 😭 Saya rasa down sangat-sangat 😭 Tiap hari nangis fikirkan anak-anak.
Saya tak kuat nak handle sorang-sorang. Suami la yang selalu bagi support dekat saya. Saya kesian kat suami kejap-kejap kena cuti kerja untuk jaga anak yang lain.
Sebab saya yang selalu ulang alik hantar anak appoiment Ke Hospital Sg Buloh, Hospital KL dengan HTAR, saya pula duduk kat Klang. Drive sorang-sorang 😭 letih sangat-sangat. Hampir setiap hari kena pegi hospital. Anak pula kerap masuk hospital bergilir-gilir pula tu 😔
Saya bukan mengeluh sebab jaga anak-anak syurga. Saya sangatlah bersyukur jaga anak-anak ini. Tapi kadang saya rasa macam nak jatuh terduduk.
Letih amat la letih 😭 Mental rasa bercelaru sangat-sangat. Tengah makan pun airmata saya boleh jatuh. Otak kadang rasa sakit fikir macam mana nak besarkan anak-anak, macam mana nak jadi yang terbaik untuk anak-anak.
Tambah pula sekarang saya susah nak berniaga online live. Dah berapa bulan tertangguh, barang-barang jualan pun masih banyak lagi.
Buat posting pun sekarang tak banyak sambutan. Saya buat niaga online sebab nak tolong suami. Nak simpan duit buat rawatan harian dan keperluan anak-anak. Nak bayar itu ini.
Emas anak-anak terpaksa gadai untuk kegunaan rawatan anak. Tapi sekarang memang susah nak buat. Sebab kena fokus jaga anak-anak syurga saya ni. Tapi saya percaya rezeki anak-anak saya selalu ada . Allah sediakan rezeki yang lain untuk keluarga kecil saya. Saya percaya itu. Allah uji saya sekeluarga sebab Allah sayang 🤲🏻☺️
Maaf saya sekadar berkongsi luahan hati seorang ibu 💪🏻
Doakan kesihatan kedua-dua anak saya, Nur Rafeeqah Raisha Binti Muhammad Nashrun Aiman dan Nur Dhia Sofia Binti Muhammad Nashrun Aiman supaya sihat seperti anak-anak yang lain dan dipermudahkan segala urusan rawatan mereka.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!