Permainan playdough sememangnya baik untuk kanak-kanak. Lebih-lebih sebagai persiapan untuk anak memegang pensil dan seterusnya menulis. Jadi bila anak begitu suka dengan permainan yang satu ini, biarkan sahaja.
Tidak perlu menggunakan pensil sebagai latihan tetapi hanya gunakan daya rangsangan dengan alatan mainan lain. Salah satunya adalah aktiviti bermain playdough. Ada banyak aktiviti santai lain yang diboleh diterapkan pada anak. Ini yang dikongsikan oleh, Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Nurul Sheriena Musa.
5 aktiviti santai bantu sediakan anak menulis & membaca
Kadangkala kita sebagai ibu dan ayah bukanlah tak nak spend masa cuma bula dah seharian bekerja, tak larat juga nak fikir nak buat apa kan.
Tak perlu akviti yang sarat dan mencabar, hanya buatkan akvitivi ringkas dan santai ini untuk rangsang kekuatan tangan anak sebagai persediaan untuk menulis dan membaca.
Ads
Cuba 5 Aktiviti santai ni sambil sambil anak main tu untuk bantu anak tulis dan baca.
Cubit Playdough Boleh juga bantu kekuatan pinching strength anak anak.
Roll Guna Jari Ini pula bantu isolasi jari jemari anak.
Ads
Guna Dua Tangan Serentak Bilateral Integration ini penting tau kalau nak anak sedia tulis dan baca.
Tampal Stickers Bagus untuk In Hand Manipulation dan visual tracking anak anak.
Ads
Susun Ikut Garisan Ajaklah anak main susun-susun ikut garisan bersambung. Mudah dan simple je.
Ibu ayah perlu create #bondingtime perlu cari masa untuk anak. Bukanlah kuantiti yang anak mahukan. Kita nak anak anak rasa kualiti masa yang kita spend time sama sama.
Masuk usia 3 tahun, memang kelasakan anak akan meningkat 2 kali ganda. Berlari, melompat, memanjat dan berguling tu dah jadi lumrah hidup dia. Sabar je la…
Anak sebenarnya sedang nak penuhi milestone perkembangan dia, Bukan saja-saja nak melasak! Pada usia 3 tahun ini yang patut anak dah capai.
– Dia dah pandai seimbangkan badan. Boleh jalan lurus, ke belakang, ke sisi dan melompat.
– Dia patut dah pandai basuh tangan sendiri, buka dan pakai baju dengan sedikit bantuan, kayuh basikal roda tiga dan pegang sudu atau pensil.
– Masa ni juga anak patut dah boleh untuk ikut giliran, tunggu giliran dan berkongsi. Walau dia tak suka tapi dia boleh akur.
– Dah boleh faham sedikit tentang emosi. Marah, sedih, frust, geram dan sebagainya. Paling bagus bila anak sendiri boleh sebut, “saya marah”
– Boleh kawal diri bila rasa kecewa. Sebab ni dia melasak untuk tingkatkan daya tahan fizikal, emosi dan mental yang kuat.
– Ada anak dah boleh kenal dan hafal setiap huruf dan nombor. Ada juga yang bertatih-tatih lagi, itu pun okey sihat milestone.
– Dah boleh beza warna dan bentuk. Makin banyak dia bermain, makin tinggi awareness warna dan bentuk dia.
Jadinya ibu ayah, usahlah marah bila anak melasak ya sebab mereka sedang gigih nak membesar tu.
1 – 2 tahun fasa untuk bermain lagi, tapi masuk usia 3 tahun itu fasa untuk membesar dah. Patut marah bila dah umur 3 tahun,
– anak masih susah nak bercakap
– anak masih tak pandai seimbang badan
– anak masih takut-takut nak bermain
– anak masih tantrum yang agresif
– anak masih tak faham arahan mudah
Ini bahaya, itu petanda milestone perkembangan dia tak berapa cantik.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena. Mama dan papa kena rajin urut. Hanya lima minit diperlukan! Ikuti langkah-langkah ini.
Dengan hanya beberapa minit , sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Urutan bayi sememangnya istimewa dan memberikan banyak manfaat kepada bayi. Ia mampu menjadikan bayi yang selalu meragam menjadi lebih tenang dan mudah diurus.
KELEBIHAN URUTAN KEPADA BAYI
URUTAN AMAT DISARANKAN KEPADA BAYI PRAMATANG
Lebih menakjubkan, kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit setiap sesi dengan kekerapan tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus. Urutan dilakukan secara betul dan konsisten di samping penyusuan susu ibu membolehkan mereka mencapai berat yang ditetapkan dan boleh discaj daripada wad neonatal lebih awal.
BILA URUTAN BOLEH DILAKUKAN?
Waktu yang sesuai yang dicadangkan untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi, sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusu. Pastikan masa urutan ialah dua jam selepas bayi menyusu dan bayi dalam keadaan mood yang baik.
Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Masa yang baik untuk mengurut ialah semasa bayi jaga(tidak tidur) dan waktu selepas mandi waktu pagi kerana kulitnya masih lembap. Urutan sebelum tidur juga akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.
PERSEDIAAN SEBELUM URUTAN
Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Baringkan bayi anda di atas tuala, lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk. Atau biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.
Sambil mengurut anda boleh bercakap dengan bayi. Jika memasang sebarang audio , pastikan ia perlahan supaya bayi anda boleh mendengar anda bercakap dengannya.
Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak untuk mengurut seperti minyak zaitun/ minyak kelapa/ minyak argan yang diperbuat daripada bahan semula jadi , tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas selesai urutan dan peralatan menukar lampin yang biasa digunakan.
LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN BAYI
Urutan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa. Pastikan urutan tidak memberikan tekanan yang kuat kepada bayi. Gosokan yang lembut sudah memadai.
KAKI
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Seelok-eloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.
1.Tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda. Jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
2.Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu. Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi anda. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
LENGAN
Seterusnya, lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri. Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut. Kemudian, cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan. Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi. Lakukan rolling pada lengan bayi. Buat gerakkan atas ke bawah. Perkara yangs sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.
MUKA
Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar. Urutan pada bahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang. Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi. Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut. Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi. Bagi bayi yang kerap menangis atau mempunyai masalah pertumbuhan gigi, jangan lupa lakukan urutan ini.
PERUT
Urut perlahan-lahan dengan mengunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan Sun & Moon. Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan. Sebagai tambahan, anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I, L, U. Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalahkembung perut/ kolik dan sembelit.
BAHAGIAN BELAKANG
Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan ini dikenali sebagai swoop neck to bottom di mulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Urut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.
Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Generasi Alpha merujuk kepada anak-anak yang dilahirkan kira-kira dari tahun 2010 hingga pertengahan 2020an. Mereka adalah generasi pertama yang benar-benar dibesarkan dengan telefon pintar, tablet, aplikasi pembelajaran dan sambungan internet sejak kecil. Untuk ibu bapa, mereka kadang-kadang kelihatan seperti “budak yang lahir sudah pandai tekan skrin”, tetapi di sebalik kebolehan itu ada keperluan dan cabaran yang perlu kita fahami bersama.
“Anak saya boleh buka video pembelajaran sendiri pada usia empat tahun. Hebat tapi menakutkan bila dia minta tonton setiap jam.” — seorang ibu di taman permainan
Kebimbangan ibu bapa bukan sekadar teknologi. Antara cabaran utama ialah,
Pendedahan skrin yang berlebihan Terlalu lama di hadapan skrin boleh ganggu tidur, tumpuan dan interaksi emosi. Anak yang kurang rehat lebih mudah cepat marah dan kurang fokus di sekolah.
Kesihatan mental dan identiti Tekanan untuk ‘ikut trend’, perbandingan dengan gambar-gambar ideal di media sosial dan risiko buli siber boleh menjejaskan keyakinan diri.
Kurangnya kemahiran sosial secara langsung Interaksi maya tidak menggantikan kemahiran membaca bahasa badan, berkongsi mainan atau berkomunikasi muka-ke-muka.
Isu privasi dan keselamatan Anak mungkin berkongsi maklumat tanpa sedar. Data peribadi kanak-kanak juga menjadi sasaran pemasaran.
Jurang akses dan kualiti pembelajaran Tidak semua rumah mempunyai akses internet yang stabil atau kandungan pembelajaran yang berkualiti.
Jangan lupa, mereka juga membawa banyak kebaikan:
Lahir sebagai digital native — mereka mudah belajar alat teknologi dan menyesuaikan diri dengan alat pembelajaran baru.
Akses kepada maklumat — sumber pembelajaran lebih banyak dan fleksibel.
Kreativiti digital — aplikasi seni, muzik dan kod membuka ruang ekspresi sejak kecil.
Kesedaran global — pendedahan kepada budaya dan isu dunia yang membentuk empati awal jika dibimbing betul.
Antara keburukan yang sering berlaku jika tiada kawalan:
Ketagihan skrin yang mengurangkan masa aktiviti fizikal.
Terdedah kepada kandungan tidak sesuai tanpa pengawasan.
Kemerosotan kemahiran praktikal seperti menyelesaikan masalah tanpa bantuan aplikasi.
Pemasaran yang mensasarkan kanak-kanak, mendorong pembelian impulsif dan tabiat konsumtif.
Pa&Ma percaya perubahan kecil boleh beri impak besar. Berikut langkah mudah yang boleh dicuba hari ini:
Buat “zoning” skrin di rumah Tetapkan kawasan tertentu untuk gajet seperti ruang tamu dan waktu tertentu sahaja. Elakkan alat elektronik di bilik tidur.
Tetapkan had masa skrin yang konsisten Gunakan aturan yang realistik mengikut umur. Contohnya waktu pembelajaran online berbeza dengan waktu hiburan.
Tonton dan belajar bersama anak Co-viewing membantu ibu bapa faham kandungan serta menggunakan peluang itu untuk berbual dan mengajar nilai.
Galakkan aktiviti luar dan permainan bebas Sediakan masa tanpa skrin setiap hari untuk permainan fizikal, seni dan kreativiti tangan.
Ajarkan literasi digital secara berperingkat Mulakan dengan asas privasi, kemudian bantu mereka mengenal sumber yang benar dan palsu.
Modelkan tingkah laku seimbang Anak meniru. Kurangkan penggunaan gajet anda sendiri ketika waktu keluarga.
Bina rutin emosi Ajar anak menyatakan perasaan dan cara mengurus kecewa tanpa bergantung pada peranti.
Gunakan aplikasi dengan niat Pilih aplikasi yang mendidik dan tetapkan bentuk penggunaan yang jelas. Jangan biarkan aplikasi menggantikan interaksi orang dewasa.
Generasi Alpha membawa potensi besar. Dengan bimbingan yang penuh kasih, sempadan yang jelas dan peluang untuk bermain serta belajar di dunia nyata, anak-anak ini boleh berkembang menjadi manusia yang bijaksana, kreatif dan berhati empati. Kita sebagai ibu bapa dan pengasuh bukanlah musuh teknologi. Kita adalah jurulatih emosi, guru nilai dan pengawal keselamatan mereka.
Jadi, tarik nafas, atur semula rutin kecil di rumah dan ingat bahawa kekuatan terbesar anak bukan hanya dalam kebolehan menekan skrin, tetapi dalam hubungan kasih sayang yang kita bina setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!