“Nanti Tak Handsome”, Bimbang Ayah Tak ‘Handsome, Anak Shukri Yahya Tak Bagi Potong Rambut, Comelnya!

Share

Gelagat anak sulung pelakon, Syukri Yahya iaitu Aaira Ameena seringkali membuatkan para pengikut ibu dan ayahnya terhibur.

Mana tidaknya, aksi comel Aaira yang gemar menari dan menyanyi di Tik Tok dengan wajahnya yang comel cukup membuatkan peminat terhibur.

Baru-baru ini, menerusi Instastory ibunya, Tya Adnan, gelagat Aaira membuatkan peminat pecah perut bila mana si comel Aaira melarang ayahnya pergi gunting rambut hanya kerana bimbang ayahnya tidak lagi kacak.

Menerusi rakaman video tersebut memaparkan Aaira sedang menangis sambil menarik baju bapanya serta menghalang bapanya keluar rumah.

” Ceritanya ayah nak pergi trim rambut je pun. Tapi si kakak emosi tak bagi ayah pergi potong rambut.

“Dengar tak dia cakap, “Nanti tak handsome..hahahaha geli hati mommy. Ameena oh Ameena”, tulis Tya di ruang Instastorynya.

Bukan hanya dilarang memotong rambut bahkan Aaira juga melarang bapanya memotong janggut dan misai.

“Ameena suka rambut ayah macamni,” katanya dalam tangis.

Aksi spontan Aaira itu sememangnya membuatkan seluruh wargamaya terhibur. Lebih terhibur lagi bila melihat gelagat Shukri yang sengaja mengusik anaknya itu.

 

Terdahulu, Syukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015. Kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Kredit: @tyaadnan @_inaijari

Artikel menarik: Nampak Sengsara Sangat, Ummi Nazeera Kena Minum Air Gula Kali Kedua, Suami Kongsi Tip

Tiada Alahan Selera Makan Bertambah, Miera Leyana Umum Hamil Tujuh Bulan, Suami Teruja

Nak relaks, jom cuci mata di SINI. 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN