Nasi Ayam Hainan, Menu Istimewa Hujung Minggu. Mudah Disediakan & Sedap!

Bila hujung minggu selain waktu kita anak beranak dapat berkumpul dan bersantai bersama, tidak dinafikan pada hari tersebut kebiasaannya ibu akan teruja untuk menyediakan menu istimewa untuk dapat dinikmati bersama.

Pilihan hidangan semestinya menu kegemaran keluarga. Umpamanya menyediakan Nasi Ayam Hainan ini.

Nasi Ayam Hainan, Menu Istimewa Hujung Minggu. Mudah Disediakan & Sedap!

RESEPI NASI AYAM HAINAN

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam

1 ketul kiub ayam

1 sudu kecil garam

1 pokok daun bawang (ambik daun saja)

2 inci halia ketuk

– Rebus semua ni 25 minit. Pastikan ayam tenggelam.

– Angkat ayam bubuhh dalam air ais 30 minit. Toskan. Lumur dengan minyak bijan.

Nasi

3 cawan beras

½ beras pulut ( tak nak letak pun boleh.,tp klau ada lagi sedap)

– Basuh beras dan toskan.

1 helai daun pandan

Lemak ayam

– (Sebelum rebus ayam tadi, ambik bahagian lemak kat tengkuk dengan bahgian bawah ayam.

1 senduk kecik minyak

Halia tumbuk

Stok ayam (air rebus ayam tadi)

Cara-Cara :

– Panaskan minyak dan lemak ayam sampai lemak tu cair.

– Masukkan daun pandan dengan halia tumbuk. Kacau.

– Bubuh beras gaul dalam 3 minit. Masukkan stok ayam td 3 cawan @ sukat mcm masak nasik biasa.

– Tambahkan sedikit garam dengn cukup rasa. Masak nasik.

Air Cili merah

5 biji cili besar (merah)

5 biji cili padi (merah)

½ labu Bwg Holland

3 ulas bawng putih

2 sudu cuka

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil garam

Aji

Stok ayam(air rebus)

– Blend semua

Pes halia

Halia tumbuk

Masukkan batang daun bawang yang baki tadi tumbuk sampai hancur.

Masukkan sedikit minyak masak tuang panas-panas dalam pes tadi. Gaul.

Taugeh

Taugeh – siram air panas dan toskan.

Daun limau purut dan cili padi – Racik halus.

Kuah ayam dengan kuah taugeh

(Untuk siram )

1 cawan stok ayam (air rebus)

Kicap masin cair

Kicap kipas udang manis

Sedkit cukup rasa

Minyak bijan

– Campurkan semua bahan di atas. Curah atas taugeh dengan ayam.

Kredit : Zaza

  1. Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

     

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI