Menu berpantang tidaklah sesukar mana untuk disediakan. Suami yang mahu berkejar ke tempat kerja pun boleh menyediakan menu ringkas berpantang. Selain daripada ikan bakar dan menu rebus untuk isteri, menu tumisan juga boleh diberikan ketika isteri berpantang.

Resipi Ayam Masak Halia yang disediakan oleh Puan Norashikin Ali ini wajib dicuba. Dalam masa lima minit sahaja sajian untuk ibu berpantang siap disedia. Hidangkan sahaja bersama nasi panas. Memang wow!

Tak Susah Pun, Lima Minit Dah Boleh Siapkan Menu Pantang Ni, Suami Pun Pandai!

Sekarang ni, menu mak berpantang pun dah jadi kegemaran orang yang tak pantang. Lagi-lagi yang tengah on diet tu kan. Bagus makan makanan yang sihat macam ni. Bila masak letak halia ni bau masakan pon wangi je kan. Resepi ni simple sangat. Suami pun boleh masakkan untuk isteri dalam pantang.

Ayam Masak Halia 5 Minit

IKLAN

Ayam bahagian dada dipotong nipis
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato cherry
Brokoli
Sedikit lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Gula
Garam

Brokoli ni celur dulu dengan air panas. Agak-agak dah separuh masak toskan dan celur pula dalam air sejuk. Cara ni jadikan sayur segar sampai ke petang.

In shaa Allah.

IKLAN

Tak Susah Pun, Lima Minit Dah Boleh Siapkan Menu Pantang Ni, Suami Pun Pandai!Okey, jom kita mulakan. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.

Tak Susah Pun, Lima Minit Dah Boleh Siapkan Menu Pantang Ni, Suami Pun Pandai!Nampak dah layu, masukkan air.

Tak Susah Pun, Lima Minit Dah Boleh Siapkan Menu Pantang Ni, Suami Pun Pandai!Kemudian masukkan sos tiram dan lada hitam.

IKLAN

Tak Susah Pun, Lima Minit Dah Boleh Siapkan Menu Pantang Ni, Suami Pun Pandai!Dah mendidih, masukkan ayam pula. Perasakan dengan gula dan garam.

Tak Susah Pun, Lima Minit Dah Boleh Siapkan Menu Pantang Ni, Suami Pun Pandai!Kacau-kacau sikit. Last sekali boleh masukkan brokoli dan tomato cherry.

Tak Susah Pun, Lima Minit Dah Boleh Siapkan Menu Pantang Ni, Suami Pun Pandai!

Siap dah! Senang je nak masakkan untuk mak berpantang kan. Sebelum pergi kerja, suami boleh lah masakkan untuk isteri. Terharu tau isteri dalam pantang bila suami sediakan makanan hasil air tangan dia sendiri.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI