Nasi Ayam Hainan Simple & Sedap. Versi Mudah, Confirm Anak Makan Bertambah!

Share

Nasi Ayam Hainan antara resepi yang popular dalam kalangan masyarakat Cina. Namun ia juga digemari oleh semua lapisan masyarakat di negara ini. Bukan itu saja, menu ini antara yang paling disukai oleh anak-anak.

RESEPI NASI AYAM HAINAN

Resepi nasi ayam boleh mengenyangkan seramai 10 orang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Naim.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ADALAH :

4 Cawan Beras Wangi/Biasa.
4 Cawan air.
4/5 Paha Ayam.
1 bawang besar holland (Potong 4).
2 kiub ayam maggi.
3 inci halia (Potong halus).
2 sudu sos tiram.
1 tangkai daun bawang.

CARA MEMASAKNYA :

1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang di atas sekali.

2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..

3. Ayam boleh goreng untuk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.

BAHAN UNTUK MEMASAK TAUGEH/SAYUR PULA:

4 ulas bawang putih.
2 sudu sos tiram.
2 sudu minyak.

 

CARA MEMASAK :

1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.

2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.

3. Masukkan sayur.

Selamat mencuba. Terima kasih.

Kredit : Rencah Rasa

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

IKLAN