Nasi Goreng Cabai Kering, Pecah Telur. Menu Simple, Tengok Pun Dah Tau Sedap!

Share

Nasi goreng antara menu yang senang jika dah terdesak tak tahu nak makan lauk apa. Kadang hidangan ini antara kegemaran seisi keluarga kerana menepati selera semua.

Hanya tumis bawang, pecahkan telur pun dah siap satu kuali. Boleh dimakan anak beranak sama ada untuk sarapan pagi atau makan malam. Menu ini simple tapi mengenyangkan. Kali ni nak kongsi pula resipi nasi goreng cabai kering ilham daripada Novelis Afieyza Isahak.

•• Nasi Goreng Cabai Kering ••

Bahan dan cara membuatnya

Nasi sejuk – Gaul dengan garam dan sedikit air. Bagi basah nasi sikit-sikit. Untuk ratakan garam dan senang nak bajet kemasinan.

Telur – Goreng telur separuh hancur dan ketepikan. Goreng kacang buncis dan ketepikan. Untuk bagi ranggup bila makan nanti

Cili kering – gunting kasar dan rebus. Toskan dan tumbuk kasar bersama bawang besar, bawang putih seulas dan belacan. Tumbuk jangan sampai lumat.

Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air dan masukkan gula (ikut suka). Masukkan nasi dan kacau rata.

Kemudian masukkan telur dan kacang buncis tadi. Kacau bagi sama rata.

Siap. Boleh tabur daun bawang/sup dan bawang goreng

Kredit: Novelis Afieyza Isahak

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN